Edward yang baru sampai di rumah agamnya yang kedua itu segera melangkah masuk ke dalam rumahnya itu lalu mendaki naik ke biliknya..Satu keluhan kecil dilepaskan..Edward segera mencapai tualanya dan berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya..
Setelah 15 minit, Edward keluar dari bilik mandi..Edward menghampiri katilnya lalu melabuh duduk di birai katil..Telefonnya yang berada di atas katil itu dicapainya lalu dibuka..Kelihatan missed call dari Elviana..
"Hmm..20 missed call..150 keping chat.."
Edward bermonolog dengan dirinya sendiri.. Gallery telefonnya dibuka..Kelihatan penuh gambar milik Elviana di dalam gallery telefonnya itu..Gambar Elviana ditenung lama..Edward perlahan-lahan merebahkan dirinya di atas katil empuk itu..Tanpa Edward sedari, dia telah pun terlelap..
***Elviana yang berada di atas katil miliknya itu kelihatan agak gelisah..Sesekali Elviana memandang screen telefonnya menanti akan panggilan atau chat dari Edward tetapi hampa..Kata-kata Alex terngiang-ngiang di akalnya..
"Hmm..mungkin Edward memang betul-betul sibuk sekarang.."
Elviana berbisik kepada dirinya sendiri..Satu keluhan kecil dilepaskan..Elviana segera bangun dari pembaringannya itu lalu berdiri dan berjalan keluar menuju ke bilik Edward..Elviana segera membaringkan dirinya di atas katil milik Edward..Bantal Edward dipeluk kemas lalu Elviana terus diulit mimpi indah..
***Pagi yang indah, Billy sudah pun berada di kilang lama yang terbiar itu untuk mengantikan Alex yang menjaga Benjamin itu..Tidak sampai beberapa minit kemudian, kelihatan kereta Edward pula memasuki perkarangan kilang lama itu..Edward dengan muka dinginnya itu segera melangkah masuk ke dalam bilik dimana Benjamin ditempatkan..
Benjamin yang sedang tidur dalam keadaan duduk di atas kerusi itu segera mencelikkan matanya apabila rambutnya ditarik kasar oleh Edward..Edward merenung tajam ke dalam anak mata milik Benjamin itu..Satu keluhan dilepaskan...
"Siapa yang upah kau?.."
"Aku tak tahu.."
Edward mengetap giginya apabila mendengar jawapan yang diberi pada Benjamin..Kelihatan urat hijau didahinya mula timbul apabila Edward sedang marah..Alex dan Billy hanya melihat Benjamin dan Edward..
"Gantung dia!.."
Edward memberi arahan kepada Billy dan Alex untuk menggantungkan Benjamin..Alex dan Billy segera mendapatkan Benjamin..Tangan Benjamin diikat ke atas dan digantung berdiri..Selepas Billy dan Alex selesai mengikat dan menggantung Benjamin, Edward kembali menghampiri Benjamin lagi..
"Beritahu aku cepat siapa yang upah kau sial..!!"
Bergema kilang lama itu akibat tengkingan Edward..Billy dan Alex yang mendengar tengkingan Edward itu hanya memandang wajah Benjamin dengan bersahaja..Mereka sudah lali dengan suara Edward yang tinggi menggunung itu..
***Elviana masih lagi termenung memikirkan Edward..Tanpa Elviana sedari, satu keluhan telah dilepaskan oleh dirinya..Elviana yang sedang termenung itu teringatkan sesuatu..
"Aplikasi penjejak.."
Satu perkataan itu keluar dari bibir comel milik Elviana itu..Elviana segera mencapai telefonnya lalu mendownload aplikasi penjejak itu..Selesai mendownload aplikasi tersebut, Elviana segera memasukkan detail Edward untuk memudahkan dia mengetahui keberadaan Edward..Dahi Elviana berkerut seribu..
"Aikk...Kilang perindustrian lama New York?..Alex cakap Edward pergi Poland.."
