4

968 81 3
                                    

Tajuk : The Gangster Daughter (MYKYLA JORIM)
Penulis : Nazira Raffie
Bab 4

Arius sedang berlatih bersama Ace dan Maya ketika Nadia masuk ke dalam bilik latihan itu. Langkahnya sengaja dia lenggokkan. Arius langsung tidak pedulikan dia.

“Hai Nadia!” Sapa Maya dengan sangat mesra. Berbanding Kyla,Maya lebih mesra bergaul dengan Nadia. Bagi dia Nadia seorang yang sangat hebat dan sentiasa cool.

“Hai Maya...” Nadia membalas sapaan dengan senyuman lebih mesra. Dia jarang tersenyum begitu. Tetapi dia agak selesa dengan Maya.

“Datang sini mau latihan?” Tanya Maya.

“Tidak. Saya datang mau jumpa Arius...” Kata Nadia. Arius memandang Nadia.

“Kenapa?” Tanya Arius.

“Petang ni kau sibuk? Saya mau minta kawan jumpa orang. Maybe kau boleh tolong saya cek profile tu orang..”Kata Nadia.

“Okay..” Arius menjawab ringkas. Dia kemudian tidak menghiraukan Nadia lagi.

“Nadia,boleh saya ikut?” Tanya Maya.

“Boleh. Tapi perjumpaan ni membosankan. Lagipun tidak ada aktiviti lasak yang macam kau suka..” Sengaja Nadia cakap begitu supaya Maya nda mau join.

“Oh... Nda apalah.. Tapi kalau perlukan backup saya boleh..” Maya bersungguh menawarkan dirinya.

“Okay...”

Ace sejak tadi hanya mendiamkan diri. Dia tidak berapa suka bergaul dengan Nadia tetapi dalam  masa yang sama dia tidak membenci Nadia. Dia cuma mahu menjaga hati Kyla. Dia tahu Kyla sangat benci dengan Maya.

“Ace? Kau okay?” Tanya Maya.

“Okay.. Bah..sambung latihan...”Kata Ace. Nadia duduk di tepi melihat mereka semua menjalan latihan masing-masing. Dia agak teruja melihat kepakaran Maya dan Ace. Tetapi pergerakkan Arius benar-benar membuatkan hatinya cair.

'Arius... One day you will be mine...'

*****

Kyla tiba di hutan itu lagi. Kali ini dia tidak datang untuk berburu. Dia datang untuk bertemu dengan Owen. Malangnya dia tidak tahu dimana arah rumah pokok tersebut. Dia merayau di dalam hutan berharap agar menemui Owen atau sesiapa sahaja yang boleh membawa dia bertemu Owen.

“Kau lagi?” Owen berdiri di belakang Kyla. Gadis itu terkejut dan terus berpaling.

“Owen!” Kyla terus memeluk Owen. Jejaka itu kaku keras. Dia tidak faham maksud pelukkan gadis manja itu.

“Kau macam tau-tau saja saya mau datangkan..” Kyla ketawa kecil. Mudah sungguh hatinya terhibur.

“Kau datang sini mau buat apa lagi? Mau memburu lagi?!” Marah Owen.

“Saya datang cari kau lah.. Mana rumah pokok kau? Oh ya! Kau yang call bapa saya malam tu kan?” Tanya Kyla.

“Ya. Saya call suruh ambil kau. Saya tidak mau kena tuduh menculik anak gangster besar. Saya tidak suka ada masalah sama orang..” Kata Owen. Matanya yang tajam itu menjeling Kyla.

“Iya. Saya tau kau nda suka ada masalah. Tapi...”

“Apa lagi tapi-tapi? Bagus kau balik... Malas saya mau tengok muka kau di sini... Lari semua binatang liar bila nampak anak naga!” Owen melangkah.

Kyla tidak berputus asa. Dia terus mengejar langkah Owen. Lengan Owen di pegang erat.Owen cuba tepis tetapi kuat di genggam Kyla.

“Kau ni degil!” Marah Owen. Kyla menjeling sahaja. Dia tidak kesah apa yang Owen cakap. Dia terus membuntuti jejaka itu.

*****

Arius dan Nadia tiba di sebuah restoran yang sunyi. Hanya mereka berdua sahaja yang menjadi pelanggan.

