Tajuk : The Gangster Daughter (MYKYLA JORIM)
Penulis : Nazira Raffie
Bab 16Nadia masih lemah. Dia bukan sahaja lemah kerana pukulan Owen tetapi hatinya ikut lemah. Dia belum perna di belasah oleh abangnya yang bodoh itu. Bila dia di pukul, otak dna hatinya ikut jem.
“You dare to hurt me Owen...” Nadia menggenggam jemarinya. Rasa sakit hati dengan perbuatan Owen.
“Kenapa? Kenapa mesti Kyla? Arius suka dia... Kau pun mau suka dia? Bodoh! Kenapa kamu mesti suka sama musuh aku?!” Nadia menjerit kuat.
Hatinya masih sangat terluka kerana Arius. Sejak Thompson membawanya ke Jepun dan mengenalkan dia pada Arius yang merupakan anak kepada Roman Wong itu, dia sudah jatuh hati pada Arius.
Sikap Arius yang cool dan sentiasa calm itu sangat berbeza dengan sikap lelaki yang selalu mengejar dia. Arius mengingatkan dia pada Ayden. ya.. Ada cerita lain antara dia dan Ayden suatu masa dahulu.
Kalau bukan kerana Cloe, dia mungkin sudah menjadi kekasih Ayden dan kini mungkin sudah menjadi isteri Ayden. Dia bersorak gembira bila tahu tentang kematian Cloe tetapi hanya seketika. Mellisa muncul memotong jalannya. Dia kecewa lagi.
Padahal dia sudah menanam niat untuk menjadi salah satu daripada Jorim dan legasi bapanya. Malang sekali impiannya berkecai.
Dia lebih kecewa bila dia tau Arius jatuh hati pada Kyla. Bencinya pada Kyla sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Dia benci dengan sikap manja dan mengada-ngada Kyla.
“Kau tidak dapat Ayden, tidak apa. Tapi kau boleh tolong daddy bunuh semua Jorim untuk balas dendam pasal kematian mommy kau. Jorim mesti bertanggungjawab..” Pesan Thompson selalu pada dia.
“Kenapa? Kenapa Christian bunuh mommy?”
“Sebab Christian tahu mommy adalah segalanya untuk daddy. Kematian mommy kamu dua adalah amaran dari dia. Sebab dia mau daddy tunduk sama dia. Kalau kau sama Owen tidak jadi lebih kejam dari Jorim, kamu dua pun akan jadi mangsa diorang..”
Setiap kali dia ingat itu, dendam dan bencinya bertambah-tambah. Dia korbankan masa remajanya demi balas dendam pada Jorim.
*****
Arius memakai sut serba hitam. Pedang samurainya yang sudah di asah di genggam erat. Dia sudah bersedia untuk malam itu.
“Are you ready?” Ayden berdiri di belakang Arius. Dia juga lengkap dengan sut warna hitam. Pedang samurainya di genggam erat.
“Guys, kita patut gerak sekarang..” Mellisa berdiri di muka pintu. Penampilannya dengan sut baru berwarna merah yang di tempah khas oleh Ayden menambahkan keanggunan gadis itu.
Ayden kaku seketika melihat Mellisa. Kecantikkan Mellisa setiap hari membuatkan dia bertambah cinta. Malah perwatakkan gadis itu juga menambat hatinya.
“Hrmm... Nanti kau sambung khayal. Kita ada tugas sekarang...” Arius menepuk bahu Ayden. Naga itu terkedu. Dia mengusap dahinya dan berlagak cool.
Mellisa menjeling dengan aksi manja nakal. Dia berpaling sambil menggoyangkan pinggul seksinya.
“Uh? Hei!” Ayden memanggil Mellisa. Gadis itu tidak pedulikan dia dan terus melangkah pergi. Ayden mengejar langkah Mellisa.
“Dari mana kau belajar begitu? Huh?” Ayden membesarkan matanya. Mellisa tersengih nakal.
“Why? Kau tergoda?” Mellisa kenyit mata nakal. Ayden kerut dahi.
“Mel? Kenapa kau buat perangai begini? Jangan buat muka macam tu depan lelaki lain..” Arah Ayden.
“Kenapa?” Mellisa pula angkat kening menambahkan rasa geram Ayden. Sengaja dia berkelakuan begitu sekali sekala. Itu pun selepas di ajar oleh Berly.
“Guys?” Arius yang sudah bersedia memanggil pasangan itu. Dia gelengkan kepalanya.
