Kini sudah 2 minggu peristiwa di BHL supermarket berlalu..Edward yang berada di kerusi kerjanya itu segera terhenti dari lamunannya apabila mendengar ketukan pintu dari luar biliknya itu..Apabila melihat kelibat PAnya yang mengetuk pintu pejabatnya,Edward segera membenarkan PAnya itu masuk..
"Tuan Edward..Ni ada bungkusan untuk Encik.."
PA Edward memberitahu sambil memegang kotak berwarna merah jambu yang terikat dengan riben itu..Edward mengerut dahinya apabila mendengar kata-kata PAnya itu..Edward jarang menerima bungkusan..
"Bungkusan dari siapa?"
"Bungkusan ni tiada detail pemberi Tuan Edward.."
Selepas mendengar kata-kata PAnya itu..Edward segera menyambut bungkusan itu lalu diletakkan di atas mejanya..Bungkusan itu dipandang lama..Dengan perlahan-lahan,Edward mula membuka bungkusan tersebut..
Mata Edward mula bertukar menjadi merah apabila melihat kandungan kotak itu..Kelihatan urat hijau didahinya mula timbul..Isi bungkusan itu dipegang dan ditenung lama..Beberapa keping gambar tidur Elviana bersama seorang lelaki yang mukanya telah ditutup itu dipandang silih berganti..Edward meletakkan kembali gambar tersebut di dalam kotak berwarna merah jambu itu..Telefon di atas mejanya itu dicapai lalu nombor Alex segera didail..
"Hello..Alex..Aku nak kau dapatkan segera maklumat yang aku mintak!.."
Selepas berkata,Edward segera mematikan panggilan..Gambar yang berada di dalam kotak itu dipandang dengan lama..Tangannya mula terbentuk penumbuk..
***Billy dan Alex segera melangkah masuk ke dalam pejabat Edward..Kelihatan Edward yang sedang duduk di kerusi kerjanya itu sambil tangannya berada di dahi..Kini riak wajah dingin Edward muncul kembali..Alex dan Billy sudah menelan air liur melihat muka bengis Edward itu..
Alex segera memberi beberapa bukti dan pendrive kepada Edward..Edward menyambut pendrive tersebut dan segera membuka pendrive yang berisi rakaman cctv itu di laptop miliknya..Selepas selesai melihat rakaman itu,Edward segera memandang Alex dan Billy secara silih berganti..
"Aku nak kau cari lelaki dalam rakaman cctv tu.."
Selepas berkata,Edward segera menolak kotak merah jambu itu ke arah Alex dan Billy yang berada di depannya itu..Billy dan Alex memandang antara satu sama lain..Apabila melihat isi di dalam kotak tersebut,terbuntang mata Alex dan Billy..Muka Edward dipandang lagi..
"Thats why aku nak kau dapatkan aku jantan dalam cctv itu..Aku nak segera.."
Alex dan Billy segera mengangguk-anggukkan kepalanya itu dan terus melangkah keluar dari bilik Edward..Edward hanya menghantar Alex dan Billy dengan pandangn matanya sahaja..
Edward mengambil telefonnya lalu mendail nombor Elviana..Tidak sampai beberapa minit,kedengaran suara Elviana berada di talian..
"Malam ni tak payah tunggu aku..Aku tak balik rumah 2 minggu..Aku ada hal..Kau jaga diri kau dekat rumah nanti.."
Edward segera mematikan panggilan tanpa Elviana sempat berkata-kata..Kotak merah jambu di atas mejanya itu dipandang lama..
***
Elviana yang belum sempat berkata-kata itu segera memandang ke arah screen telefonnya itu..Riak wajahnya berubah apabila mendengar panggilan Edward yang bertukar kembali seperti waktu mula-mula dirinya diculik..Perasaan takut mula menyelinap ke dalam dirinya itu..
Elviana yang berada di atas katil di dalam biliknya itu langsung tidak dapat melelapkan matanya..Fikirannya dari tadi terfikirkan akan panggilan yang digunakan oleh Edward ketika menelefonnya itu..Elviana segera bangun dari baringannya itu dan duduk bersila di atas katilnya itu..Nombor Edward didail beberapa kali tetapi Edward langsung tidak menjawab panggilannya..
"Hello..Alex..El nak tanya..Ed pergi mana ye tak balik rumah?"
Elviana segera bertanya kepada Alex apabila Alex menjawab panggilannya..Alex juga serba salah untuk memberitahu Elviana..Satu keluhan kecil dilepaskan oleh Alex..
"Ed kena pergi ke Poland..Ada hal dia perlu settle dekat sana...Business Ed dekat sana ada problem..Tu yang Ed terus fly pergi sana.."
Apabila mendengar kata-kata Alex itu..Elviana terdiam seketika..Masakan Edward pergi tanpa mengucapkan apa-apa kepadanya..Hatinya terasa apabila Edward tidak memberitahu akan dirinya mengenai hal keberangkatannya ke Poland..
"Hello..Hello..El..Elviana..Are you there?..."
Lamunan Elviana segera terhenti apabila terdengar suara Alex dicorong telefon itu..Air matanya yang mengalir di pipi itu segera dilap dengan telapak tangannya..
"Ye..Ada ni Alex..Nanti apa-apa beritahu El tau.."
Elviana segera meyahut panggilan Alex itu..Selepas berkata-kata,Elviana segera mematikan panggilan telefon itu..
Alex terpaksa menipu Elviana kerana tidak mahu Elviana tahu perkara yang sebenar..Sebenarnya Edward masih berada di Kota New York itu cuma Edward pergi ke rumah keduanya..
Edward tidak kembali ke rumah agamnya bersama Elviana itu adalah bersebab...Edward bimbang dirinya akan mencederakan Elviana secara dia tidak mampu untuk mengawal barannya kalau teringatkan gambar-gambar tidur Elviana itu..
YOU ARE READING
BLACK LOVE✔️
Short Story[Editing] Edward telah kehilangan ibunya sewaktu dia berusia 12 tahun disebabkan oleh seorang lelaki yang bernama Miguel.. Selepas 1 tahun ibunya meninggal,Ayahnya pula memilih jalan pintas dengan menggantungkan dirinya akibat tidak dapat menerima a...