Bab 12

29.6K 582 5
                                    

Elviana memandang ke luar tingkap kereta itu..Edward sesekali mengerling ke arah Elviana yang sedang mengelamun itu..Lamunan Elviana terhenti apabila melihat Edward melalui jalan yang berbeza..

"Awak nak bawak saya pergi mana?.."

Elviana segera berpaling ke arah Edward itu..Edward hanya tersenyum senget..Elviana bagaikan terpana apabila melihat senyuman senget Edward itu..walaupun senyumannya itu seperti senyuman yang tidak berapa ikhlas, tapi cukup membuat Elviana terpaku..

"Tak payah banyak tanya..Ikut aje.."

Edward memandu memasuki perkarangan pusat beli belah lalu memarking di parking vvip..Edward dan Elviana keluar dari perut kereta lalu masuk ke dalam pusat beli-belah itu..Sedang Elviana leka berjalan, tangannya ditarik oleh Edward dan mereka masuk ke dalam kedai cincin..

"Kenapa bawak saya dekat sini?."

Pertanyaan Elviana itu langsung tidak dijawab oleh Edward..Edward hanya memandang ke arah kotak kaca yang mengandungi berbagai cincin itu..

"Bagi saya yang ni.."

Edward menunjukkan sebentuk cincin berlian yang sedarhana itu..

Pekerja itu segera mengambil cincin itu dan dihulurkan kepada Edward

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pekerja itu segera mengambil cincin itu dan dihulurkan kepada Edward..Elviana hanya melihat kelakuan Edward itu..Edward tiba-tiba menarik tangan Elviana itu agar dekat dengannya..Lalu cincin tadi disarung ke jari manis milik Elviana..Tangan Elviana diangkat sedikit untuk melihat dengan jelas..

"Ermm..Cantik..Saya ambil yang ni.."

Edward sempat memuji cincin berlian tersebut..Edward segera menghulurkan kadnya kepada pekerja itu ..Pekerja itu menyambut kad Edward dengan senyuman..

"Apa maksud awak..."

Belum sempat Elviana menghabiskan kata-katanya,Edward terlebih dahulu memotong kata-kata Elviana itu..Edward menghampiri muka Elviana itu sehingga Elviana menutup matanya kerana membayangkan yang Edward akan menciumnya..Edward tersenyum senget melihat kelakuan Elviana itu..Edward segera mendekatkan bibirnya pada telinga Elviana..

"Tadi kau cakap aku hak kau kan?..So cincin ni membuktikan yang kau memang benar-benar hak aku."

Edward menghabiskan ayatnya itu lalu mengenyit matanya kepada Elviana..Elviana bagaikan terpaku melihat senyuman dan kenyitan mata Edward itu..Dia belum pernah melihat senyuman Edward itu..Senyuman Edward betul-betul mencairkan hatinya..

Muka Elviana terus merona merah bak tomato disebabkan malu apabila Edward mengenyitkan mata kepadanya..

"Dah..Jom balik.."

Edward segera memegang tangan Elviana lalu keluar dari kedai cincin itu..Elviana tidak menolak saat Edward memegang tangannya itu..Malah,Elviana merasakan dirinya selamat bila disamping Edward..

Adakah cinta telah tumbuh dalam diri mereka?
                             ***

Elviana yang berada di dalam biliknya terkejut apabila pintu biliknya dikuak dari luar..Kelihatan Edward masuk ke dalam biliknya lalu melabuh duduk dibirai katil..Elviana yang tadi duduk meniarap terus bangun dan duduk bersila di atas katilnya itu sambil menghadap Edward..

"Baring..Aku nak sapu ubat belakang kau.."

Elviana serba salah untuk berbaring..Tapi untuk mengelakkan daripada Edward bertukar menjadi singa, Elviana perlahan-lahan membaringkan tubuhnya itu..Setiap kali tangan Edward menyapu ubat pada kesan biratan itu,Muka Elviana pasti akan kemerahan menahan malu..

"Malam ni pukul 8 malam aku akan fly ke Jepun..So Alex dan Billy akan jaga kau dekat rumah ni..Ingat..Sekarang kau dah jadi milik aku..Kalau kau cuba lari lagi..Sampai ke lubang cacing aku akan cari kau.."

Elviana hanya mengangguk sahaja mendengar kata-kata Edward itu..Entah mengapa hatinya terasa sedih apabila mengetahui yang Edward akan ke Jepun itu..

"Berapa hari awak pergi sana?.."

Elviana memberanikan dirinya untuk bertanya kepada Edward..Dia juga memberanikan dirinya untuk memandang wajah Edward itu..Apabila Elviana melihat Edward, mata tajam Edward juga sedang memandang tepat ke dalam anak mata Elviana..

"Tak lama..4 hari aje..Kenapa..?"

"Ohhh..Tak ada apa-apa.."

Elviana segera menjawab dan menggeleng-gelengkan kepalanya ..Edward yang sudah selesai menyapu ubat itu mengulus lembut kepala Elviana sebelum berlalu dari bilik tidur Elviana itu..Elviana juga pelik dengan Edward yang tiba-tiba melayaninya dengan baik sekali itu..
                             ***

Tangan Edward yang sedang mengemas bajunya untuk dibawa ke Jepun itu terhenti apabila mendengar pintu biliknya dikuak..Kelihatan kepala Elviana di sebalik pintu bilik Edward itu..

"Ermm..Boleh saya tolong awak kemas?."

Apabila melihat anggukan Edward, Elviana segera masuk ke dalam bilik Edward dan menolong Edward mengemas pakaian..Elviana perasan yang baju dibawa Edward semuanya berwarna hitam..Tiada sehelai pun bajunya yang berwarna lain..

"Nanti siapa yang hantarkan awak?.."

Elviana menyoal Edward sambil tangannya melipat pakaian Edward lalu dimasukkan ke dalam bagasi..Edward yang sedang mengambil pakaiannya di dalam almari itu terus menjawab..

"Kejap lagi Billy yang hantarkan aku..Alex akan temankan kau dekat rumah..Kang nanti kalau aku tinggalkan kau sorang-sorang, Kau lari pulak.."

Apabila mendengar kata-kata Edward itu, Elviana segera mengeluh kuat..Edward yang mendengar keluhan Elviana itu segera memandang pelik ke arah Elviana..

"Ermm..Kalau saya nak ikut Billy hantar awak ke airport boleh tak?..Saya janji saya tak lari.."

Elviana memandang Edward dengan muka yag penuh harapan..Edward memandang Elviana itu terus tersenyum senget..

"Boleh."

Buat kali kedua Elviana terpana dengan senyuman Edward itu..Jantungnya berdetak laju apabila melihatan senyuman Edward..Elviana segera menundukkan kepalanya untuk mengelakkan daripada Edward perasan akan kelainanmya itu..

"Aku ni dah kenapa angau pulak.."

Elviana sempat berbisik dengan dirinya itu..Edward yang melihat mulut Elviana yang terkumat kamit itu hanya tersengeh..

BLACK LOVE✔️Where stories live. Discover now