20 (Final)

1.7K 172 40
                                    

Tajuk : The Gangster Daughter (MYKYLA JORIM)
Penulis : Nazira Raffie
Bab 20 (final)

Semua Jorim sudah bersedia. Awalnya Arius ingin menjemput Kyla sendiri tetapi Ayden menghalang kerana memikirkan risiko yang bakal dia hadapi jika sekiranya dia bertembung dengan Nadia atau Thompson.

Mellisa memandang Ayden. Anak matanya memberi isyarat pada Ayden. Pasangan itu kemudian melangkah keluar dari dalam kediaman Jorim. Mereka ke sudut dinding tepi.

“Why?” Tanya Ayden.

“Masa Owen call saya, dia ada cakap Kyla kena dadah perangsang...” Kata Mellisa. Dia tidak mahu rahsiakan hal itu dari Ayden.

“What? Then apa jadi? Saya akan bunuh Owen kalau dia berani sentuh Kyla!” Ayden menggenggam jemarinya. Mellisa terus diam. Dia tidak berani meneruskan kata-katanya lagi bila melihat reaksi Ayden.

Arius, Marvin dan Ace melangkah keluar. Masing-masing menunggang superbike hitam. Mellisa memandang Ayden.

“Boleh saya naik superbike juga?” Tanya Mellisa.

“Hrmmm..” Ayden angkat kening. Mellisa tunduk. Perlahan-lahan Ayden menarik tangan gadis itu ke garaj.

“Ayden!” Mellisa menjerit kesukaan bila melihat superbike berwarna merah yang sudah lama ingin dia miliki.

“Its yours..” Kata Ayden. Dia menarik Mellisa dekat dengannya lalu mengucup perlahan dahi gadis yang amat dia cintai itu.

Sebenarnya sudah lama dia mahu membelikan Kyla superbike itu, cuma dia tidak ada masa yang terluang. Dia bangga dapat membahagiakan gadis itu.

“Ayden..” Christian yang berdiri di anjung memandang mereka.

“Dad, don't worry.. kami akan bawa balik anak kesayangan daddy..” Kata Ayden dengan bangga.

Berly keluar dan memeluk tubuh suaminya. Mereka senyum memandang naga-naga itu. Tidak sia-sia usaha mereka selama ini.

“Dear, betulkah apa kita buat ni? Kita biarkan diorang selesaikan semua tanpa campur tangan..” Tanya Berly.

“Trust me baby... Ini cara terbaik. Untuk Kyla, dia mesti belajar dari kesilapan dia sendiri..” Christian memeluk tubuh Berly lalu bibir wanita itu di kucup penuh kasih sayang.

*****

Mellisa dan semua Jorim tiba di tempat yang di janjikan. Kawasan tepian pantai itu kelihatan sangat tenang sahaja.

“Dia belum sampai?” Tanya Ayden pada Mellisa.

“Entah. Dia belum call..”

“Cuba call...” Kata Ayden. Mellisa baru sahaja mahu keluarkan telefon pintarnya.

Bang! Bang! Bang! Mereka di serang! Ayden segera menarik Mellisa berlindung. Arius, Marvin dan Ace juga berlindung.

“Shit! Ini perangkap lagi kah?!” Marah Ace. Dia sudah bersedia dengan pedang samurainya.

“Ini bukan perangkap! Saya perasan kita macam kena ikut tadi! Ingatkan perasaan saja! Rupanya betul! Ini mesti Nadia!” Ayden mengaum.

Sekumpulan pengikut Nadia melepaskan tembakkan kearah mereka yang bersembunyi. Nadia keluar dari perut kenderaannya. Dia membuka kaca mata hitam dengan senyuman sinis.

“Kamu fikir senang mau kasih bodoh saya?!” Nadia terus melangkah. Dia mengheret pedang samurainya. Hidup atau mati, dia tidak akan benarkan Kyla hidup dan balik ke pangkuang Arius.

Dalam masa yang sama, Kyla bersembunyi di sebalik pokok besar bersama Owen. Dia hampir sahaja mahu menyapa abangnya tadi tapi apabila dia terdengar bunyi tembakkan langkahnya terhenti. Owen menarik tubuh dia untuk bersembunyi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 24, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Gangster Daughter (Mykyla Jorim)Where stories live. Discover now