Edward memandu laju kereta Audi A5nya itu..Sesekali Edward memotong beberapa buah kereta yang berada di atas jalanraya itu.. Beberapa minit selepas itu Edward menghentikan keretanya di atas jambatan yang sunyi..Edward melangkah keluar dari perut keretanya itu..Edward bersandar pada keretanya lalu melemparkan pandangannya ke arah air laut yang berada di depannya itu..Tangannya disilang di dada..Satu keluhan kecil dilepaskan..
"Kau dah kenapa teringatkan perempuan tak guna tu Edward!."
Edward monolog dengan dirinya sendiri dengan perlahan..Wajah mulus Elviana masih terngiang-ngiang di ingatannya itu..Sesekali Edward menampar lembut kedua belah pipinya itu..
"Haishhh..Aku ni dah kenapa..Bodoh ke apa!.."
Edward memarahi dirinya sekali lagi apabila wajah Elviana masih lagi terngiang-ngiang di ingatannya itu.Satu keluhan berat dilepaskan oleh Edward..
Kringgg..Kringgg...
Wajah mulus Elviana yang bermain di fikiran Edward segera hilang dari kepala Edward apabila fonenya berdering menandakan ada panggilan..Edward segera mengeluarkan fonenya itu lalu icon hijau ditekan dan didekatkan fonenya itu ke telinga..
"Ermmm..Kau nak apa?.."
Edward menjawab dengan acuh tak acuh panggilan itu..Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar slack jean hitamnya itu kakinya pula dilunjukkan dan disilang..
"Brapa kau nak bayar aku?..Okey..Deal.."
Edward segera mematikan panggilan itu..Edward merenung lama ke arah laut sebelum kembali masuk ke dalam perut kereta Audi A5nya itu dan terus berlalu pergi..
***Edward melangkah masuk ke dalam rumah agamnya itu..Kelihatan Alex dan Billy sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya itu..Billy dan Alex merupakan anak buah merangkap kawan baik kepada Edward..
Billy dan Alex segera berpaling apabila mendengar derapan kaki dari arah belakang mereka..Edward hanya membuat muka bersahaja apabila Alex dan Billy berpaling dan memandang ke arahnya..
"Kau pergi mana tadi Ed?.."
Billy menbuka bicaranya..Edward yang baru saja masuk ke ruang tamu itu segera melabuh duduk di tepi Alex..Billy segera memandang ke arah Edward apabila pertanyaannya itu tadi tidak dijawab..
"Ed..Aku rasa kau tampar kuat sangat la awek tadi..Berdarah bibir dia doo.."
Kali ini Alex pula membuka bicara..Billy yang juga mendengar apa yang diberitahu oleh Alex itu segera mengangguk-anggukkan kepalanya menandakan tanda setuju dengan apa yang diberitahu oleh Alex itu..Edward terus memandang Alex dan Billy dengan pandangan yang dingin..
"Lantak la..Aku nak dia rasa apa yang mama aku rasa dulu dan rasa tu lagi sakit daripada apa yang mama aku tanggung.."
Edward telah lama menanti saat ini..Dia juga sudah menyemak semua latar belakang Elviana..Elviana telah kehilangan mak dan ayahnya ketika dia berusia 16 tahun..Mak dan ayahnya meninggal dalam kemalangan jalanraya..
Pada waktu itu,Edward baru berusia 24 tahun..Apabila mengetahui Miguel dan isterinya meninggal dalam kemalangan jalan raya,Edward cuba menghilangkan rasa dendam tersebut kerana mengetahui bahawa orang yang merosakkan keluarganya sudah pun mati dalam kemalangan..Tetapi selepas beberapa bulan kematian Miguel dan isterinya,Edward dapat tahu bahawa Miguel masih mempunyai seorang waris perempuan iaitu seorang satu-satunya anak perempuan yang Miguel dan pasangannya ada..Hatinya kembali berdendam..Memandangkan usianya ketika itu begitu muda,Jadi Edward lebih memilih untuk mencari dahulu info yang lebih lanjut mengenai Elviana untuk memudahkannya Edward membalas dendam terhadap Elviana..
