Tajuk : The Gangster Daughter (MYKYLA JORIM)
Penulis : Nazira Raffie
Bab 14Kyla tersedar. Dia melihat balutan di luka bekas tembakkan. Kepalanya pusing mungkin kerana kesan ubat pelali.
“Urgg..” Kyla cuba bangun.
“Pelan-pelan. Luka tu masih belum sembuh.. Peluru saja yang sudah keluar..” Kyla memandang lelaki itu.
“Kau siapa? Kenapa kau rawat saya? Nadia yang suruh?” Tanya Kyla. Lelaki itu gelengkan kepalanya.
“Jadi?” Kyla berkerut dahi. Lelaki tua itu bangun dan terus melangkah menuju ke katil Kyla. Dia serahkan secebis kertas pada gadis itu. Kyla ambil dan baca.
'Cepat sembuh.. Cepat selamatkan diri..' -OT- Kyla memandang wajah lelaki tua itu.
“Owen?” Tanya Kyla. Lelaki tua itu angguk.
“Dia ada di tingkat atas. Ini bilik bawah tanah kediaman Thompson. Kau rehat saja. Ini ubat. Makan ikut masa yang di tetapkan. Tapuk di bawah bantal dan jangan sampai orang nampak.” Kata lelaki tua itu.
“Kau mungkin kena bunuh kalau Nadia tau kau tolong saya. Kenapa kau buat?” Tanya Kyla.
“Anggap saja ini balasan saya untuk jasa baik bapa kau. Christian Jorim.. Maaf, saya tidak boleh bawa kau keluar dari sini sebab seluruh kawasan kediaman Thompson ni penuh sama pengawal. Tiada jalan keluar yang selamat. Jadi kau mesti betul-betul sihat dan keluar sendiri dari kediaman ni..” Kata lelaki tua itu.
“Hah?” Kyla tidak mengerti. Lelaki tua itu duduk semula di kerusi kayu tadi. Dia memandang wajah Kyla yang tidak ubah seperti Red Butterfly.
“Suatu masa dahulu, ketika saya hampir di tembak mati oleh seorang gangster kerana saya gagal selamatkan salah satu dari kawannya, Master Christian sudah kasih selamat nyawa saya. Kalau tidak mungkin saya tidak ada di sini selamatkan nyawa kau..” Lelaki tua itu senyum.
“Cerita kau masuk akal. I know my dad is a hero. Tapi yang jadi persoalan.. Macam mana kau tau saya ada di sini? Apa kaitan kau sama Owen?” Tanya Kyla kehairanan.
“Saya kawan baik mendiang datuk Owen. Saya doktor peribadi Owen...” Kata lelaki tua itu lagi.
“Doktor peribadi?” Kyla semakin berminat.
“Suatu masa kau akan tau. Tapi sekarang, saya terpaksa pergi. Saya sudah lama di sini..” Kata lelaki tua itu sambil mengemas barang-barangnya.
“Ah.. Terima kasih. Terima kasih sebab selamatkan saya. Saya tidak tahu macam mana mau balas pertolongan kau..” Kata Kyla.
“Kau tidak perlu balas apa-apa. Teruslah bertahan hidup. Selepas ni saya sudah tidak ada apa-apa hutang nyawa lagi sama bapa kau..” Lelaki tua itu senyum. Dia bersedia untuk keluar dari bilik tersebut.
“Siapa nama uncle?” Tanya Kyla sebelum lelaki itu keluar.
“Dr Frank..” Lelaki tua itu kenalkan namanya. Pintu di buka. Seorang pengawal yang mungkin pengawal Owen terus menutup pintu itu semula.
“Terima kasih Dr Frank..” Kyla terduduk lemah. Dia lihat ubat yang di beri kemudian dia segera tapuk di bawah bantal.
“Apa saya mau buat sekarang ni? Tunggu kena bunuh saja? Urg! Kyla! Come on!” Kyla merebahkan tubuh di atas katil besi. Tubuhnya terasa sakit.
“Nadia, saya sepatutnya sudah bunuh kau awal-awal lagi!” Kyla mengetap bibir geram.
“Tapi kenapa diorang masih belum sampai? Susah sangatkah diorang mau cari saya? Urg! Kyla! Kau sendiri cari penyakit!” Kyla menepuk dahinya.
“Saya tidak boleh mengalah sekarang. Saya mesti plan something!”
*****
“Aamon, ingat pesan saya. Buat dia sengsara...” Kata Nadia sambil memakai semula pakaiannya. Aamon memandang dia dengan matanya yang tidak habis menggoda. Asap rokok di lepaskan ke udara lagi.
