Tajuk : The Gangster Daughter (MYKYLA JORIM)
Penulis : Nazira Raffie
Bab 6Arius berdiri tegak dihadapan Kyla. Ikut hati dia mahu menghambur semua pertanyaan dia yang terkumpul sejak semalam lagi. Kyla masih sahaja berpura-pura sedang kusyuk membaca buku yang baru sahaja dia pinjam dari Owen.
“Kyla...” Arius duduk mencangkung di hadapan Kyla. Tangannya cuba menyentuh tangan gadis itu.
“Ya?” Tanya Kyla selamba.
“Kenapa pigi jumpa Owen tidak kasih tau saya?”
“Perlukah?” Kyla angkat kening.(amboi...ego macam bapanya dulu..) Arius mengetap bibir menahan geram.
“Perlu.” Jawab Arius serius.
“Sebab?” Kyla memandang Arius dengan muka yang bikin panas. Arius menarik perlahan bahu Kyla.
“Sebab saya boyfriend kau...” Kata Arius.
“Boyfriend? Jadi kau sama Nadia tu apa?” Kyla mencebik. Arius menepuk dahinya. Serius dia mengalami kesukaran bila berdepan dengan cemburu Kyla.
“Nadia? Oh my gosh Kyla! Can you just stop talking about her?!” Arius menghembus nafas kurang senang dengan kata-kata Kyla.
“Why? Why Arius?! Kau boleh marah saya pasal Owen. Then you?!” Kyla ikut naik berang.
“Okay fine! Suka hati kau lah!” Arius melepaskan rasa marahnya. Dia terus melangkah kasih tinggal Kyla sendirian.
“Ceh! Kau fikir kau saja pandai cemburu? Jadi saya? Si Nadia tu kasih sakit hati saya nda pula kau cakap apa-apa!” Kyla terus menutup bukunya.
Dia memandang ke luar tingkap. Sejujurnya dia tersentak tadi bila melihat Arius menengking dia dan egonya tercabar.
“Kenapa mesti kau marah saya Arius?!” Bentak Kyla sendirian.
*****“Arrgg!” Arius melepaskan satu tumbukan ke dinding. Berang dengan sikap Kyla.
“Balik-balik cakap pasal Nadia! Bukannya saya ada apa-apa sama si Nadia!” Marah Arius. Dia tidak sedar tingkahnya diperhatikan oleh Ayden yang kebetulan baru sahaja masuk ke dalam bilik latihan menembak itu.
Ayden berjalan dengan tenang menghampiri Arius. Bahu Arius di tepuk perlahan.
“Let me guess...Kyla?” Ayden angkat kening.
“Hrmm...” Arius melepaskan satu keluhan yang berat.
“Kadang-kadang saya pun tidak faham sama perempuan ni. Pelik...” Ayden ikut mengeluh.
“Yeah. Suka tuduh yang bukan-bukan..” Kata Arius lagi.
“Sama macam Mellisa. But Arius, Kyla tu lagi pelik dan manja. For me Mellisa tidak macam dia. Mel lebih matang. Jadi kau punya tahap kesabaran tu mesti lagi tinggi...” Kata Ayden sambil angguk-anggukkan kepalanya.
“Itu yang buat saya sakit kepala Ayden. Dia tidak tau macam mana saya gilakan dia. Macam mana saya bersungguh-sungguh mau yakinkan Master Christian pasal hubungan kami. Dia fikir ni cuma satu permainan...” Marah Arius lagi.
“Apa yang kau perlu buat, kau cuma perlu sabar dan sabar. Kalau kau tanya aku pasal bunuh orang mungkin aku boleh tolong. Tapi kalau pasal perempuan..I am sorry..” Ayden mengeluh.
“Hrmmm.. Macam mana sama Taro? Ada berita sudah?” Tanya Arius pula.
“Sekarang belum ada apa-apa lagi. Mellisa masih cuba menjejaki dia. Rasanya mengambil masa yang lama untuk cari dia tu..” Jawab Ayden.
![](https://img.wattpad.com/cover/186399209-288-k743674.jpg)
YOU ARE READING
The Gangster Daughter (Mykyla Jorim)
Romance"If am not the only one, just let me go Arius..." Kyla mengesat air matanya yang sudah membanjiri wajah gebunya. "Saya tidak minta lebih Kyla. Saya cuma mau kepercayaan kau..." Arius masih cuba mahu memujuk walaupun dia tahu tidak mungkin Kyla akan...