Tajuk : The Gangster Daughter (MYKYLA JORIM)
Penulis : Nazira Raffie
Bab 17Ayden berlari mencari jalan untuk ke ruang bawah tanah. Semua dinding kelihatan sama dan tidak ada mana-mana pintu rahsia yang dia temui. Mayat-mayat guards yang menghalang dia bergelimpangan dengan darah.
“Damn! Ni memang perangkap! Arius! Arius!” Ayden menjerit kuat.
“Ayden! Kenapa?!” Mellisa memanggil Ayden melalui alat curi dengar.
“I lost Arius!” Ayden mengaum.
“Lost contact! Dia mesti ada di bawah tanah!” Kata Mellisa cemas.
“Maybe tiada signal di bawah. Tapi saya tidak jumpa pintu ke bawah!” Ayden semakin berang.
“Ayden! Come out! Ada beberapa MPV hitam masuk pagar! Kita kena perangkap!” Mellisa menjerit kuat. Dia segera melaraskan rifle. Dia bersedia melepaskan tembakkan untuk cover Ayden.
Ayden melihat di celah tingkap. Beberapa orang guards Thompson yang lengkap bersenjata masuk ke dalam kediaman.
“Well..Well.Well... Rupanya anak Jorim pula yang datang buat kacau di kediaman aku. ha... Kau bunuh semua guards aku?” Thompson angkat kening memandang Ayden.
“Ini perangkap kau kan..” Ayden memandang tajam.
“Perangkap? Kau datang kediaman aku. Kau buat kacau, kau cakap aku perangkap kau?”
“Mana Kyla?! Arius! Dia terperangkap di bawah tanah! Mana Kyla?!” Ayden mengaum.
“Are you serious Ayden? Kenapa kau cari adik kau di sini? And...How you know pasal bilik bawah tanah? Kau mengintip kediaman aku?” Thompson bijak bermain emosi anak muda itu.
Ayden cuba mengawal dirinya. Dia tidak mahu tersilap langkah. Dia mungkin akan membahayakan keadaan Jorim jika dia cuba membunuh Thompson tanpa bukti.
“Kita akan berjumpa di perjumpaan gang nanti. Aku harap kau bersedia dengan jawapan kau untuk hari ni..” Kata Thompson.
Mereka kemudian membiarkan Ayden keluar meninggalkan kediaman itu. Ayden melangkah keluar.
“Mel, kita balik..” Kata Ayden melalui alat curi dengar.
“Arius?”
“Nanti kita bincang.. Kita balik sekarang...” Kata Ayden tegas.
“Okay..”
*****
Nadia ketawa senang hati selepas mendengar berita tentang Arius. Nampaknya rancangan last minit mereka berjalan dengan lancar.
“I am not stupid Mellisa. Bukan kau saja tau guna drone..” Nadia tersengih tajam. Puas hatinya dapat membodohkan mereka semua.
“Kau nda akan jumpa Kyla lagi. Dia sudah mati di hutan sana..” Nadia ketawa lebih kuat.
“Jangan gembira dulu Nadia. Kita belum berjaya selagi Jorim tidak hancur...” Thompson masih tidak mampu gembira.
“Daddy, saya sudah uruskan ini. Selebihnya daddy urus sendiri di perjumpaan tu. Selepas durang tau apa Ayden buat, semua ketua gangster akan paksa Jorim turun. Masa tu daddy buli naik takhta. I already got what I want.. Arius...” Nadia mengusap pipinya sendiri.
*****
“Arrggg! Setan! Sial!” Ayden mengaum kuat. Dia melepaskan tendangan ke meja. Mellisa kaku keras. Marvin dan Ace yang baru tiba membiarkan Ayden.
“Sorry kami baru datang. Tidak apa Ayden, kita boleh plan balik..” Kata Marvin.
“Plan balik? Adik aku akan mati sebelum rancangan kita yang seterusnya!” Ayden mengaum. Darah mudanya tidak mudah di kawal.
“Ayden, calm down.. masalah nda akan selesai kalau kau begini..” Mellisa yang takut melihat Ayden bersuara lembut.
Dia mendekati Ayden dan memeluk lengan Ayden. Dia cuba tenangkan keadaan naga liar itu. Ayden diam. Walaupun susah, dia cuba juga untuk bertenang.
