Bab 21

23.8K 414 0
                                    

Alex dan Billy masuk ke perkarangan kilang lama yang terbiar di kawasan perindustrian lama New York itu..Sampai sahaja..Kelihatan tubuh tegap Edward telah pun berada di kilang usang itu..Alex dan Billy segera memapah lelaki tersebut..Tubuh lelaki yang masih belum sedarkan diri itu diletakkan di atas kerusi lalu tangan dan kaki lelaki itu diikat..

Guni yang menutupi kepala lelaki tersebut dibuka..Billy kembali ke arah keretanya itu..Boot keretanya dibuka lalu diambil sebotol air mineral itu lalu diberi kepada Edward..Edward membuka air mineral itu lalu diteguk sedikit..Baki air yang berada di dalam botol itu dicurah ke kepala lelaki tersebut..Billy dan Alex hanya memandang kelakuan Edward itu..

"Perangai Ed dah kembali...Habis la budak tu nanti.."

Alex sempat berbisik kepada Billy..Billy ketawa kecil melihat reaksi muka Alex yang berbisik kepadanya itu..

"Habislah lelaki tu nanti..Main-main lagi dengan Edward.."

Billy membalas kembali kata-katanya itu kepada Alex..Alex yang berada di tepi tu mengangguk-anggukan kepalanya sambil kedua belah tangannya di silang di dadanya yang bidang itu..

Lelaki tadi kelihatan tercungap-cungap bernafas apabila Edward mencurahkan air di kepalanya..Lelaki itu segera membuka matanya itu..Edward tersengeh melihat lelaki itu yang sudah mula sedar dari pengsan itu..Edward mencapai kertas yang berada di tangan Billy..Kertas itu dipandang lama dengan senyuman yang jahat..

"Hmmmm..Nama Benjamin..Umur 30tahun..Masih bujang..Bekas banduan..Hmmm..Hebat.."

Alex yang mendengar kata-kata Edward itu segera memandang Billy..Alex segera berbisik kepada Billy yang memandang Edward dan Benjamin dengan muka yang bersahaja itu..

"Umur 30tahun?..Aku ingatkan dia budak-budak lagi..Muka budak-budak siot!.."

Billy memandang Alex dengan senyuman mengejek..

"Sapa suruh kau tak baca detail dia.."

Billy menepuk-nepuk belakang badan Alex dengan senyuman..Alex memandang ke arah Billy lalu menjeling Billy yang berada di tepinya itu..

Edward mendekati Benjamin..Muka Benjamin yang mempunyai parut di pipi kiri itu dipandang lama..Satu sengihan sinis mekar di bibir nipis Edward..Rambut Benjamin ditarik dengan kuat sehingga Benjamin mengerang kesakitan..

"Hey bodoh.. Kau tahu tak dengan siapa yang kau main sekarang ni?.."

Benjamin hanya mendiamkan diri apabila disoal oleh Edward itu..Melihat kebisuan Benjamin itu..Edward mula melepaskan rambut Benjamin..Edward mengepal tangannya lalu dilayang penumbuknya ke muka Benjamin..Terteleng kepala Benjamin akibat ditumbuk itu..

"Sapa hantar kau untuk culik Elviana?.."

Edward bertanya lagi..Benjamin segera mendongak memandang ke arah Edward apabila Edward menyebut nama Elviana..Yaa..Dia ingat akan perempuan yang diculiknya itu..

Puhhh!

Benjamin sempat ketawa selepas meludah muka Edward..Edward terdiam seketika..Begitu juga Billy dan Alex..Melopong mulut mereka melihat Benjamin yang berani meludah muka Edward..

"Kurang ajar!!.."

Dengan sekuat hati Edward menerajang Benjamin hingga tercampak Benjamin dibuatnya..Kerusi yang di duduk Benjamin juga hancur disebabkan tendangan padu Edward tadi..Benjamin terbatuk apabila dia rebah di lantai..Dada Edward kembang kempis menahan amarahnya itu..Billy dan Alex segera mendapatkan Benjamin lalu dibawa kepada Edward..

"Aku tanya sekali lagi siapa hantar kau untuk culik Elviana?!!.."

"Aku tak tahu.."

Benjamin berkata dengan suara yang tersekat-sekat..Dahinya yang dibasahi darah itu langsung tidak dihiraukan oleh Edward dan anak buahnya..Edward segera menjeling kepada Benjamim..

"Kurung dia.."

Edward mengarahkan Billy dan Alex untuk mengurung Benjamin..Selepas mengarahkan Billy dan Alex itu,Edward segera melangkah pergi ke arah kereta..Pedal minyak keretanya ditekan sehingga berdecit bunyi tayar keretanya itu..

Billy dan Alex segera memapah tubuh Benjamin ke dalam sebuah bilik usang di dalam kilang itu..Benjamin diletakkan di atas kerusi..Tangan dan kaki Benjamin segera diikat untuk mengelakkan daripada Benjamin melarikan diri..

"Kau balik la Billy..Aku jaga dia malam ni.."

Alex memberitahu yang dirinya akan menjaga Benjamin pada malam itu..Billy segera menganggukkan kepalanya memandakan setuju dan memahami apa yang diberitahu oleh Alex itu..Billy segera menghampiri keretanya lalu masuk ke dalam perut keretanya itu dan berlalu pergi..Alex hanya menghantar Billy dengan pandangan matanya sahaja..

Alex yang berada di kilang lama itu memandang kembali memandang ke arah Benjamin setelah Billy beredar dari situ..Kerusi yang berada di dalam bilik lama itu ditarik lalu diletakkan di depan Benjamin..Alex sempat menghela nafas panjang sambil memandang ke arah Benjamin yang bernafas dengan tercungap-cungap itu..

"Tula kau..Buat kerja tak selidik dulu latar belakang..Kan dah merana.."

Alex mengeluh kecil..Benjamin yang mendengar kata-kata Alex itu hanya diam dan tertunduk sahaja..Alex juga kesian melihat Benjamin yang ditendang oleh Edward itu..Tapi itu la akibatnya sekiranya mencari pasal dengan Edward..Apatah lagi melibatkan perempuan yang disayangi oleh Edward..

BLACK LOVE✔️Where stories live. Discover now