Edward melangkah keluar dari biliknya itu sambil membimbit satu beg hitam yang panjang..Langkahnya terhenti apabila teringatkan Elviana yang berada di bilik sebelahnya itu..
Edward menyandarkan beg hitamnya itu ke dinding dan segera masuk ke dalam bilik Elviana itu dengan perlahan-lahan..Masuk hari ni sudah dua hari Edward membiarkan Elviana dalam keadaan terikat di kerusi..Edward menghampiri tingkap bilik itu lalu diselak langsir bilik sehingga ruang bilik menjadi terang benderang dek kerana sinaran matahari pagi itu..Elviana yang terasa cahaya terang menyilaui mukanya itu segera mencelikkan matanya..
Edward kembali menghadap Elviana dengan senyuman sinis...Muka Elviana dipandang lama..Elviana tertunduk apabila mukanya dipandang oleh Edward..Edward menghampiri Elviana lalu ikatan tali di bahagian kaki dan tangan Elviana dilepaskan..Elviana memandang Edward dengan pandangan yang berkerut..
"Aku nak kau bersihkan diri kau tu dan bersihkan rumah ni..Kalau aku dapat tahu kau cuba larikan diri,siap kau!.."
Elviana mengangguk lemah sambil tangannya menggosok-gosok pergelangan tangannya yang sudah kelihatan kebiruan itu..Edward hanya menjeling lalu berjalan keluar dari bilik kosong itu..
"Awak..Baju saya..."
Belum sempat kata-kata Elviana itu habis..Edward segera memotong terlebih dahulu..
"Kau pergi mandi dalam bilik aku..Ambil pakai baju aku dulu..Nanti aku belikan baju untuk kau.."
Selepas berkata..Edward kembali mencapai beg hitamnya yang disandar di dinding luar bilik itu lalu berlalu pergi dari rumah agamnya itu..
***Edward yang berada di atas bangunan kedai itu memerhati sekelilingnya..Apabila melihat tiada siapa yang melihatnya, Edward segera mengeluarkan snipernya yang berada di dalam beg hitam yang dibawanya itu tadi..Edward menyelaras dan membetulkan snipernya sebelum menembak mangsanya..
Edward mula mengfokuskan snipernya ke arah mangsanya..Dengan pantas Edward menekan picu snipernya..Tidak sampai beberapa saat, kelihatan seorang lelaki telah pun terdampar di kaki lima akibat ditembak oleh Edward..Edward tersenyum senget lalu menyimpan kembali sniper itu ke dalam beg hitam yang dibawanya tadi..
Edward mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket jaket hitamnya itu lalu meletakkan telefon bimbitnya itu ditelinga..
"Aku dah selesaikam kerja aku.."
Selepas sebaris ayat itu dilepaskan, Edward segera mematikan panggilan tanpa penjawab itu sempat bersuara..Edward menghela nafasnya..Kaca mata hitamnya dipakai lalu Edward melangkah turun dari bangunan kedai itu..
***
Elviana melangkah masuk ke dalam bilik Edward..Matanya melilau melihat ruang bilik Edward..Aroma maskulin memenuhi ruang bilik Edward..
"Hmmm..Kemas and bersih.."
Elviana memuji akan kekemasan dan kebersihan bilik Edward itu..Elviana segera menghampiri almari milik Edward..Almari yang mempunyai sliding door itu ditolak perlahan oleh Elviana..Elviana segera mengambil baju tshirt dan seluar track milik Edward yang terlipat kemas di dalam almari itu..
Elviana membuka satu demi satu almari yang berada di dalam bilik Edward itu..Satu keluhan putus asa dilepaskan..
"Mana tuala ni..Tak ada pun !.."
Elviana bercakap separa berbisik..
"Ahh..Lantak la.."
Elviana segera mencapai tuala mandi milik Edward dan menuju ke bilik mandi..Selepas beberapa minit kemudian, Elviana keluar dari bilik mandi itu dengan badannya yang sudah lengkap berbaju dan berseluar milik Edward itu..Elviana menghampiri cermin sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala milik Edward itu...
Elviana yang berdiri di depan cermin itu menaikan kedua belah tangannya..diayunkan tangannya di depan cermin..
"Besarnya baju dia ni..Seluar pun....alah..Labuh gila!.."