Tanpa berlengah..Elviana segera bersiap untuk pergi ke lokasi yang tertera dalam aplikasi penjejak yang didownloadnya sebentar tadi..Selepas selesai bersiap, Elviana segera masuk ke dalam perut keretanya yang diberi oleh Edward itu..Pedal minyak keretanya itu segera ditekan lalu berlalu keluar dari perkarangan rumah agam itu..
***"Aku tak tahu siapa yang upah aku..Aku tak tahu.."
Kedengaran suara Benjamin menjawab soal selidik Edward..Edward segera menumbuk muka Benjamin apabila Benjamin menberi jawapan mengatakan dirinya tidak mengetahui itu..Habis lebam dan berdarah tubuh badan Benjamin dikerjakan oleh Edward itu..Muka Edward kali ini betul-betul kelihatan seperti singa yang sedang lapar untuk menerkam ke arah mangsanya..
Benjamin sudah kelihatan seperti nyawa-nyawa ikan apabila dikerjakan oleh Edward..Billy dan Alex dari tadi menjadi pemerhati..
Elviana memandu keretanya masuk ke perkarangan kilang lama itu..Aplikasi penjejak itu dipandang..Dia sendiri juga mempunyai perasaan was-was untuk percayakan aplikasi tersebut..Tanpa berlengah Elviana segera keluar dari perut keretanya itu dan melangkah mengikut arah yang ditunjuk oleh aplikasi penjejak itu..Tiba-tiba Elviana ternampak kereta milik Edward dan Billy..Hatinya mula berdebar-debar apabila melihat kereta Billy dan Edward itu..Dengan perlahan-lahan, Elviana menghampiri tingkap kecil lalu melihat Edward yang sedang memukul seseorang itu..
"Aku tanya kau siapa yang upah kau untuk culik Elviana?!.."
Apabila tiada jawapan dari Benjamin..Edward mula menarik nafas yang panjang lalu mengangguk-anggukkan kepalanya
"Baikk..Kau tak nak beritahu sangatkan.."
Bangggg!
Edward segera mengeluarkan sepucuk pistol lalu ditembak tepat pada kepala Benjamin..Kini tubuh Benjamin sudah terkulai layu..
Argh!!
Edward, Billy dan Alex segera memandang ke arah tingkap apabila terdengar jeritan seorang perempuan...Jeritan terkejut..Elviana yang terkejut itu segera menutup mulutnya dek kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu..Elviana dengan segera membuka langkah untuk berlari meninggalkan kilang lama itu apabila menyedari dirinya sudah dikesan kerana berada dikilang itu..Edward yang mula perasan seorang perempuan melihat dia menembak Benjamin itu lalu berlari mendapatkan gadis itu..Edward segera memaut lengan milik gadis itu sehingga gadis tersebut masuk ke dalam pelukannya..
"Elviana?.."
Edward yang terkejut itu menyebut nama Elviana..Alex dan Billy yang terkejut melihat Elviana itu terus terkaku..Elviana yang ketakutan itu segera bercangkung..Telinganya ditutup dan menangis teresak-esak disebabkan terkejut dengan insiden yang dilihatnya tadi..
"Korang pergi uruskan mayat Benjamin.."
Alex dan Billy segera berlalu apabila mendengar arahan yang diberi oleh Edward itu..Tubuh Elviana segera ditarik oleh Edward untuk berdiri..Elviana yang kaku itu hanya mengikut sahaja langkah Edward..Edward melepas keluhan dengan perlahan-lahan tubuh Elviana dibawa masuk ke dalam dakapannya..
YOU ARE READING
BLACK LOVE✔️
Short Story[Editing] Edward telah kehilangan ibunya sewaktu dia berusia 12 tahun disebabkan oleh seorang lelaki yang bernama Miguel.. Selepas 1 tahun ibunya meninggal,Ayahnya pula memilih jalan pintas dengan menggantungkan dirinya akibat tidak dapat menerima a...