Melihat Elviana yang tertunduk itu,Edward segera menjawab soalan Elviana itu..Matanya masih memandang tajam ke arah Elviana..
"Tak boleh..Aku dah call syarikat kau kerja dan aku dah hantar notis berhenti 24jam..Pampasan pun aku dah bayar..."
Elviana yang tertunduk itu segera mengangkat mukanya memandang ke arah Edward..Edward membalas kembali pandangan Elviana itu..
"Tapi..Awak tak boleh buat saya macam ni.."
"Siapa kata tak boleh?Aku boleh buat apa saja yang aku nak..Aku nak kau kerja dekat rumah aku mulai hari ni..Itu sebagai ganti bayaran duit pampasan yang aku dah bayar pada syarikat kau..Semua permintaan aku kau perlu tunaikan..Kau tak boleh menolak.."
Selepas selesai berkata,Edward segera berdiri memandang ke arah Elviana yang masih duduk bersila di atas katilnya itu..
"Sekarang ni aku nak kau pergi siap sekarang..Teman aku keluar makan.."
Elviana segera beredar dari bilik Edward apabila mendengar arahan yang dibuat oleh Edward itu..
***Edward memilih untuk makan di restoran masakan Italy..Edward memilih tempat duduk yang agak tersorok kerana lebih aman dan tidak terlalu hampir dengan pelanggan yang lain..Elviana yang berada di depan Edward itu mengunyah sedikit makanannya lalu menguis-nguis makanan yang berada di dalam pinggannya itu..Edward yang melihat Elviana itu terus berdehem melihat kelakuan Elviana..
"Tak sedap ke makanan itu?"
Soalan yang diajukan oleh Edward membuat Elviana terkejut dari lamunannya..Elviana tersenyum kecil..
"Eh..Tak adalah..Sedap aje.."
Edward hanya terdiam mendengar kata-kata Elviana itu lalu dia menyambung kembali mengunyah makanan masing-masing..
***Laura dan Lucas berjalan seiringan sambil ketawa lalu masuk ke dalam restoran Itali itu..Sedang mereka berbual,Laura ternampak susuk tubuh yang amat dikenalinya..
"You pandang apa tu Laura?.."
Lucas yang perasan akan kelainan muka Laura itu segera bertanya sambil memandang ke arah dimana Laura sedang pandang..Pandangannya tertumpu kepada Edward yang bersama seorang gadis perempuan yang duduk menghadap Edward..
"Laura..You nak pergi mana?.."
Laura tiba-tiba bangun dari duduknya..Lucas yang melihat Laura bangkit dari kerusi itu segera bertanya..Tetapi Pertanyaannya itu langsung tidak dijawab oleh Laura..
"So..Jadi inilah betina yang you bawak masuk hotel tu Ed?."
Edward dan Elviana segera memandang ke arah Laura yang sudah berdiri di depan meja mereka itu..Lucas segera menghampiri mereka apabila melihat Edward dan Elviana memandang ke arah Laura itu..Elviana hanya mendiamkan diri apabila Laura menyapa Edward..
"Muka nampak baik..Tapi jenis sundal menyondol hak orang.."
Laura sekali lagi berkata-kata..Kata-katanya itu dituju pada Elviana..Elviana hanya mendiamkan diri dan menyambung menyuap makanan ke dalam mulutnya..Laura yang melihat Elviana yang bersahaja itu terus terasa bengang..
"Hey betina..Aku tengah cakap dengan kau boleh pulak kau buat tak dengar!"
Laura menengking Elviana sambil jarinya menunjal kepala Elviana yang sedang menikmati makanan itu..Membulat mata Edward melihat apa yang dilakukan oleh Laura itu..Lucas yang turut berada di situ segera memegang Laura untuk mengelakkan daripada Laura bertindak dengan lebih agresif..
Kunyahan Elviana segera terhenti apabila Laura menunjal kepalanya itu..Sudu dan garfu diletak..Elviana segera membaiki rambutnya yang serabai disebabkan ditunjal oleh Laura itu..Elviana segera berdiri..Matanya tajam menikam anak mata Laura..
"Kau siapa nak sentuh aku hah?.."
Elviana yang memandang Laura dengan tajam itu mula bersuara..Edward yang terkejut melihat Elviana bersuara itu terus tersenyum senget..Edward langsung tidak percaya Elviana berani membalas kembali kata-kata Laura itu..Tetapi lain pula bagi Laura..Apabila mendengar kata-kata Elviana itu, dia segera melepaskan dirinya dari pegangan Lucas dan menghampiri Elviana..Laura segera mengangkat tangannya untuk menampar Elviana..Namun tangan Laura segera ditahan oleh Elviana..
"Edward is mine!..Kalau kau berani sentuh aku lagi..Aku akan pastikan Edward bunuh kau perempuan!.."
Elviana segera menolak kuat tangan Laura sehingga Laura terdorong ke belakang..Edward segera memaut pinggang Elviana lalu mencium ubun rambut Elviana..
"That's my girl.."
Edward berbisik pada Elviana..Laura yang melihat kemesraan Edward dan Elviana itu segera menghentak kakinya lalu berlalu keluar dari restoran tersebut..Laura langsung tidak mengendahkan pada mata-mata yang memandang mereka itu..
Setelah Laura keluar dari restoran,Elviana segera menghelakan nafasnya..Tangan Edward yang berlingkar di pinggangnya itu segera dilepaskan..Elviana kembali duduk dan menyambung makannya yang tergendala akibat Laura itu..Edward yang berada di hadapannya itu juga kembali duduk dan menyambung menyuap makanan ke mulut..Senyumannya masih tersisa..
Edward langsung tidak menyangka yang Elviana berani untuk melawan Laura itu..Sesekali Edward mengerling le arah Elviana yang sedang mengunyah makanan itu..
***"Arghhhhh..Sial..Betina tak guna!."
Laura yang berada disebelah pemandu itu menjerit seperti orang gila..Lucas yang berada di tempat pemandu itu hanya membiarkan saja Laura menggila..Lucas sudah biasa dengan sikap Laura itu..
Selepas selesai makan,Edward dan Elviana segera keluar dari restoran itu dan masuk ke dalam perut kereta untuk pulang ke rumah mereka..
YOU ARE READING
BLACK LOVE✔️
Short Story[Editing] Edward telah kehilangan ibunya sewaktu dia berusia 12 tahun disebabkan oleh seorang lelaki yang bernama Miguel.. Selepas 1 tahun ibunya meninggal,Ayahnya pula memilih jalan pintas dengan menggantungkan dirinya akibat tidak dapat menerima a...