Bab 23

23.4K 433 0
                                    

Kunci kereta yang berada di tangan Elviana diambil oleh Edward lalu digantung di wiper kereta Elviana itu..

"Alex..Nanti bawak balik kereta El.."

"Okey.."

Edward menyuruh Alex membawa pulang kereta Elviana..Elviana yang mendengar arahan yang diberi oleh Edward kepada Alex itu hanya mendiamkan diri..Edward mengerling ke arah Elviana..Satu keluhan dilepaskan oleh Edward..Tangan Elviana segera ditarik supaya masuk ke dalam perut keretanya..Edward segera menghidupkan keretanya lalu meninggalkan perkarangan kilang lama itu..

Dalam perjalanan pulang..Elviana hanya mendiamkan diri sahaja..Dia betul-betul terkejut dengan insiden yang berlaku tadi..Edward yang melihat Elviana yang hanya mendiamkan diri itu mengeluh kecil..Tangan kirinya meraih tangan Elviana lalu digenggam..Elviana segera berpaling ke arah Edward..

"Miss you sayang."

Elviana hanya tersenyum mendengar kata-kata Edward itu sebelum dia berpusing kembali ke luar tingkap..

"Saya buat semua ni untuk awak.."

Kata-kata yang keluar dari mulut Edward itu membuatkan Elviana memandang Edward kembali..

"Tapi kenapa sampai membunuh Edward!"

Kini air mata Elviana menitis kembali..Apa yang dilakukan oleh Edward ketika dikilang lama tadi betul-betul bermain difikirannya..Seumur hidupnya, Elviana belum pernah melihat orang dibunuh didepan matanya..

"Saya tak nak awak terluka El..Awak kena faham sayang.."

Edward menutur dengan lembut sekali pada Elviana..Elviana tertunduk dengan air mata yang menitis..Sampai saja dirumah, Elviana segera keluar dari perut kereta Edward dan melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya lalu menguncikan dirinya itu tanpa mempedulikan Edward yang memandang tingkah lakunya itu..
                             ***

Sedar tidak sedar, kini sudah sebulan insiden kematian Benjamin berlalu..Elviana yang pada mulanya sedikit terkejut itu sudah mula tersenyum kembali..Edward turut berasa lega apabila melihat Elviana yang sudah mula tersenyum itu..

"Uwerkkkkk...Uwerkkkkk.."

Elviana yang sedang terbaring di atas katil segera berlari masuk ke dalam toilet..Entah mengapa Elviana terasa mual..Mulutnya dikumur beberapa kali..Selepas Elviana rasa sedikit selesa, Elviana segera keluar dari bilik air dan mendaki semula ke atas katil..

"Kenapa ni.?.."

Edward melangkah masuk ke dalam bilik lalu menghampiri Elviana yang sedang mengurut dahinya itu sambil bersandar di kepala katil..

"Entah la..Rasa tak sedap badan..Awak tolong ambilkan saya minyak angin boleh?.."

Elviana berkata sambil tangannya mengurut lembut dahinya..Edward segera mengambil minyak angin di atas rak di dalam biliknya itu lalu dihulurkan kepada Elviana..Elviana segera menyambut dan menyapu minyak angin tersebut disekitar dahinya itu..

Selepas menyapu minyak angin, Elviana membaringkan tubuhnya itu di atas tilam yang empuk itu..Edward turun terbaring ditepi Elviana itu..Ubun rambut Elviana dicium lembut..Elviana hanya membiarkan saja Edward mencium ubun-ubun rambutnya itu..

Edward yang baru hendak terlelap itu terus tersedar apabila telefonnya berdering..Edward segera mencapai telefonnya lalu menghampiri balkoni biliknya itu sambil menjawab telefon..Sesekali Edward mengerling ke arah tubuh kecil Elviana yang sudah tidur di atas katil itu..

"Hello.."

"Ed..Kau dekat mana?..Jom la lepak dekat tempat biasa..Aku dengan Billy dah otw ni."

Kedengaran suara Alex yang mengajak Edward untuk melepak..Edward melepaskan keluhan kecil..Tangan kirinya dimasukkan kedalam poket seluarnya..

"Kau lepak jela dengan Billy..Aku tak keluar malam ni..El tak sihat.."

"Ohh..Okey-okey.."

Edward segera mematikan panggilan telefon itu dan kembali ke sebelah Elviana yang sudah tertidur itu..Pipi Elviana dikucup lembut sebelum melelapkan matanya kembali disebelah Elviana..
***

"Sayang..Better kita pergi klinik.."

Edward berkata sambil dirinya bersandar di pintu tandas itu..Elviana yang baru sahaja memuntahkan sisa makanan paginya itu segera berdiri dari cangkungan..Tisu ditangannya dilapkan pada bibir mungilnya sambil menggelengkan kepalanya..

"Taknak..Saya okey..Awak jangan bimbang okey.."

Elviana berkata sambil menghampiri Edward lalu dipeluk tubuh tegap Edward dengan bibir munggilnya tersenyum manis..Edward segera mengeluh apabila melihat sikap Elviana yang degil itu..Elviana hanya tersengeh apabila dirinya ditenung oleh Edward..Elviana segera melepaskan pelukan dan melangkah keluar dari toilet..Elviana yang sedang melangkah keluar dari toilet itu segera berhenti..Kepalanya dipegang..Matanya terasa kabur dan seakan akan berpusing..Tidak sampai beberapa saat,Tubuh Elviana akhirnya tumbang ke lantai..

"Sayanggg!!...El..!!Elviana.!Bangun sayang.!!."

Kedengaran sayup suara Edward memanggil namanya..Tetapi mulutnya terasa berat untuk menyahut kembali panggilan Edward itu..Setelah beberapa saat, Dunianya sudah gelap gelita!..
***

Elviana tersedar dari pengsannya apabila dia terasa seakan-akan perutnya dipegang seseorang..Saat Elviana membuka matanya, Kelihatan Anna sedang membuat pemeriksaan terhadap Elviana..Doktor Anna yang perasan akan Elviana yang sudah sedar dari pengsan itu segera tersenyum manis kepada Elviana..Edward yang duduk perhati di sofa yang berada di bilik tidurnya itu segera menghampiri apabila mendapati Elviana sudah sedar..

"Sayang dah sedar.."

Edward melabuh duduk dibirai katil..Tangan Elviana dicapai lalu digenggam..Elviana tersenyum kecil melihat muka Edward yang penuh dengan kebimbangan itu..

BLACK LOVE✔️Where stories live. Discover now