Bab 4

30.1K 577 2
                                    

"Hello..Alex..Aku nak kau beli semua kelengkapan bilik Elviana..Settle kan hari ni jugak.."

Edward segera mematikan panggilan setelah memberi arahan kepada Alex..Alex memandang telefonnya dengan wajah yang berkerut..Billy yang berada di tepi Alex segera menyiku Alex apabila melihat muka Alex yang kehairanan itu..

"Kenapa?.."

Billy bertanya kepada Alex sambil mengunyah kacang itu..Alex memandang Billy dengan kerutan di dahi yang belum hilang itu..

"Ed suruh cari kelengkapan untuk bilik Elviana..Dia nak settle hari ni jugak.."

Tersembur kacang yang dikunyah oleh Billy itu apabila mendengar kata-kata Alex sebentar tadi..Balang kacang yang berada ditangannya segera diletak diatas meja..

"Kau tak salah dengarkan Lex?.."

Billy sekali lagi bertanya kepada Alex..Pandangan mereka bersatu seakan-akan memikirkan sesuatu..

"Jaranglah Edward macam ni..Biasa dia akan bunuh terus orang yang dia tak suka..kan?.."

Billy bersuara kepada Alex..Alex yang mendengar apa yang diberitahu oleh Billy itu segera menganggukkan kepalanya menandakan setuju dengan kata-kata Billy..

"Wehh..Tunggu apa lagi..Jom gerak sekarang.."

Alex berkata sambil mencapai kunci keretanya yang berada di atas meja ditepi balang kacang itu lalu menuju ke arah kereta yang di parking elok di garaj itu..Billy hanya mengikuti Alex dari arah belakang..
                            ***

Elviana terjaga dari tidurnya itu apabila terdengar ketukan pintu bilik..Elviana segera berdiri dengan matanya yang masih sedikit bengkak dek kerana menagis disebabkan oleh perbuatan Edward itu tadi..Pintu biliknya segera dibuka oleh Elviana dengan perlahan-lahan..Kelihatan Edward yang sedang berdiri di depan pintu bilik Elviana dengan muka yang bersahaja..

"Jom ikut aku.."

Edward menarik tangan Elviana sehingga tubuh Elviana terdorong ke hadapan..Elviana yang hanya berdiam diri itu hanya tertunduk dan mengikut sahaja langkah Edward..Sampai di depan pintu rumah, Elviana segera berhenti dengan kakinya yang tersipu-sipu..Edward yang menyedari Elviana yang berhenti itu segera menoleh ke arah Elviana..

"Kau dah kenapa?!.."

Elviana tertunduk apabila disoal oleh Edward itu..Elviana bimbang untuk menjawab..Bimbang tangan milik Edward akan menyakitkan dirinya lagi..Apabila melihat Elviana yang hanya mendiamkan diri itu,Edward segera melihat ke arah kaki Elviana yang tidak berselipar itu..Helaan nafas dilepaskan oleh Edward..Edward segera menghampiri Elviana lalu tubuh kecil Elviana didukungnya..

"Awak buat apa ni?!.."

Elviana yang terkejut apabila tubuhnya yang terasa di awangan itu segera memaut leher Edward dengan kedua belah tangannya itu..Pertanyaan Elviana langsung tidak dijawab oleh Edward..Edward segera membuka pintu disebelah pemandu lalu diletakkan Elviana di seat penumpang itu..
                             ***

Elviana yang berada di sebelah pemandu itu hanya diam tak bersuara..Edward yang sedang memandu itu sesekali menjeling ke arah Elviana itu..Edward segera membelok keretanya dan masuk ke perkarangan pusat beli belah..Keretanya di parking di bahagian vvip..

"Kau tunggu sini kejap.."

Edward segera keluar dari keretanya lalu ke belakang keretanya..Bonet keretanya dibuka lalu diambil kasut berjenama vanz itu lalu bonet keretanya itu kembali ditutup.. Edward bergerak pula ke arah pintu kereta dimana menempatkan Elviana itu..Pintu kereta dibukanya dari luar lalu dia menghulurkan kasut itu kepada Elviana..

BLACK LOVE✔️Where stories live. Discover now