Tajuk : The Gangster Daughter (MYKYLA JORIM)
Penulis : Nazira Raffie
Bab 11Kediaman Jorim awal pagi itu sunyi sahaja. Ayden dan Mellisa awal lagi sudah keluar kerja. Berly dan Christian pula sibuk di pejabat mereka. Kyla menuruni anak tangga mencari kelibat Arius. Dia sudah 3 hari tidak bertemu dengan kekasihnya itu.
“Mana Arius?” Tanya Kyla pada seorang guard.
“Tuan Arius ada di bilik latihan sama Tuan Ace..” Jawab pengawal. Kyla angguk. Dia tidak terus menuju ke bilik latihan. Perutnya terasa lapar lalu di terus ke dapur mahu mencari sarapan.
“Selamat pagi Cik Kyla. Sarapan sudah siap..” Kata maid kesayangan Berly dengan senyuman lebar. Kyla senyum balik terus dia duduk.
Lain betul suasana kediaman tu lepas Marta sudah tiada. Tidak ada seri seperti dulu. Kyla memandang hidangan di atas meja.
“Saya rasa mau makan ubi kayu rebus..” Maid yang berdiri di sebelah Kyla terkejut. Sejak bila pula anak manja Jorim ni pandai makan ubi kayu rebus?
“Kenapa buat muka macam tu? Kita tiada ubi kayu?” Tanya Kyla hairan.
“Er...ada.. Madam Berly memang ada tanam. Tapi sejak bila Cik Kyla makan ubi kayu rebus?” Tanya maid dengan mata terbeliak. Kyla tunduk dengan senyuman nakal. Yes! Memang pelik! Sejak bila dia makan ubi kayu? Sejak kenal Owen? Dia tersengih sendiri.
“Ehemm...” Kyla menoleh. Dia melihat Arius berdiri di belakangnya sambil berpeluk lengan. Kyla bangun dan terus cuba memeluk Arius. Jejaka itu menahan tubuh Kyla.
Dia tahu Christian ada di kediaman itu. Dia tidak mahu kerana perbuatan Kyla itu dia mungkin akan kehilangan peluang untuk mendapat restu hubungan mereka. Kyla mencebik. Dia jeling Arius kemudian dia duduk balik.
Arius tarik kerusi dan duduk berdepan dengan Kyla. Gadis itu memuncungkan bibirnya merajuk dengan Arius.
“Sarapanlah. Lepas ni kita ada kerja...” Kata Arius. Kyla menjeling lagi.
“Sejak bila pula saya ni kena kasih kerja. Kan kamu semua nda harap saya...” Kata Kyla sinis. Arius senyum. Dia pandang maid.
“Ada ubi kayu yang kena rebus tadi pagi kan. Kasih keluar..kasih sama Cik Kyla..” Arah Arius.
“Okay Tuan Arius..” Maid terus masuk dapur kasih tinggal durang berdua.
“Lepas makan, kita pigi pejabat Nadia. Saya perlukan bantuan kau..” Kata Arius serius. Wajahnya tidak ada senyuman.
“Okay.” Kyla menjawab pendek.
'ish! Dia ni! Apa juga yang saya mau buat di sana? Dia mau suruh saya lagi tolong Nadia?! Sudah dia tau saya benci tu tondu!' marah Kyla di dalam hatinya.
*****
“Kena tembak lagi?!” Kyla terkejut.
Maya melangkah menuju ke arah cermin. Matanya tajam memandang bulatan cermin yang pecah kerana peluru itu. Dia meluaskan pandangan matanya keluar tingkap bangunan itu. Ada yang sedang bermain di kotak fikirannya.
“Pelik..” Kata Maya.
“Kenapa?” Ace mendekati sepupunya. Dia memandang keluar tingkap yang luas itu. Ada 3 bangunan bertentangan arah. Kedudukan tiga bangunan itu adalah mustahil untuk penembak melepaskan tembakan tepat kearah Nadia.
“Mellisa boleh buat ni?” Tanya Maya pada Arius.
“Mellisa tu pakar senjata. Dia juga antara pakar penembak terbaik yang saya kenal. Dia sudah tengok tempat ni. Dia sendiri cakap mustahil dia boleh buat. Memang ada yang pelik..” Jawab Arius.
YOU ARE READING
The Gangster Daughter (Mykyla Jorim)
Romance"If am not the only one, just let me go Arius..." Kyla mengesat air matanya yang sudah membanjiri wajah gebunya. "Saya tidak minta lebih Kyla. Saya cuma mau kepercayaan kau..." Arius masih cuba mahu memujuk walaupun dia tahu tidak mungkin Kyla akan...