Kini Edward telahpun berusia 29tahun..Masa untuk dirinya membalas dendam telah pun tiba..Edward kembali berdiri dan melangkah ke arah tangga..
"Ed..Kau nak pergi mana tu.."
Langkah Edward segera terhenti..Pandangan tajamnya jatuh ke arah muka dua orang sahabatnya itu..
"Kau nampak aku naik tangga ni kan?..Sah-sah la aku nak masuk bilik aku..Aku nak rehat.."
Edward segera melangkah kembali setelah menjawab soalan yang diajukan oleh Alex itu tadi..Billy dan Alex melepaskan helaan lega apabila mendengar jawapan Edward..Mereka bimbang jika Edward akan memukul Elviana lagi..
Sampai di depan pintu biliknya,Edward terhenti seketika sambil tangannya memegang tombol pintu biliknya itu..Pandangannya jatuh ke arah pintu bilik yang berada bersebelahan dengan biliknya itu..
Edward melangkah menghampiri pintu bilik dimana Elviana dikurung itu..Pintu bilik itu segera dikuak dari luar..
***Elviana yang berada di atas kerusi dengan kaki dan tangan yang masih terikat itu segera mendongak memandang ke arah pintu apabila terdengar bunyi pintu bilik dibuka..Apabila melihat Edward yang melangkah masuk,satu sengihan senget dipamerkan disebalik wajahnya yang dilitupi dengan rambutnya yang panjang itu..Edward menghampiri Elviana dengan lebih dekat..
Muka Elviana ditenung lama oleh Edward..Elviana hanya membuat muka bersahaja apabila Edward memandangnya itu..
Arghh!!
Kedengaran jeritan lemah Elviana apabila Edward menarik rambutnya dengan kuat..Kulit kepalanya terasa seperti disiat-siat..Perit yang teramat..
"Dalam keadaan kau macam ni,kau masih nak berlagak lagi dengan aku ye.."
Elviana hanya mendiamkan dirinya apabila mendengar kata-kata Edward itu tadi..Elviana tahu sekiranya dia menaikkan lagi kemarahan Edward,dia akan diperlakukan lebih teruk daripada apa yang dia lalui hari ni..
Edward segera menunjal kepala Elviana..Apabila Edward berpusing untuk keluar..Kedengaran suara Elviana memecah ruang bilik kosong itu..
"Awakkk..Saya laaparr.."
Elviana memberitahu Edward dengan nada yang tersekat-sekat..Edward memandang wajah Elviana dengan pandangan yang sinis..
"Ada aku kisah kalau kau lapar?."
Selepas menutur kata itu,Edward segera keluar dari bilik itu dan masuk ke dalam biliknya..Edward segera mendail nombor telefon milik Alex..Alex yang berada di ruang tamu rumah Edward itu mengerutkan dahinya apabila melihat nama Edward yang tertera di skrin telefonnya itu..
"Hello..Kau dah kenapa call aku?..Aku ni dalam rumah kau lagi la gila!.."
Alex membidas Edward..Edward segera mencebik apabila mendengar kata-kata Alex itu..Cara Edward membuat muka itu seperti Alex sedang berada di depannya..
"Aku tahulah..Ni..aku nak kau pergi tapau makanan untuk betina tu.."
Edward memberi arah kepada Alex..Alex segera mengangguk-anggukkan kepalanya lalu terus mengajak Billy untuk menemaninya keluar untuk membeli makanan kepada Elviana..
YOU ARE READING
BLACK LOVE✔️
Short Story[Editing] Edward telah kehilangan ibunya sewaktu dia berusia 12 tahun disebabkan oleh seorang lelaki yang bernama Miguel.. Selepas 1 tahun ibunya meninggal,Ayahnya pula memilih jalan pintas dengan menggantungkan dirinya akibat tidak dapat menerima a...