Bab 10

29.9K 549 3
                                    

"Awakk..Sakitt..Tolong maafkan saya.."

Rayuan Elviana langsung tidak melembutkan hati Edward..Edward segera mengheret Elviana masuk ke dalam biliknya..Tali pinggang yang tergantung itu dicapai terus dilibas di tubuh kecil Elviana..Menjerit Elviana disebabkan kesakitan..

"Kau memang suka naikkan kemarahan aku kan!.."

"Maafkan saya awak..Saya betul-betul tak sengaja.."

Elviana meronta-ronta sambil mengelak daripada dipukul..Rayuan Elviana langsung tidak dihiraukan..Berbirat tubuh Elviana dibuatnya..Apabila melihat Elviana kelihatan lemah, akhirnya Edward berhenti daripada memukul Elviana..Edward mencampak tali pinggang itu ke lantai dan segera keluar dari bilik tidurnya lalu meninggalkan Elviana yang lemah itu sendirian di dalam bilik tidurnya..Elviana yang sudah lemah itu menangis semahu-mahunya di atas katil milik Edward sehingga dia tertidur..
                            ***

Edward yang sedang marah itu segera menuju ke kolam renang di halaman rumahnya..Edward membuka bajunya lalu dicampak ke tepi kolam sebelum dia terjun ke dalam kolam..Edward berenang semahu-mahunya untuk menenangkan hatinya yang sedang membara itu..Selepas puas berenang, Edward segera duduk di tepi kolam..Satu helaan nafas dilepaskan oleh Edward..Edward tahu perbuatannya itu tadi amat keterlaluan..Mana tidaknya hanya disebabkan tumpahan jus oren yang terkena pada seluarnya sahaja membuatkan dia memukul Elviana seperti Elviana telah melakukan kesilapan besar..

Mukanya yang dibasahi dengan air kolam itu tadi dilap menggunakan tapak tangannya..Edward terus bangun dari duduknya lalu menuju ke biliknya..

Edward menguak pintu biliknya dari luar dan terus melangkah masuk ke dalam biliknya..Kelihatan tubuh kecil Elviana yang sedang tidur di atas katil Edward..Elviana tertidur dek kerana keletihan menangis semasa dirinya dipukul oleh Edward tadi..

Edward segera melangkah ke arah penyidai tuala..Tualanya di ambil lalu berlalu masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan dirinya setelah berenang di dalam kolam sebentar tadi..
***

Alex dan Billy yang berada di dalam kereta itu hanya mendiamkan diri..Alex yang membawa kereta itu segera menghentikan keretanya berhampiran dengan pantai..Apabila kereta Alex itu berhenti,Billy segera keluar dari perut kereta Alex itu dan bersandar di depan kereta Alex..Alex turut melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Billy itu..Kedengaran satu keluhan yang dilepaskan oleh Billy..

"Apalah yang jadi pada El sekarang ni.."

Alex yang mendengar kata-kata Billy itu segera memandang ke arah Billy..Kaca matanya yang tersarung elok dimatanya itu terus dibuka..Satu helaan nafas yang panjang dilepaskan..Kaca matanya dipandang lama..

"Tulah..Kesian aku tengok si Elviana tu..Sampai macam tu sekali Ed perlakukan dia..Aku bukan tak nak tolong Elviana tadi..Tapi kau faham-faham la si Ed tu macam mana.."

Alex meluahkan rasa kesalnya itu kerana tidak mampu untuk menolong Elviana yang dipukul oleh Edward itu tadi..Mereka tahu mereka tidak boleh mencampuri urusan Edward dan Elviana kerana bimbang Edward akan memukul Elviana lagi teruk sekiranya mereka mempertahankan Elviana..

"Ye Lex..Aku faham..Aku pun bukan tak nak tolong..Entahlah Lex..Baran Edward semakin menjadi-jadi sekarang ni.."

Alex dan Billy membisu seketika..Mereka seolah-olah sedang melayan perasaan masing-masing..
***

Edward yang baru selesai dari mandi itu segera melangkah keluar dari bilik mandi..Pintu almari dibuka lalu diambil bajunya dan disarungkan ke tubuhnya yang tegap itu..Selepas memakai pakaian, Edward memandang ke arah Elviana yang sedang tidur di atas katilnya itu..Tanpa berfikir panjang,Edward segera menghampiri Elviana..Baju Elviana diselak sedikit..Kelihatan kesan berbirat di tubuh Elviana..Edward melepaskan satu keluhan lalu ditutup kembali baju Elviana yang diselaknya tadi..

Elviana yang terasa seperti dirinya disentuh itu segera membuka mata..Apabila melihat Edward yang berada di birai katil ditepi dirinya itu,Elviana segera bingkas bangun..Selimut ditarik bagi menutup tubuhnya itu...

"Maaf saya tertidur dekat sini.."

Elviana berkata sambil bangun dari katil..Tapi langkahnya terhenti apabila dihalang oleh Edward..

"Duduk sekarang..Jangan bergerak ke mana-mana.."

Edward segera berdiri dan keluar dari biliknya itu..Elviana hanya memandang Edward dengan pandangan yang hairan..Selepas beberapa minit,Edward kembali ke dalam bilik dengan membawa kotak first aids..

"Pusing..Aku nak sapu ubat dekat tubuh kau ni.."

Edward mengarahkan Elviana itu..

"Ehh..Tak apa..Saya boleh buat sendiri nanti.."

"Aku cakap pusing Elviana!.."

Elviana segera memusing tubuhnya apabila mendengar suara Edward yang tinggi itu..Pandangan Edward sentiasa dingin..Dengan perlahan-lahan Edward menyelak pakaian Elviana..Elviana hanya menutup matanya itu..Mukanya merona merah dek kerana malu diperlakukan seperti itu..

Edward mula menyapu lembut ubat diseluruh tubuh Elviana itu..Sesekali Edward melihat muka Elviana yang berkerut menahan sakit itu..

"Lain kali jangan remehkan aku..Kalau tak ni la akibatnya.."

Elviana hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Edward itu..Belum sempat Edward selesai menyapu ubat di tubuh Elviana,Elviana segera bangun dan duduk bersila di depan Edward..

"Edward..Boleh awak kembalikan telefon saya tak?..Dah lama saya tak masuk kerja..Saya bimbang boss saya akan memecat saya.."

Elviana memberanikan dirinya untuk meminta telefonnya itu dengan Edward..Edward memandang Elviana dengan pandangan yang tajam..Apabila melihat Edward memandangnya dengan tajam..Elviana segera meminta maaf dan menundukkan kepalanya..

BLACK LOVE✔️Where stories live. Discover now