“Jom!” Mellisa melepaskan lengannya yang di pegang oleh Ayden. Naga itu tarik balik. Kali ini dia memeluk pinggang Mellisa dengan sangat erat. Wajah mereka hanya jarak beberapa inci.
“Jangan buat perangai begini depan lelaki lain. Don't you ever...” Ayden berbisik memberi amaran. Mata Mellisa bulat besar membalas renungan tajam Ayden.
“Urgg...” Mellisa jadi gugup. Keyakinannya menggoda tadi jadi ragu. Dia tunduk dan segera melepaskan pelukkan Ayden.
“Jom..” Mellisa cepat melangkah meninggalkan Ayden di belakangnya.
*****
Arius, Ayden dan Mellisa berdiri di atas atap bangunan kediaman Thompson. Semua keperluan sudah di siapkan sejak petang tadi.
“Semua lengkap. Nampaknya atap ni tempat paling 'bahaya' di seluruh kawasan kediaman ni sampaikan tiada guards meronda di sini. Bodoh...” Mellisa mencebik. Dia sudah mengkaji kawasan kediaman Thompson sejak seminggu yang lalu.
“Mungkin dia rasa kawasan kediaman dia cukup lengkap sama sistem keselamatan jadi kawasan atap ni tidak ada yang jejaki..” Ayden melaraskan stand rifle untuk Mellisa.
“Mungkin juga..” Arius menyokong kata-kata Ayden.
“Okay babe, semua sudah siap. You stay here..cover kami..” Ayden memandang tunangnya.
“Okay.. Pastikan bawa Kyla balik dengan selamat..” Kata Mellisa.
“Jangan risau. You can trust us.. We are the Jorim dragon..” Arius menepuk dadanya.
Kemudian dua naga itu mengangkat pedang masing-masing lalu melangkah gagah. Mellisa mengambil posisinya di hadapan rifle. Tugas snipper sudah menjadi kepakarannya sejak awal lagi.
Melalui teropong khas rifle itu, dia melihat Ayden dan Arius sudah memasuki kawasan pintu utama. Beberapa orang guards cuba menghalang mereka tetapi semuanya kehilangan kepala selepas di pancung oleh dua naga itu.
Bang! Bang! Bang! Bunyi tembakkan kedengaran. Mellisa mencari arah penembak tersebut. Dia sasarkan pada sasarannya lalu dia melepaskan tembakkan. Dia tersenyum puas.
Sempat dia melihat Ayden yang berpaling kearahnya. Ayden angkat tangan kemudian mengenyitkan matanya. Bibirnya berkata 'I LOVE YOU'...
Kemudian itu pula, Ayden dan Arius melangkah masuk ke dalam pintu utama. Ayden tidak memberi peluang pada sesiapa yang menghalang mereka. Dia melompat sambil menghayunkan pedangnya.
Begitu juga dengan Arius. Dia yang sudah tidak sabar mencari di mana Kyla itu bertindak ganas. Kelakuannya seperti serigala yang kelaparan.
“Arius! Kau cari Kyla! Biar aku selesai di sini...!” Jerit Ayden. Arius angguk kemudian dia berlari laju ke ruang bawah.
“Thanks Mel! Kau memang bijak!” Puji Arius. Melalui mini drone Mellisa, mereka sudah tahu selok belok dalam kediaman itu. Di sebabkan kebijaksanaan Mellisa juga mereka tahu tempat Kyla di sembunyikan.
Arius berdiri di hadapan pintu bilik itu. Ruangan bawah tanah itu sangat sejuk sekali. Dia melepaskan satu tendangan yang kuat. Pintu besi terbuka. Arius melangkah masuk, bilik itu kosong!
“Kyla?!” Arius menjerit kuat. Mereka yakin Kyla ada di dalam bilik itu sebelum ini.
Arius berlari keluar malangnya pintu depan tangga bawah tanah itu tertutup dengan sendirinya. Arius terkurung di sana!
“Hei! Hei! Ayden!” Arius menjerit kuat.
“Damn! Ini Perangkap! Siaaaallll!” Arius mengaum kuat. Tidak ada sesiapa yang dengar suaranya di dalam bilik bawah tanah itu.
Bersambung...
![](https://img.wattpad.com/cover/186399209-288-k743674.jpg)
YOU ARE READING
The Gangster Daughter (Mykyla Jorim)
Romansa"If am not the only one, just let me go Arius..." Kyla mengesat air matanya yang sudah membanjiri wajah gebunya. "Saya tidak minta lebih Kyla. Saya cuma mau kepercayaan kau..." Arius masih cuba mahu memujuk walaupun dia tahu tidak mungkin Kyla akan...