Tajuk : The Gangster Daughter (MYKYLA JORIM)
Penulis : Nazira Raffie
Bab 19Nadia meluruh masuk ke dalam bilik Owen. Bilik itu kemas dan kosong. Dia merenggus marah. Kemudian dia melihat ke dinding. Gambar-gambar itu menarik perhatiannya.
“Sial kau Owen! Kau sengaja mau aku bunuh kau!” Nadia menarik semua gambar Kyla lalu di koyakkan.
“Kau boleh suka siapa saja! Kau boleh jatuh cinta sama siapa saja! Tapi bukan dari darah Jorim! Lagi-lagi si Kyla! Sial!” Nadia mengamuk sendirian.
“Kau mesti mati!” Nadia berlari keluar. Dia bertembung dengan bapanya di ruang tamu.
Wajah Thompson kelihatan sangat marah. Agaknya dia sudah tahu tentang Owen dan Kyla. Sudah tentu Aamon tidak akan mendiamkan dirinya.
“Daddy, saya akan selesaikan Owen...!” Kata Nadia.
“Dengan cara apa? Bunuh dia?” Tanya Thompson dengan serius. Nadia tersentak. Dia memandang Thompson.
“I will not kill my own blood dad. Saya akan bagi pengajaran sama Owen. Saya sendiri akan bunuh Kyla!” Kata Nadia.
“You will not kill your own blood? Biarpun dia sudah khianat kau? Huh?” Thompson tidak berpuas hati dengan jawapan anaknya. Baginya Nadia masih terlalu naik. Hatinya masih terlalu lembut.
“No dad. He is my brother. The only one mom left for me... I promise you, I will kill Kyla with my own hand..” Nadia tunduk hormat dan terus berlalu. Dia tahu Thompson mesti mahu marah dia lagi.
Walaupun terpaksa sehingga mengorbankan nyawanya, dia tidak akan membunuh Owen. Owen adalah satu-satunya yang dia ada selain Thompson. Dia tidak akan biarkan sesiapa sahaja membunuh abang kandungnya.
Thompson memandang Nadia yang sudah hilang di sebalik pintu utama. Dia memandang guards di tepinya.
“Ikut dia. Bunuh anak Jorim tu. Bunuh Owen. Kalau terpaksa bunuh Nadia sekali. Aku nda perlukan orang macam diorang dalam legasi aku..” Thompson terus melangkah menuju ke bilik kerjanya yang terletak di belakang.
Belas kasihan? Ya, dia seorang bapa yang tiada belas kasihan. Untuk apa dia mau mengasihani orang yang akan mengkhianati dia? Dahulu dia membunuh Olivia kerana bapa mentuanya.
Kalau bukan kerana orang tua itu berada di sisi Christian saat itu, dia tidak akan membunuh bapa kepala isterinya sendiri. Dia membunuh bapa mentuanya di hadapan Olivia. Dia mahu Olivia menyaksikan sendiri nasib orang yang mengkhianati dia.
Dia masih ingat kata-kata terakhir Olivia sebelum dia membunuh wanita itu...
“Selagi saya hidup, kau nda akan dapat buat apa-apa sama anak-anak saya! Jangan jadikan diorang pembunuh kalau kau tidak mau berhadapan dengan risiko Thomson! Kau mungkin akan di bunuh oleh anak kau sendiri!” Olivia berkata sambil menahan kesakitan akibat pukulan bertubi-tubi suaminya.
“Sebelum diorang bunuh aku, kau orang yang patut aku bunuh dulu! Kau juga mungkin akan bunuh aku tanpa aku sedar kalau aku lepaskan kau sekarang!” Thompson tidak teragak-agak terus mematahkan leher wanita yang bergelar isterinya.
Olivia jatuh melutut di hadapan Thompson. Itu adalah malam terakhir mereka bersama dan malam terakhir dia mendengar jeritan Olivia.
“Tidak ada sesiapa yang akan hidup kalau khianat sama aku...!”
*****
Nadia sudah hampir hilang akal. Dia tidak tahu di mana Owen bersembunyi. Dia harus mencari Owen sebelum Thompson ataupun Aamon. Dia tidak mahu mereka membunuh abangnya.
“Ini semua sebab kau Kyla. Kalau bukan sebab kau, abang saya nda akan kena lalui semua ni! Saya akan kasih habis kau punya nyawa bila saya jumpa kau nanti!” Nadia histeria sendiri.
