Elviana dan Edward yang sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah agamnya itu segera memandang ke arah pintu utama apabila terdengar derapan kaki seseorang masuk ke dalam rumahnya..Kelihatan Alex dan Billy masuk ke dalam rumah mereka dengan barangan yang penuh di tangan..
"Korang bawak apa yang banyak sangat ni?.."
Edward bertanya pada kedua kawannya itu dengan dahi yang berkerut seribu.,Alex dan Billy memandang antara satu sama lain dengan sengihan di bibir nipis mereka..
"Jeng..Jeng..Jengg.."
Alex membunyikan mulutnya itu..Barang-barang yang penuh ditangannya itu segera diletakkan di depan Edward dan Elviana..Kelihatan perbagai jenis mainan dan pakaian bayi yang dibeli oleh Alex dan Billy untuk bayi yang bakal dilahirkan oleh Elviana itu...
"Banyak gila korang beli.."
Elviana yang berada di atas sofa itu segera turun dan melabuh duduk di atas lantai sambil melihat satu persatu barangan yang dibeli oleh Alex dan Billy itu..Alex dan Billy segera tersenyum apabila melihat reaksi teruja Elviana itu..
"Ada satu lagi tau..Yang ni special punya..Kejap..Aku pergi ambil jap.."
Alex segera berlari anak keluar dari rumah agam milik Edward dan Elviana itu lalu ke garaj kereta..Pintu kereta di seat belakang dibuka lalu diangkat kotak yang besar itu..Alex segera menutup pintu kereta lalu membawa kotak besar tersebut ke dalam rumah..
"Tengok ni!.."
Alex masuk ke dalam rumah dengan membawa kotak besar itu..Billy yang dari tadi berdiri segera melabuh duduk ditepi Edward..Alex meletakkan kotak tersebut di depan Elviana..
"Wahhhh..Besarnya..Apa ni?.."
"Bukalah.."
Elviana segera membuka kotak tersebut apabila mendengar Billy menyuruh Elviana membuka kotak tersebut..Alex tersenyum dan melabuh duduk di sofa single itu..Elviana membuka kotak tersebut dengan bersemangat..
"Alex..Billy..Terima kasih.."
Elviana mengucapkan terima kasih kepada Alex dan Billy dengan membuat muka cute..Alex dan Billy tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala mereka..Edward segera melihat isi di dalam kotak tersebut..Dahinya segera berkerut apabila melihat isi didalam kotak tersebut..
"Kau ni biar betul..Wehh..Anak aku umur 3 tahun baru boleh main menda alah ni tau.."
Edward membidas Alex dan Billy..Sebenarnya Alex dan Billy membeli sebuah kereta kawalan jauh yang boleh memuatkan 2 orang kanak-kanak yang berusia 3 tahun..Apabila mendengar kata-kata Edward itu..Alex dan Billy segera memutarkan bebola matanya..
"Dah tu kau aje lah yang naik sementara tunggu anak kau besar.."
Membulat mata Edward mendengar kata-kata Alex itu..Billy dan Elviana sudah berdekah ketawa melihat muka Edward yang sudah kemerahan seperti udang yang dipanggang itu..
***
Elviana yang terkejut daripada tidur ayamnya itu segera menkerutkan dahinya apabila melihat Edward sedang bersiap di depan cermin..
"Awak nak kemana?.."
Edward yang mendengar suara Elviana bertanya itu segera berpaling ke arah Elviana yang sedang bersila di atas katil itu..Elviana kelihatan comel sekali dek kerana perutnya yang memboyot itu..
"Saya nak keluar kejap..Ada hal.."
Edward menjawab sambil tersenyum kepada Elviana..Jam tangan yang berada di atas meja solek itu segera dicapai lalu dipakai di pergelangan tangannya itu..Selepas selesai memakai jam..Edward menghampiri Elviana lalu melabuh duduk di birai katil..
"Saya keluar kejap aje..Awak jangan bimbang okey.."
Edward berkata sambil menarik Elviana ke dalam pelukannya itu..Ubun rambut Elviana dikucup lembut..Elviana menolak lembut dada Edward..Mata Edward ditenung..
"Saya rasa tak sedap hati.."
Elviana berkata sambil tertunduk..Edward ketawa kecil mendengar kata-kata Elviana itu..
"Tak ada apa-apalah..Saya pergi kejap aje..Ada hal penting..Nanti saya balik la..Saya pergi dulu ok.."
Elviana hanya tertunduk mendengar kata-kata Edward itu..Beberapa saat kemudian Elviana menghantar Edward keluar dari bilik dengan pandangan matanya sahaja..
***"Laura..Better kau pikir la dulu sebelum kau buat apa-apa.."
Lucas menyilangkan kedua belah tangannya di dada sambil matanya merenung ke arah Laura itu..Laura yang sedang mengikat rambut ikalnya itu di depan meja solek segera terhenti dan memandang ke arah Lucas..
"Kau dah kenapa nak suruh aku pikir banyak kali?..Aku akan buat apa saja agar Edward jadi milik aku.."
Laura berkata sambil menjeling ke arah Lucas..Lucas yang mendengar kata-kata Laura itu mengeluh kecil ..
"Aku tak nak kau menyesal Laura.."
Laura mendengar kata-kata Lucas itu menghela nafas panjang..Dia segera bangkit dari duduknya di depan meja solek itu dan berdiri di depan Lucas..
"Kau sebenarnya dengki kan.."
"Apa kau mengarut ni Laura..Aku bimbangkan kau..Aku tak nak apa-apa yang buruk terjadi pada kau..Aku sayangkan kau Laura.."
Lucas tertunduk apabila memberitahu Laura mengenai hal tersebut..Laura mendengus kasar lalu meninggalkan Lucas sendirian di bilik tidurnya itu..Lucas meraup wajahnya lalu keluhan kecil dilepaskan..
YOU ARE READING
BLACK LOVE✔️
Nouvelles[Editing] Edward telah kehilangan ibunya sewaktu dia berusia 12 tahun disebabkan oleh seorang lelaki yang bernama Miguel.. Selepas 1 tahun ibunya meninggal,Ayahnya pula memilih jalan pintas dengan menggantungkan dirinya akibat tidak dapat menerima a...