“Sekarang ni kita lost Kyla sama Arius. Kita terpakja plan balik. I think I made a mistake. Nadia mesti ada jumpa drone saya. Arr! Bodohnya saya..” Mellisa mengetap bibirnya.
“Stop salahkan diri sendiri. Kalau semua pun mau kasih salah diri sendiri, kita semua salah lah..” Ace mengeluh. Mereka semua diam. Apa yang di katakan oleh playboy itu ada benarnya juga.
*****
Arius tidak senang duduk. Dia mundar mandir di dalam bilik besi itu. Dia yakin Nadia akan datang temui dia nanti.“Mesti ada yang salah dalam rancangan kami! Ni mesti perangkap perempuan sial tu!” Arius menumbuk dinding.
“Argg.. Kyla...where are you.. Im so sorry...” Arius menarik rambutnya. Dia kesal dengan tindakkannya dulu. Kalau dari awal dia perasan pasal Nadia mungkin ni semua nda jadi!
*****
Christian memandang Thompson yang berdiri di depannya. Dia sudah agak kedatangan Thompson itu.
“Macam mana sekarang?” Tanya Thompson dengan kasar.
“Aku tidak akan berat sebelah Thompson. Aku tau apa patut aku buat.. lets make a deal, selepas aku jumpa Kyla hidup atau mati, dan selepas aku dapat pastikan kau tiada kaitan dalam kehilangan Kyla.. Aku sendiri akan bunuh Ayden. Deal?” Christian memandang tepat ke mata Thompson.
Thompson terdiam. Dia terjerat sendiri. Christian bukan anak naga, dia tersilap kali itu kerana terlalu yakin sehingga dia tidak perasan 'kesalahan kecil' tersebut.
“Kenapa diam? Im very sure, they will not cross the limit... everythings happen with a reason..” Christian menyandarkan tubuhnya di kerusi empuk itu.
Thompson tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia terus melangkah keluar dari bilik pejabat Christian dengan perasaan yang sangat marah.
“I will lost my pride this time!” Thompson melangkah di iringi guards meninggalkan bangunan perkara Jorim.
*****
“What's wrong dad?” Tanya Nadia bila melihat wajah garang Thompson yang tidak berpuas hati.
“Kita tidak boleh gagal! Suruh Aamon bunuh Kyla!” Thompson naik berang.
“Yeah. Kita memang plan macam tu. Tapi daddy yang cakap Kyla saja boleh kawal Owen kan..” Nadia semakin tidak faham.
“Arg! I don't care bout Owen anymore! Kill her!” Thompson sudah tidak boleh bertenang lagi.
Nadia cuba menghubungi Aamon. Dia hairan melihat kelakuan bapanya. Baru sahaja semalam mereka bergembira, hari ini naik hantu lagi. Selepas dia menghubungi Aamon dia mematikan talian.
“Dad, what happen?” Tanya Nadia lagi.
“Hidup atau mati, Christian tetap mau Kyla. Pastikan Aamon tidak kasih libat kita sama kematian Kyla. Daddy tidak boleh gagal lagi. Dia janji akan bunuh Ayden dengan tangan dia sendiri kalau kita dapat buktikan kehilangan Kyla tiada kaitan sama kita!” Thompson menghembus nafas.
“What? He say that? He will kill Ayden?” Nadia jadi teruja.
“Yes.”
“Oh my! He is totally insane! Dia sanggup bunuh darah daging sendiri!” Nadia seakan tidak percaya.
“Sebab dia satu-satunya iblis yang paling kejam di dunia ni. Dia sudah puas berada di atas... saitan macam dia tidak layak jadi ketua gangster!” Thompson menghembus nafas tidak senang hati.
Dia memandang sekilas ke wajah Nadia. Anak gadisnya itu memang sangat naif dan bodoh. Sudah bertahun dia suapkan dengan penipuan, langsung Nadia tidak sedar. Dia tidak kisahkan itu. Apa yang penting kemahuannya tercapai. Sekali pun dia kehilangan Nadia dan Owen, dia masih boleh teruskan hidupnya.
Bersambung...
YOU ARE READING
The Gangster Daughter (Mykyla Jorim)
Romance"If am not the only one, just let me go Arius..." Kyla mengesat air matanya yang sudah membanjiri wajah gebunya. "Saya tidak minta lebih Kyla. Saya cuma mau kepercayaan kau..." Arius masih cuba mahu memujuk walaupun dia tahu tidak mungkin Kyla akan...