Elviana mengeluh lagi..Dia segera melabuh duduk di birai katil lalu membongkokkan tubuhnya untuk melipat seluarnya yang labuh itu..Selepas selesai melipat kaki seluarnya,Elviana segera menyidai kembali tuala mandi milik Edward yang digunakan itu lalu melangkah keluar dari bilik Edward..Elviana masuk ke ruang dapur dengan segera lalu mencapai penyapu yang berada di dalam stor simpanan barang untuk membersih ruang dapur dan ruang rumah agam milik Edward itu..
***Pergerakan membersih Elviana terhenti apabila terpandang satu bilik yang berada di tingkat 3 rumah agam Edward itu..Elviana perlahan-lahan menghampiri pintu bilik itu..Tangannya segera memulas tombol pintu bilik itu..
"Tak kunci la.."
Elviana berbisik sendirian..Terus pintu bilik itu ditolak..Mata Elviana terpaku melihat keadaan bilik tersebut..
"Banyaknya buku..Library Edward ke ni.."
Elviana berjalan perlahan-lahan sambil tangannya mengusap beberapa buku yang berasa di rak buku itu..Mata Elviana tertumpu ke arah satu gambar besar yang berada di dalam frame lama yang tergantung di dinding itu..
"Gambar family?..Family dia ke?.."
Elviana merenung lama ke arah gambar yang tergantung itu..
Beberapa buku yang terdapat di atas meja di dalam perpustakaan Edward itu dipandang oleh Elviana..Dengan perlahan buku itu diselak ke halaman seterusnya..
"Edward Laryson"
Elviana berbisik sendirian apabila melihat nama yang terdapat pada buku di atas meja kerja milik Edward itu..Tanpa Elviana sedari, Dirinya sudah diperhatikan dari luar pintu bilik perpustakaan milik Edward itu..
"Siap benarkan kau masuk dalam ni!.."
Elviana hampir terjatuh apabila mendengar suara tengkingan Edward..Dia betul-betul terkejut apabila melihat Edward sudah berada di belakangnya dengan pandangan yang tajam..Kelihatan urat hijau di tepi dahinya..Edward segera menghampiri Elviana lalu tangan Elviana direntap dan diheret Elviana keluar dari bilik itu..
"Edward..Sakit...Sakitt.."
Elviana mengaduh kesakitan apabila Edward memegang pergelangan tangan Elviana dengan kuat.,Edward segera melepas pergelangan tangan Elviana lalu rambut Elviana pula ditarik olehnya sehingga terdongak kepala Elviana dibuat oleh Edward..
"Kau dengar sini..Kalau kau berani jejak lagi bilik tu, Aku bunuh kau!..Faham tak!."
Kembang kempis dada Edward apabila memarahi Elviana..Edward segera melepaskan cengkaman rambut Elviana itu..Elviana terus menunduk dan terhinjut bahunya apabila dimarahi oleh Edward..Edward terus menunjal kepala Elviana sehingga Elviana jatuh terjelopok..Kedengaran esakan halus Elviana itu..Elviana segera bangun dan terus berlari menuju ke dalam bilik kosong disebelah bilik Edward itu..Edward hanya memandang Elviana dengan bersahaja sebelum turun kembali ke ruang tamu..
***Elviana segera menutup dan mengunci pintu biliknya itu..Dia bersandar di pintu dengan tangisan..Perlahan-lahan tubuh Elviana menggelongsor ke bawah..Rambutnya yang serabai itu langsung tidak dihiraukan..Elviana memeluk kedua-dua lututnya itu..
"Ibu....Kenapa hidup El malang sangat ibu...Kenapa ibu...Kenapa ibu dan ayah tinggalkan El sorang-sorang..Kenapa!!.."
Elviana menangis semahu mahunya sehingga dia tertidur dalam keadaan menyandar di pintu bilik itu..
YOU ARE READING
BLACK LOVE✔️
Short Story[Editing] Edward telah kehilangan ibunya sewaktu dia berusia 12 tahun disebabkan oleh seorang lelaki yang bernama Miguel.. Selepas 1 tahun ibunya meninggal,Ayahnya pula memilih jalan pintas dengan menggantungkan dirinya akibat tidak dapat menerima a...