Bab 31

18.4K 310 1
                                    

Edward menekan pedal keretanya dengan dalam sekali..Sesekali Edward memotong beberapa buah kereta yang berada di atas jalan raya itu..Alex dan Billy pula hanya mengikut sahaja kereta Edward yang laju meninggalkan kereta yang dinaiki oleh Alex dan Billy itu di belakang..

FLASHBACK

"Aku akan beritahu kau siapa orang tu..Tapi dengan 1 syarat...Kau tak boleh apa-apakan orang yang menculik Elviana.."

Lucas membuka kata..Muka Edward dipandang bersahaja..Lain pula pada Edward..Edward memandang Lucas dengan pandangan yang penuh kedinginan..

"Siapa yang culik Elviana?."

Edward bertanya kembali kepada Lucas..Alex dan Billy hanya memerhati gelagat Edward dan Lucas yang sedang berkomunikasi itu..Lucas ketawa kecil mendengar pertanyaan Edward itu..

"Orang yang kau kenal.."

Lucas menjawab dengan bersahaja sambil memandang tepat ke arah Edward dengan senyuman senget di bibir nipisnya..Edward terdiam seketika seolah-olah sedang berfikir..

"Aku tak ada masa lah nak berteka-teki dengan kau!.."

Edward membidas Lucas..Lucas ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat Edward yang mula naik angin..

"Aku memang tak patut kacau queen kau..I know my mistake..Aku mintak maaf.."

Edward hanya mendengar kata-kata Lucas itu..Edward masih setia lagi menanti jawapan daripada Lucas..Lucas mengeluh kecil..Nafasnya ditarik dalam-dalam..

"Sebenarnya kejadian yang terjadi di BHL Supermarket jugak salah satu rancangan kita orang..Aku tahu semua ni salah..Aku betul-betul mintak maaf dengan kau Ed..Tapi sumpah..Aku tak sentuh langsung Elviana masa tu..Aku just baring tepi Elviana aje..Tak lebih dari tu.."

Lucas menceritakan perkara yang sebenar kepada Edward..Walaupun berat untuk Lucas menceritakan hal tersebut,dia tiada pilihan..Lucas sedar akan kesalahannya..Jadi bagi Lucas lebih baik dia memberitahu hal sebenar terlebih dahulu kepada Edward..Sekurang-kurangnya Edward tahu perkara yang sebenar..

"Laura yang culik Elviana.."

Lucas menyambung lagi...Lucas memberitahu akan kerja Laura..Billy dan Alex membulat mata apabila mendengar jawapan daripada Lucas itu..Edward sudah mula mengepal kedua belah tapak tangannya itu..Kelihatan urat hijau mula timbul di bahagian dahi Edward..Edward betul-betul sedang menahan amarahnya..

"Nanti.."

Edward segera berdiri dari kerusi untuk pergi..Tetapi langkahnya terhenti apabila Lucas bersuara dan memegang lengan Edward.. Lucas menghalang Edward daripada berlalu. Lucas perlahan-lahan lepaskan pegangannya itu dan menundukkan kepalanya..

"Aku harap kau tak apa-apakan Laura..Sumpah aku sayang kan Laura."

Edward tergelak sinis mendengar kata-kata Lucas itu..Tubuhnya segera mengadap ke arah Lucas..Matanya menatap tajam ke dalam anak mata Lucas..Lucas membalas pandangan Edward dengan muka yang sayu..

"Kesah apa aku..Betina tu dah culik queen aku..Kau ingat aku akan lepaskan dia begitu je.."

Selepas membidas Lucas..Edward kembali memalingkan dirinya dan bersedia untuk melangkah pergi..Lucas yang mendengar kata-kata Edward itu segera menundukkan kepalanya dan mengeluh kecil..

"Tapi Laura tengah mengandung sekarang...Anak aku..Aku mohon sangat kau takkan apa-apakan dia..Tu aje syarat yang aku mintak dari kau.."

Langkah Edward terhenti apabila mendengar kata-kata Lucas itu..Beberapa saat kemudian,Edward kembali melangkah selepas menutur kata kepada Lucas..

"Bagi aku location keberadaan Laura sekarang....Lepas aku dah dapat Elviana,Aku nak kau bawak Laura pergi jauh dari sini atau aku akan bunuh dia....Pilihan ditangan kau sekarang.."

Edward terus berlalu keluar dari club itu diikuti oleh Billy dan Alex..Lucas hanya menundukkan kepalanya itu..Kertas kecil yang tertera nombor telefon Edward itu dipandang sekilas..Nombor itu diberi oleh Alex sebelum mereka keluar dari club itu..

END FLASHBACK

***

Edward yang sedang memandu itu segera mencapai telefonnya yang berada di seat sebelahnya apabila mendapat notification dari nombor yang tidak dikenalinya....Kelihatan nombor yang tidak dikenali tersebut menghantar location keberadaan Laura..Sudah semestinya itu nombor telefon milik Lucas..Edward turut forward location itu pada Alex yang berada bersama Billy dalam kereta milik Billy di belakangnya..

Lucas yang berada di sofa vvip di club itu meraup kedua belah tapak tangannya ke muka..Lucas sebenarnya bimbang jika Edward mengapa-apakan Laura..Tanpa berfikir apa-apa,Lucas segera berlalu dari club dan pergi ke lokasi dimana Laura sembunyikan Elviana itu..
                            ***

Alex yang berada di dalam kereta bersama Billy segera membuka whatapps yang dihantar oleh Edward itu..Alex segera membuka bicara sambil memandang Billy yang sedang fokus memandu itu..

"Ed sent location dekat aku.."

Billy yang mendengar kata-kata Alex itu segera mengangguk kepala dan menyuruh Alex membuka maps..

"Kita pergi sekarang!.."

Billy menekan pedal minyak dengan lebih dalam apabila mengetahui lokasi yang telah di hantar oleh Edward..Kereta Edward di hadapan telah pun hilang dari pandangan mereka dek kerana Edward memandu terlalu laju..

BLACK LOVE✔️Where stories live. Discover now