Tajuk : The Gangster Daughter (MYKYLA JORIM)
Penulis : Nazira Raffie
Bab 7Arius berdiri didepan pintu bilik Kyla. Dia cuba mahu mengetuk pintu itu tetapi tangannya terasa sangat berat. Dia bimbang jika Kyla akan naik marah bila melihat mukanya. Dia masak betul dengan sikap Kyla yang tidak mudah di pujuk itu.
“Arius...” Nadia berdiri di belakang Arius. Jejaka itu menoleh.
“Apa lagi? Kau sudah kemas barang-barang kau? Keluar dari sini!” Kata Arius tanpa mahu melihat ke wajah Nadia.
“Arius... We need to talk..” Rayu Nadia.
“Apa lagi mau di cakap? Aku sudah tau semuanya Nadia. Aku kasih kau peluang keluar dari sini hidup-hidup..” Kata Arius tegas.
Nadia tunduk. Dia buntu. Entah macam mana dia mau yakinkan Arius tentang 'sarang' bapanya. Nampaknya dia sudah memandang rendah pada anak-anak Jorim. Terutama Ayden. Tentu sahaja Ayden dapat siasat tentang dia sekelip mata.
“Get out!” Arius mengaum. Nadia tersentak. Dia terpaksa melangkahkan kakinya. Kalau dia tunggu lagi mungkin Arius akan lebih bencikan dia.
Nadia kembali ke biliknya. Terpaksa dia mengemas semua pakaiannya. Dia sudah tidak ada cara lain lagi selain pergi meninggalkan kediaman Jorim.
*****
Arius turun ke bawah. Dia tidak jadi mengetuk pintu bilik Kyla. Dia mahu berikan ruang untuk gadis itu. Dia tidak mahu memaksa Kyla kerana gadis itu tidak suka di paksa. Jika dia mahu lembutkan hati Kyla,dia mesti berundur beberapa tapak.
Bang! Bang! Bang! Dia terdengar bunyi tembakan dari arah luar. Dia bergegas menuju keluar. Dia melihat Mellisa sedang memeluk Nadia. Nadia sedang berdarah. Arius keluarkan pistol yang terselit di belakangnya.
“Mel!” Arius berlari mendekati Mellisa.
“Ada orang serang dia! Dia kena tembak ni!” Jerit Mellisa yang juga penuh dengan darah Nadia.
“Mana penembak tu?” Tanya Arius. Dia tidak melihat sesiapa di luar.
“Sudah lari. Guards sudah kejar dia!” Kata Mellisa.
“Kenapa ni?!” Kyla berlari mendekati mereka. Dia terkejut melihat keadaan Nadia.
“Kenapa dia?!!” Kyla menjerit.
*****
“Macam mana keadaan Nadia?!” Thompson memandang cemas kearah Christian yang baru juga tiba.
“Relax. Anak kau tu kuat...” Jawab Christian.
“Siapa yang berani tembak dia?!” Thompson berang. Wajah Arius di tenung lama.
“Kau ni! Pasal kau lah dia berkeras mau tinggal dengan Jorim! Mesti dia kena tembak sebab orang fikirkan dia tu anak Jorim!” Tuduh Thompson.
“Mr Thompson, jaga percakapan kau. What happen to your daughter tiada kaitan sama anak saya ataupun Jorim. Rasanya Nadia sudah cukup terkenal. Semua orang kenal dia... Jangan kaitkan dengan Jorim.” Christian bersuara tenang seperti biasa tetapi kedengaran sangat tegas.
Thompson menghembus nafas. Dia berpaling sekilas tidak mahu membalas renungan tajam naga itu. Dia masih sayangkan nyawanya.
“Ayden akan uruskan hal ni.” Christian terus melangkah meninggalkan mereka.
“Ta...tapi...” Thompson tidak sempat menahan naga itu. Ayden yang baru sahaja tiba berdiri tenang di tepi Thompson.
Dia sudah tahu tentang kegiatan Thompson. Selama ini Thompson berani membelakangi bapanya selaku ketua. Dia menjalankan perniagaan haram dan cuba rosakkan imej empayar besar itu. Jika bukan kerana Christian meminta dia untuk bersabar, sudah lama dia mencabut nyawa Thompson.
YOU ARE READING
The Gangster Daughter (Mykyla Jorim)
Romansa"If am not the only one, just let me go Arius..." Kyla mengesat air matanya yang sudah membanjiri wajah gebunya. "Saya tidak minta lebih Kyla. Saya cuma mau kepercayaan kau..." Arius masih cuba mahu memujuk walaupun dia tahu tidak mungkin Kyla akan...