Tajuk : The Gangster Daughter (MYKYLA JORIM)
Penulis : Nazira Raffie
Bab 10“Wahhh!!! lama saya nda mandi sungai!” Kyla terus terjun ke dalam sungai yang sejuk itu. Kali terakhir dia mandi sungai ketika dia mereka berada ditempat momoga beberapa tahun yang lalu.
Owen hanya duduk di atas batu melihat gadis itu terkinja-kinja di dalam air. Malas dia mahu basahkan badan masuk ke dalam air sungai yang sejuk itu. Dia tahu apa yang di lakukan oleh Kyla itu mungkin akan menyusahkan dia tetapi dia senang bila dapat bersama gadis itu.
“Hei! Marilah sini!” Kyla menjerit memanggil Owen. Jejaka itu gelengkan kepalanya.
“Ish! Boring betul kau ni..” Kyla mencebik. Dia kemudian berpaling dengan aksi manja. Beberapa saat itu dia berpaling semula dan dia tidak melihat Owen.
“Owen? Owennnnn?!” Jerit Kyla. Suasana senyap dan sunyi. Dia mula rasa risau. Matanya liar mencari Owen.
“Owennnnn! Hoi!!!” Jerit Kyla lagi.
“Apa...” Kyla berpaling. Dia terkejut melihat Owen di belakangnya sambil berpeluk lengan.
“Bila kau masuk sini ni?!” Kyla terus mencubit Owen yang sudah berendam seperti dia itu. Owen mencebik. Gayanya sangat selamba. Dia masuk ke dalam air dan mula berenang ke sana ke mari.
“Ceh...” Kyla ikut mencebik. Dia mengikut langkah Owen masuk ke dalam air sungai dan berenang.
*****
Arius masuk ke dalam bilik pejabat Nadia. Awal tadi dia mendapat panggilan dari Nadia yang meminta dia untuk datang. Nampaknya Nadia sudah semakin sihat selepas keluar dari hospital beberapa hari yang lalu. Wajahnya kelihata ceria.
“Thanks for coming..” Nadia senyum manis. Arius berdiri di hadapannya.
“Ada apa kau suruh saya datang ni?” Tanya Owen. Nadia mengetap bibirnya. Arius langsung tidak bersikap ramah.
“Ni...” Nadia menyerahkan telefon pintarnya pada Owen. Jejaka itu ambil dan lihat rakaman video.
“Siapa tu?” Tanya Owen. Nadia angkat bahu tidak tahu.
“Ni rakaman cctv yang pihak hospital bagi saya. Saya tidak dapat tengok dengan jelas muka orang yang hantar parcel tu..” Bilang Nadia.
“Its okay. Saya boleh minta tolong Mellisa nanti. Ada apa-apa lagi?” Tanya Arius serius. Nadia memandang anak mata jejaka itu.
“Arius...”
“Nadia jangan mau mula lagi. Saya sudah malas mau layan kau punya perangai ni.” Arius bersedia untuk pergi.
Bang! Bunyi tembakan. Arius menoleh dan dia lihat Nadia sudah terbaring di atas lantai. Bahunya terkena tembakan.
Arius terus berlari ke tingkap mencari penembak tersebut. Dia tidak melihat sesiapa yang mencurigakan.
“Nadia!” Arius menarik tubuh gadis itu. Nadia sudah tidak sedarkan dirinya. Arius terus mengangkat tubuh Nadia keluar dari pejabatnya.
*****
“Kenapa dia kena serang lagi?” Mellisa mengetap bibirnya. Arius tidak menjawab. Dia masih berdiri dia luar bilik bedah menunggu Nadia.
“Tadi saya jumpa dia, dia kasih tengok saya rakaman cctv orang yang hantar parcel tu. Tapi nda dapat tengok tu muka. Maybe you can help..” Kata Arius pada Mellisa.
“Okay.. Nanti saya cek.”
“Arius, orang yang tembak dia ni macam mau dia mati. Kau ada suspek?” Ayden memandang Arius.
YOU ARE READING
The Gangster Daughter (Mykyla Jorim)
Roman d'amour"If am not the only one, just let me go Arius..." Kyla mengesat air matanya yang sudah membanjiri wajah gebunya. "Saya tidak minta lebih Kyla. Saya cuma mau kepercayaan kau..." Arius masih cuba mahu memujuk walaupun dia tahu tidak mungkin Kyla akan...