“Siapa yang kau mau jumpa?” Tanya Arius.

“Kita duduk dulu.Orang tu belum sampai kali..” Kata Nadia.

“Hrmm...” Arius terpaksa akur. Mereka mencari tempat duduk yang senang di lihat oleh orang yang  sepatutnya bertemu dengan Nadia.

Selepas membuat beberapa pesanan mereka menunggu lagi. Arius memerhatikan sekeliling restoran itu. Dia sangat pelik kerana sudah hampir setengah jam berada di sana, tidak ada satu pun pelanggan yang masuk kecuali mereka.

Pelayan yang berdiri di dekat kaunter juga kelihatan sangat mencurigakan. Begitu juga dengan juruwang yang duduk di kerusi kaunter. Keadaan restoran itu sangat pelik dan meragukan.

“Memang kamu janji jumpa disini?” Tanya Arius. Nadia angguk.

“Kenapa muka kau pucat ni?” Tanya Arius. Wajah Nadia pucat dan berpeluh. Nadia geleng kepala.

“Saya....” Nadia terus tidak sedarkan diri. Nasib Arius sempat menyambut tubuhnya. Arius melihat gelas minuman Nadia. Matanya memandang tajam kearah pelayan yang berdiri dikaunter.

Pelayan itu senyum. Dia kemudian mencapai sebilah parang mahu menyerang Arius. Jejaka itu pantas bangun dan terus memberikan tendangan ke tubuh pelayan tadi. Juruwang itu pula cuba menyerang.

Arius pantas menggendong tubuh Nadia dan dia terus maju menyerang pelayan dan juruwang tersebut.

Dia baru menyedari itu satu perangkap! Dia tidak pasti siapa yang cuba menyerang Nadia. Tetapi dia yakin hal itu ada kaitan dengan misi yang sedang Nadia jalankan.

Arius meletakkkan tubuh Nadia di bawah meja. Dia menarik pisau belatih yang terselit di pinggangnya. Dia perlu habiskan mereka sebelum keluar dari sana dengan selamat.

Arius yang cekap dan pantas itu melompat sambil menghayun tangannya. Sekelip mata pelayan tadi rebah dengan darah yang keluar dari lehernya. Arius menoleh juruwang tadi sudah tidak ada. Arius segera menggengdong Nadia keluar dari restoran puaka tersebut.

*****

Arius terpaksa membawa Nadia ke klinik April. Apa yang dia bimbangkan menjadi kenyataan apabila April mengesahkan Nadia terminum racun. Nasib baik sahaja Arius cepat membawa dia ke klinik itu. Jika tidak Nadia mungkin sudah tidak ada.

“Siapa yang mau bunuh dia?” April hairan.

“Dia anak ketua gangster. Bapa dia pun boleh tahan ramai musuh. Jadi saya tidak hairan..” Kata Arius.

“Inilah risiko jadi anak gangster..”April menggelengkan kepalanya. Dia juga sangat risaukan anak tunggalnya Ace. Nasib Ace mungkin lebih teruk dari Nadia kerana Jorim nama yang sangat digeruni  dalam dunia Gangster.

*****

Nadia tersedar. Dia memandang Arius yang duduk di kerusi merenung dia tajam.

“Saya di mana?” Tanya Nadia.

“Klinik Dr April. Kau okay?” Tanya Arius pula.

“Kenapa saya di sini?”

“Kau terkena racun tadi. Orang yang sepatutnya kau jumpa tu mau bunuh kau..” Kata Arius.

“Bunuh saya? Nda mungkin! Dia ada maklumat pasal orang yang saya sedang cari! Kenapa pula dia mau bunuh saya?!”

“Mungkin orang yang kau cari tu adalah dia sendiri..” Kata Arius pula. Nadia mengetap bibirnya.

“Kau boleh jalan?” Tanya Arius. Nadia cuba bangun tetapi tubuhnya terasa sangat lemah. Arius bangun dan terus menggendong tubuh Nadia.

Nadia yang tersentak itu tidak menyangkah Arius akan mengangkat tubuhnya. Dia tunduk malu. Jantungnya berdegup kencang sekali. Perasaannya semakin menjadi-jadi.

'Arius...Jangan buat saya tambah jatuh cinta!'

Bersambung....

The Gangster Daughter (Mykyla Jorim)Where stories live. Discover now