“Arius! Mungkin daddy akan bunuh Arius! No!” Nadia teringat Arius. Dia berfikir mungkin sahaja Thompson akan gunakan Arius untuk menundukkan dia nanti. Dia perlu segera memindahkan Arius!
Nadia segera mengarahkan beberapa orang pengikutnya untuk memindahkan Arius secara rahsia. Dia tidak mahu Thompson ataupun Aamon dapat tahu.
“Cik Nadia, ada masalah!” Pengikutnya berlari masuk ke dalam bilik rehatnya.
“Kenapa?” Tanya Nadia cemas.
“Arius! Dia sudah hilang!”
“Apa?!”
*****
Arius mengusap pergelangan tangannya. Ayden menepuk bahu dia. Mereka tersilap langkah pertama. Tetapi ada yang lupa mereka adalah Jorim.
“Nasib kami datang awal.. kalau tidak mungkin kau jadi daging panggang sudah..” Ace berlagak macho.
“Ehemm... Ni semua plan Mellisa. Kau tu tau apa saja?” Marvin menyiku perut Ace. Playboy kacak itu tersengih. Mereka semua memandang Mellisa.
“Nampaknya kita sudah ada Berly Junior..” Puji Arius dengan bangga.
“Tengoklah dia milik siapa...” Ayden berkata tenang tanpa memandang mereka.
“Mister Ayden Jorim, selagi belum ada cincin di jari tu..dia masih bebas pilih okay..” Ace bertindih lengan di atas bahu Mellisa.
“Ace, kau masih sayang nyawa kau? Atau kau mau makan guna kaki?” Ayden duduk menyandarkan tubuhnya di kerusi. Panas hatinya melihat Ace menyentuh Mellisa begitu.
“Eh...sorry...” Ace tersengih dan cepat mengalihkan tangannya.
“Cukup Ace. Kau bukan mau ambil Rain kah?” Tanya Marvin lagi. Ace melihat jam di tangannya. Dia terus menepuk dahi.
“Shit! Saya sudah lambat!” Ace terus berlari keluar dari bilik bacaan. Mereka semua ketawa geleng kepala.
“Stop ketawa guys. Kyla masih dalam bahaya...” Arius berbalik ke masalah utama mereka. Wajah mereka semua menjadi serius.
“Mel, belum ada petunjuk?” Tanya Ayden. Mellisa senyum.
“Saya dapat panggilan dari Owen..” Kata Mellisa.
“What?” serentak Ayden, Arius dan Marvin terkejut.
*****
Kyla duduk memeluk lutut. Sejak dia sedar dia tidak bercakap sepatah pun dengan Owen. Dia hanya mendiamkan dirinya.
“Kyla, makan ni. Hari ni kita mau keluar dari sini sebelum Nadia tau kita di sini..” Kata Owen. Dia sudah pun hidangkan sarapan pagi untuk Kyla.
“Saya sudah call Mellisa. Diorang akan ambil kau di tempat yang saya janjikan. Saya tidak mau diorang datang sini... Ini tempat saya... diorang mungkin akan rosakkan tempat ni..” Kata Owen lagi.
“Apa jadi sama kita hari tu?” Kyla bertanya tegas tanpa memandang wajah Owen.
“Apa yang jadi tidak penting. Yang penting kau selamat..” Kata Owen juga tegas. Kyla mengalihkan pandangannya. Dia memandang tajam ke muka Owen.
Dia pantas bangun dan terus meluruh. Pisau belatih yang dia ambil dari simpanan Owen di acukan ke leher Owen. Matanya tajam. Sudah tidak ada pandangan manja lagi. Pandangan itu sudah menjadi satu pandangan yang penuh rasa benci dan dendam.
Owen tidak berkata apa. Dia hanya membiarkan sahaja apa yang cuba Kyla lakukan. Kalau itu boleh tenangkan hati gadis itu.
“Kau iblis! Sama macam adik kau! Macam bapa kau! Saitan!” Kyla mengaum kuat. Dia merasa sangat kotor dengan dirinya sendiri.
Bagaimana dia harus berdepan dengan Arius dan juga Christian selepas ini? Apa yang dia dapat dari kebodohannya itu....
Bersambung.....
YOU ARE READING
The Gangster Daughter (Mykyla Jorim)
Romance"If am not the only one, just let me go Arius..." Kyla mengesat air matanya yang sudah membanjiri wajah gebunya. "Saya tidak minta lebih Kyla. Saya cuma mau kepercayaan kau..." Arius masih cuba mahu memujuk walaupun dia tahu tidak mungkin Kyla akan...