Bab 35

31.2K 503 22
                                    

3 TAHUN KEMUDIAN...

Laura yang berada di ruang tamu rumahnya itu memandang anak lelakinya yang bernama Dave yang sedang bermain dengan permainannya itu..Senyuman nipis terserlah di bibir mungil milik Laura itu..

Selepas apa yang berlaku dalam hidupnya, Laura nekad untuk berubah..Laura juga telah berhenti daripada menjadi pelacur dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada anak dan suaminya iaitu Dave dan Lucas..

Lamunan Laura terhenti apabila terdengar pintu dikuak dari luar..Kelihatan Lucas masuk ke dalam rumah dengan senyuman..

"Abang dah balik.."

Laura menyapa lembut Lucas..Lucas segera mengangguk-anggukkan kepalanya itu dan melabuh duduk di sofa disebelah Laura..Laura tersenyum lalu melentokkan kepalanya di bahu milik Lucas..Lucas membelai dan mencium lembut ubun rambut milik Laura itu..

"Kenapa ni sayang?.."

Lucas segera menundukkan sedikit kepalanya memandang ke arah Laura apabila mendengar Laura mengeluh kecil..

"Saya teringatkan apa yang saya dah buat pada El.."

Lucas mencium ubun-ubun rambut Laura selepas mendengar kata-kata Laura itu..Laura mendongak dan memandang wajah Lucas dan berkata kembali..

"Kita balik New York..Saya teringin mintak maaf dengan Elviana.."

Laura berkata dengan lembut..Lucas tidak berkata apa-apa..Dia hanya tersenyum kecil melihat wajah Laura..

"Mama..Papa.."

Laura dan Lucas segera memandang ke arah anak mereka itu apabila mendengar anak mereka menyeru memanggil mereka..
                           ***

"Huaarrrrrr...ibu!!!..sakit!.."

Kedengaran suara seorang kanak-kanak lelaki menangis di luar rumah agam milik  Edward dan Elviana itu..Elviana yang berada di dapur itu segera memanggil Edward yang sedang membaca di mini Library..

"Abang!!..Evan menangis dekat luar tu..Tolong tengokkan sekejap!.."

Elviana melaung memanggil Edward..Edward yang sedang membaca majalah di mini librarynya itu  segera mengeluh kecil lalu menutup majalah yang dibaca itu..

"Ye-ye..abang pergi tengok.."

Edward segera bangun dari duduknya dan melangkah menuruni tangga dan menuju ke luar rumah agam mereka itu..Kelihatan seorang budak lelaki yang memakai topi keledar keselamatan itu duduk bersila di atas lantai dengan basikal yang terbalik di sisinya..

"Hey..Anak ayah..Kenapa ni.."

Edward mendekati anaknya itu lalu Edward duduk bercangkung di depan anaknya..Senyuman senget sempat meniti di bibir nipisnya apabila melihat anak lelakinya menangis..

"Sakit...Evan jatuh.."

Evan memberitahu kepada Edward tentang dirinya yang jatuh dari basikal itu..Evan menunjukkan sikunya yang sedikit berdarah itu kepada Edward..

"Ololo..Kesian anak ayah ni..."

Edward segera mengelap air mata yang mengalir di pipi mulus Evan itu..Helmet kecil yang duduk kemas di atas kepala Evan itu segera di buka..Tubuh kecil Evan didukung dan dibawa ke laman kolam renang rumah agamnya itu..
                            ***

Kelihatan sebuah kereta Honda Type-R berwarna putih masuk ke dalam perkarangan rumah agam milik Edward dan Elviana itu..Edward yang sedang melangkah untuk ke halaman kolam itu segera berpaling melihat ke arah kereta Honda Type-R yang memasuki perkarangan rumahnya itu..Kelihatan 3 kelibat manusia keluar dari perut kereta itu..

BLACK LOVE✔️Where stories live. Discover now