Edward dan Elviana berjalan beriringan masuk ke dalam kedai pakaian bayi itu sambil berpimpin tangan..Sedar tidak sedar,kini kandungan Elviana sudah mencecah 6 bulan..
"Yang ni cantik tak sayang?.."
Edward mengangkat baju bayi yang berwarna biru muda itu lalu ditunjukkan kepada Elviana..Elviana tersenyum lalu mengangguk-anggukkan kepalanya menandakan baju tersebut cantik..Sesekali Elviana memegang pinggangnya dek kerana lenguh itu..
Elviana yang sedang memilih baju bayi itu segera terhenti..Tangannya memegang perutnya yang memboyot itu..Edward yang sedang memilih stoking bayi itu segera dihampirinya lalu didongak ke arah Edward yang tinggi lampai itu..
"Awak.."
"Ermm.."
Elviana memanggil Edward..Edward hanya menjawab sepatah dengan mata yang masih lagi fokus pada stoking bayi yang comel itu..
"Awak saya lapar.."
Edward yang sedang menilik stoking itu segera terhenti daripada menilik stoking lalu dipandang muka Elviana itu..Elviana segera membuat muka sedih..Edward melihat Elviana yang membuat muka sedih itu segera bersuara..
"Kita baru makan 30 minit lepas sayang..Takkan lapar lagi.."
Edward memandang jam tangan rolex di pergelangan tangannya sambil bertanya kepada Elviana..Elviana mencebik mukanya yang comel itu..Edward ketawa kecil melihat muka comel Elviana yang mencebik itu..
"Hmmm..Tapi saya lapar..Awak...Awakkk...Jomlah pergi makan.."
Elviana mula merengek seperti kanak-kanak mahukan gula-gula..Edward melepaskan helaan nafasnya..Muka Elviana dipandang lama lalu pipi pau Elviana dicubit lembut..
"Yela-yela.Jom kita pergi makan okey.."
Elviana yang mendengar kata-kata Edward itu terud tersenyum lebar mendengar kata-kata Edward itu..Tanpa menunggu, Elviana segera menarik tangan Edward untuk keluar dari kedai pakaian bayi itu..Edward hanya mengikut sahaja langkah Elviana itu..
"Bagi saya Beef pizza with extra cheese ye.."
Elviana membuat pesanan kepada pelayan restoran pizza itu dengan senyuman yang manis di bibirnya itu..Edward hanya menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat perangai Elviana itu..
"Baby lapar ye..Sabar ehh.."
Elviana berkata sambil perutnya digosok berulang kali..Edward yang mendengar kata-kata Elviana itu segera memutarkan bebola matanya..
"Baby yang lapar ke atau mama baby yang lapar.?.."
Edward bertanya dalam nada bergurau..Elviana tidak menjawab persoalan Edward itu, malah dijelir lidahnya pada Edward..Edward tergelak kecil melihat perilaku Elviana itu..
***
Laura yang bersembunyi disebalik dinding tu mengepal tangannya apabila melihat kemesraan Edward dan Elviana..Topi hitam di kepalanya itu dibaiki..
"Aku akan hancurkan kau dan anak tak guna kau tu Elviana.."
Laura berkata secara berbisik dengan senyuman jahat meniti dibibir munggilnya itu..Laura segera melangkah meninggalkan mall itu..Laura masuk ke dalam perut kereta lalu keretanya dipandu laju menuju ke rumah Lucas..
Ting Tong..
Laura menekan loceng rumah Lucas itu..Lucas yang sedang mengadap laptop itu segera memandang ke arah pintu rumahnya..Lucas bangun dari duduknya lalu menuju ke arah pintu..Apabila pintu rumahnya itu dibuka, Laura segera melangkah masuk ke dalam rumah Lucas..
"Mimpi apa kau hari ni datang rumah aku tekan bell..Biasa kau terjah aje masuk rumah aku.."
Lucas bertanya pada Laura apabila Laura melangkah masuk ke dalam rumahnya itu..Pertanyaan Lucas itu langsung tidak dijawab oleh Laura..Laura segera merebahkan tubuh kecilnya itu di atas sofa di ruang tamu rumah Lucas itu..
"Kali ni aku akan pastikan Edward betul-betul jadi milik aku.."
Laura tiba-tiba bersuara..Lucas yang sudah duduk di depan laptop itu segera memandang muka Laura..Laura membalas pandangan Lucas dengan muka yang dingin..
"Laura..Aku rasa better kau lupakan aje niat kau tu...Aku takkan tolong kau kali ni and aku tarik balik kata-kata aku untuk miliki Elviana dulu.."
Lucas berkata sambil matanya menyambung kembali memandang laptop didepannya itu..Laura memandang Lucas dengan muka yang meluat..
"Tak apa..Aku akan buat settlekan sendiri..Kau taknak kan betina tu..Aku akan hapuskan terus dia dari bumi ni."
Lucas yang mendengar kata-kata Laura itu segera memandang Laura kembali dengan mata yang bulat..Lucas segera bangun dari duduknya di lantai itu dan segera melabuh duduk di sisi Laura di atas sofa itu..
"Kau jangan buat kerja gila Laura!..Kau sendiri tahu kan perangai Edward macam mana.."
Lucas memandang tepat ke dalam anak mata Laura..Laura terus mengeluh perlahan..Topi dikepalanya itu dibuka dan diletak di atas meja kecil ditepi sofa itu..
"Edward akan jadi milik aku sampai bila-bila..Takkan ada orang yang mampu pisahkan aku dengan Edward.."
Laura memandang kembali ke arah Lucas setelah berkata sedemikian itu...Kini Lucas pula menghela nafas yang berat..
"Aku tak nak kau mengesal Laura.."
Lucas berkata sambil memegang tangan Laura yang lembut itu..Laura berdecit..Tangannya yang berada dalam genggaman Lucas itu segera direntap dan berdiri dari duduknya di atas sofa itu..Muka Lucas dipandang sekilas..
"Aku tak akan pernah menyesal dengan apa yang aku buat Lucas.."
Laura segera melangkah keluar dari rumah Lucas selepas berkata seperti itu..Lucas menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat kedegilan Laura itu..Lucas hanya menghantar Laura yang berjalan keluar dari rumahnya dengan pandangan mata sahaja..
YOU ARE READING
BLACK LOVE✔️
Short Story[Editing] Edward telah kehilangan ibunya sewaktu dia berusia 12 tahun disebabkan oleh seorang lelaki yang bernama Miguel.. Selepas 1 tahun ibunya meninggal,Ayahnya pula memilih jalan pintas dengan menggantungkan dirinya akibat tidak dapat menerima a...