Bab 7

30.8K 477 2
                                    

FLASHBACK

Kringgggg...

Kedengaran loceng sekolah berbunyi menandakan sudah waktu untuk pulang..Edward yang berada di dalam kelas itu segera mengemas buku dan alatan tulisnya itu..Beg sekolahnya diambil dan digalas..Kerusi diangkat lalu diletakkan di atas meja..

Edward berlari ke luar pagar sekolah apabila melihat kereta Encik Laryson yang berada di depan sekolah itu..

"Papa!"

Edward segera membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam perut kereta milik papanya itu..Encik Laryson yang melihat tingkah laku Edward itu hanya tersenyum sambil mengulus lembut rambut Edward..

Semasa dalam perjalanan pulang..Edward menceritakan kepada Encik Laryson mengenai pembelajarannya itu..Encik Laryson mengangguk-anggukkan kepala sambil mendengar apa yang diceritakan oleh Edward itu..Selepas 20 minit..Mereka telah pun selamat sampai di rumah..Edward memandang papanya dengan kehairanan apabila papanya tidak memarkir kereta di garaj..Papanya hanya menghentikan kereta diluar pagar rumah..

"Ed masuk dulu ye..Papa nak pergi beli buah dekat depan tu kejap.."

Edward yang mendengar kata papanya itu terus tersenyum dan menganggukkan kepalanya..Edward segera melangkah masuk ke perkarangan rumahnya..Kasut sekolahnya dibuka lalu disimpan di rak yang di sediakan..Apabila Edward ingin masuk ke dalam rumah,dia mendapati pintu rumahnya tidak dikunci..Edward masuk ke dalam rumah tanpa berfikir apa-apa..

Tangga menuju ke tingkat atas dilangkah dengan berhati-hati..Sampai di tangga yang terakhir, Edward melihat pintu bilik mamanya sedikit terbuka..Edward segera menghampiri pintu bilik mamanya itu..Langkah Edward terhenti apabila melihat keadaan bilik mamanya..Mata Edward membulat apabila melihat seorang lelaki menindih mamanya yang tidak berpakaian itu dan ditangan lelaki itu terdapat sebilah pisau yang sudah dipenuhi darah...

"Mama!!.."

Edward menjerit memanggil mamanya yang sudah tidak bernyawa dengan mata yang terbeliak itu..Lelaki yang tidak bertopeng itu terkejut apabila mendengar suara Edward itu terus turun dari tubuh mama Edward..Lelaki itu segera mengemaskan pakaiannya itu..

Lelaki itu melihat Edward yang memandangnya dengan mata yang sudah berkaca..iya..Lelaki itu adalah Miguel..Miguel segera menarik Edward..Edward meronta-ronta apabila tubuhnya ditarik oleh Miguel itu..Malangnya tenaga Edward ketika itu tidak cukup untuk melawan tenaga dewasa Miguel itu..Sedang Edward meronta,dia langsung tidak menyedari yang dirinya dekat dengan tangga..Tangan Miguel segera merentap dan menolak Edward sehingga Edward jatuh ke tangga yang terakhir..

Miguel segera melarikan diri apabila melihat tubuh Edward yang tidak bergerak di lantai itu..Lantai rumah dipenuhi darah akibat kepala Edward yang berdarah disebabkan jatuh dari tangga itu..

Selepas beberapa minit Miguel meninggalkan rumah Keluarga Laryson itu, Encik Laryson iaitu papa Edward segera memarkir kereta di garaj..

"Sayang..Edward..Abang balik bawak something ni.."

Encik Laryson memanggil Edward dan isterinya itu..Plastik yang berisi buah epal dan oren itu dipandang dengan senyuman..Edward sangat suka akan buan oren..Manakala mama Edward sangat gemar akan buah epal..Apabila sahutannya tidak disahut,Encik Laryson segera melangkah ke dalam rumahnya itu..

Plastik yang berisi oren dan epal itu terus terhempas jatuh ke lantai apabila Encik Laryson melihat tubuh kecil Edward yang berada di lantai yang dipenuhi darah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Plastik yang berisi oren dan epal itu terus terhempas jatuh ke lantai apabila Encik Laryson melihat tubuh kecil Edward yang berada di lantai yang dipenuhi darah itu..Encik Laryson segera berlari ke arah Edward..Kepala Edward dipegang..

"Sayanggg"

Encik Laryson memanggil isterinya namun tiada sahutan dari isterinya..Encik Laryson meletakkan kembali Edward dan mendaki tangga dan menuju ke bilik tidur miliknya..Encik Laryson bagai disambar petir melihat isterinya yang dalam keadaan berbogel itu di atas katil dan dipenuhi dengan darah itu..Tubuhnya terus jatuh terjelopok di atas lantai itu..
                            ***

Setelah seminggu berada di hospital,akhirnya Edward telah pun sedar dari koma..Saat Edward sedar,Edward segera mencari mamanya..Encik Laryson segera memeluk Edward dan memberitahu bahawa Puan Ariana telah pun meninggal dunia akibat dibunuh..Edward meronta dan menjerit memanggil mamanya itu kerana tidak dapat menerima kenyataan itu..

Hasil dari siasatan polis mendapati bahawa Puan Ariana telah dirogol sebelum dia dibunuh..Encik Laryson ketika itu tidak dapat menerima akan kenyataan yang isterinya itu telah dirogol sebelum dibunuh telah menjadi murung..Setiap hari Encik Laryson akan termenung..Pada malam, Encik Laryson akan memeluk frame gambar Puan Ariana itu..Edward tahu papanya tidak dapat menerima kenyataan itu..

Sedar tidak sedar sudah setahun mamanya pergi.. Selepas kejadian itu, Edward kembali ke sekolah dengan biasa..Tapi tidak dengan Encik Laryson..Encik Laryson telah pun berubah 100%..Papanya tidak lagi mengambilnya pulang dari sekolah..Edward akan pulang dengan bas pengangkutan awam..

Edward pulang dari sekolah seperti biasa dengan menaiki bas pengangkutan awam..Sampai saja di rumahnya..Edward segera melangkah masuk ke dalam rumah apabila panggilannya tidak disahut oleh Encik Laryson..Edward segera melangkah masuk ke dalam bilik papanya..

Edward terduduk apabila melihat sekujur tubuh yang tergantung bersama gambar arwah mamanya itu..Edward terasa seakan-akan dunianya telah gelap..Kini Edward sudah tidak mempunyai siapa-siapa lagi...

SELEPAS 7 TAHUN

Edward tidak dapat menerima kenyataan apabila kes mamanya itu ditutup begitu sahaja dek kerana tidak dapat mencari siapa pembunuh mamanya itu..Pada masa itu,Edward berjanji pada dirinya yang dia akan mencari pembunuh mamanya itu..

Edward berjanji dengan dirinya dia tidak akan membiarkan keturunan Miguel hidup di atas muka bumi ini..

END FLASHBACK

BLACK LOVE✔️Where stories live. Discover now