“Jangan risau Nadia. Aku sendiri ada dendam sama Jorim. Jadi kau nda perlu ajar aku apa yang patut aku buat. But your brother, kalau kau nda kawal Owen... Aku sendiri akan bunuh dia..” Kata Aamon dengan nada tajam. Nadia memandang Aamon.
“Kau cuma perlu bunuh Kyla Jorim. Seksa Kyla Jorim! Bukan abang aku. Jangan sentuh Owen kalau tidak kau akan kehilangan nyawa kau sebelum kau sempat balas dendam sama Jorim..” Ugut Nadia dengan tajam.
“Ok deal. Tapi kalau terpaksa, Owen tetap akan mati!”
“Dia mati aku tidak peduli sebab dia tu addict drug! Tapi aku nda akan biarkan dia mati di bunuh!” Nadia bangun dan terus melangkah pergi. Aamon senyum sinis sambil gelengkan kepalanya.
“Bijak Bodoh!” Cebiknya.
*****
“Macam mana keadaan dia?” Tanya Owen. Sejak semalam dia menanti berita tentang Kyla.
“Dia sudah okay dan sangat cantik..” Dr Frank menjeling Owen. Jejaka itu tunduk.
“Oww....Someone fall in love..” Dr Frank mengusik Owen.
“Dia sudah ada kekasih lah..” Owen menggaru kepalanya.
“Ya... Tapi masih belum terlambat. Selagi belum ada cincin di jadi...” Dr Frank mengusik lagi. Owen tergelak kecil.
“Im not good for her. Dia layak dapat yang jauh lagi bagus dari saya..”
“Owen.. Why you say like that? You're good men.. Lemah lembut. Baik hati. Kacak. Sukakan keadilan...” Puji Dr Frank.
“Sudahlah tu. Cukup. Jangan puji lagi... Mana ubat saya?” Tanya Owen.
“Nah... Makan ikut masa. Jangan putuskan ubat ni..” Kata Dr Frank sambil tersengih nakal.
Bang! Tembakkan di lepaskan. Dr Frank jatuh ke tanah. Owen tersentak. Nadia berdiri di muka pintu menggenggam pistol.
“Gila!” Marah Owen. Dia meluruh mendekati Nadia lalu menyerang Nadia. Dia sangat marah dengan kelakuan adiknya yang membunuh doktor peribadinya.
“Kau! Berani kau suruh dia rawat Kyla! Kau gila! Setan!” Nadia meludah muka Owen.
“Arggg!” Owen terus memberikan tamparan dan tendangan ke tubuh Nadia. Adiknya itu jatuh ke sudut dinding.
“Kau memang setan!” Owen meluruh kearah Nadia. Pistol tadi sudah terlepas dari tangan Nadia. Dia kemudian menyepak tubuh Nadia berkali-kali.
“Owen!” Thompson menjerit marah. Dua guards datang menghalang Owen dari terus memukul Nadia.
Nadia bangun. Luka bekas tembakkan berdarah lagi. Dia kelihatan sangat lemah. Thompson meluruh kearah Owen lalu menumbuk muka Owen.
“Kau mau bunuh anak aku?! Sial!” Thompson berang.
“Ya! Kamu anak beranak aku mau bunuh! Keluarga iblis!” Owen jadi tidak terkawal.
“Gila!” Thompson terus memukul memukul Owen sehingga anaknya itu lemah jatuh ke lantai.
Owen terbaring lemah memandang Dr Frank yang sudah tidak bernyawa. Air matanya mengalir. Dia menangis seperti anak kecil.
“Dr Frank.... Dr Frank...” Owen meraung kuat.
Dr Frank adalah satu-satunya yang dia ada selepas datuk dan mamanya tiada. Dr Frank sudah menjadi doktor peribadi dia sejak dia kecil lagi. Kerana kemurungan dan masalah emosi yang dia alami, Dr Frank sentiasa ada untuknya. Kini dia sudah tidak ada sesiapa lagi..
“Im sorry...Im sorry.....” Owen meraung kuat sehingga hampir kehilangan suaranya.
“Kalau saya tidak minta kau rawat Kyla...mesti kau masih hidup... Dr Frank...” Tangisan Owen seperti anak kecil bergema.
Bersambung...
YOU ARE READING
The Gangster Daughter (Mykyla Jorim)
Roman d'amour"If am not the only one, just let me go Arius..." Kyla mengesat air matanya yang sudah membanjiri wajah gebunya. "Saya tidak minta lebih Kyla. Saya cuma mau kepercayaan kau..." Arius masih cuba mahu memujuk walaupun dia tahu tidak mungkin Kyla akan...