Tajuk : The Gangster Daughter (MYKYLA JORIM)
Penulis : Nazira Raffie
Bab 5Kyla duduk diam perhatikan apa yang sedang Owen lakukan. Entah kenapa apa sahaja yang Owen lakukan membuatkan dia sangat tertarik.
“Kyla, bila kau mau pulang ni? Sekejap lagi mesti daddy kau call saya..” Owen menjeling.
“Off phone kau..” Arah Kyla. Owen menggelengkan kepalanya.
“Kenapa kau lari lagi?”
“Sebab saya benci sama tu perempuan. Selagi tu perempuan ada didalam kediaman kami dan di sekeliling kami,saya nda akan pulang!”
“Nadia?”
“Ya lah! Adik kau tu!” Jeling Kyla.
“Hrm...” Owen sekadar melepaskan keluhan kecil. Tidak ada apa yang boleh dia lakukan ketika itu.
“Saya lapar...” Rungut Kyla.
“Biasanya kalau orang lari dari rumah, dia nda kesah pasal perut. Yang dia kesahkan cuma ego...” Bebel Owen dengan tajam.
“Ish kau ni!” Kyla menepuk bahu Owen.
“Don't touch me..” Owen menepis tangan Kyla.
“Saya lapar...” Rungut Kyla lagi.
“Sekejaplah saya masak!” Owen terus berdiri. Dia tinggalkan kerjanya di atas meja kayu. Kyla tersenyum nakal.
Tingkah dan kelakuan Kyla mengingatkan dia pada adiknya. Nadia mempunyai sifat-sufat Kyla yang manja dan periang. Tapi itu dulu... Kyla dapat mengubat rindunya pada Nadia.
Owen mencari apa sahaja yang boleh dia masak untuk kenyangkan perut puteri Jorim yang manja itu. Dia tidak merasa susah atau muak melayani tingkah Kyla. Malah dia sangat senang hati kerana dapat mengubati rasa rindunya pada Kyla.
Setengah jam kemudian dia keluar dari dapur kecil itu sambil membawa sedulang hidangan buat Kyla.
“Na..Ini saja saya ada..”
“Apa ni? Salad?”Kyla tersengih.
“Ini sayur pucuk ubi lah. Rasalah..tumis biasa saja. Ini ubi kayu rebus..” Kata Owen.
“Hah! Saya mana pandai makan ni..” rungut Kyla. Owen mencubit telinga Kyla.
“Pigi balik sana! Cerewet!” Bebel Owen.
“Auch! Ialah saya makan...” Kyla menjelir lidahnya.
*****
“Mana Kyla?!” Christian mengaum kuat bila tidak melihat anak gadisnya di dalam bilik. Dia sudah memberi amaran kepada mereka untuk mengawasi Kyla.
Semua maid dan guard tunduk ketakutan. Mereka tidak dapat menjawab pertanyaan naga itu. Ada yang menggigil sampai terkencing.
“Boy! Cari Kyla! Mana Arius?! Ayden?!” Christian mengaum kuat. Dia sudah tidak tahu harus berbuat apa dengan anak gadisnya yang sangat degil dan keras kepala itu.
“Baik master!” Boy terus berlari keluar. Berly terus menghubungi Ayden memaklumkan tentang hal tersebut.
“Dear,Arius keluar sama Nadia. Ada urusan. Cuba dear call Owen..” Kata Berly. Cristian memandang isterinya.
“I realy don't understand her... Why she always be like this?! Apa yang dia cari di luar tu? Cari bahaya?!” Christian mengaum lebih kuat.
Berly memalingkan wajahnya. Dia sendiri tidak tahu apa yang anak gadis mereka fikirkan. Sikap Kyla sejak dulu tidak berubah. Sentiasa mahukan kebebasan yang mungkin akan memakan dirinya sendiri.
YOU ARE READING
The Gangster Daughter (Mykyla Jorim)
Romance"If am not the only one, just let me go Arius..." Kyla mengesat air matanya yang sudah membanjiri wajah gebunya. "Saya tidak minta lebih Kyla. Saya cuma mau kepercayaan kau..." Arius masih cuba mahu memujuk walaupun dia tahu tidak mungkin Kyla akan...