FLASHBACK
"Sayanggg!!...El..!!Elviana.!Bangun sayang.!!."
Edward segera mengcempung tubuh kecil Elviana lalu diletakkan di atas katil..Edward mencapai telefonnya yang berada di atas meja kecil bersebelahan dengan kepala katil itu dan segera mendail nombor seseorang..
"Hello..Anna.."
Anna yang sedang berada di meja kerjanya itu segera mengangkat panggilan apabila melihat nama Edward tertera di screen telefonnya itu..
"Ye..Kenapa.."
"Anna..Datang rumah aku sekarang..El tiba-tiba pengsan."
Edward segera memberitahu apa yang terjadi kepada Anna..Anna mengangguk faham apabila mendengar kata-kata Edward itu seolah-olah Edward berada di depannya itu..
"Okey..Aku datang sekarang.."
Selepas berkata,Anna segera mematikan panggilan tadi..Handbag dan barang-barang keperluan untuk memeriksa Elviana di capai lalu keluar dari klinik miliknya itu..
END FLASHBACK
***Anna yang sedang mengemas barang-barang pemeriksaan itu tersenyum memandang Elviana dan Edward ..Selepas selesai mengemas peralatan pemeriksaan itu, Anna segera memandang Edward dan Elviana..Tangan Elviana diraih..
"El..Lepas ni jaga diri dan kandungan baik-baik ye..El pregnant and kandungan El baru berusia 3 minggu..Tahniah El, Ed.."
"Betul ke ni?."
Elviana bertanya kembali kepada Anna..Elviana memandang Anna seakan-akan tidak percaya..Anna segera mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum menandakan perkara itu adalah benar..Edward sudah mula tersenyum lebar apabila mendengar kata-kata Anna itu..Tangannya diraup ke wajah..
"Okey la Ed..Aku kena gerak dah ni.."
Anna mengerling ke arah jam dior ditangannya itu dan meminta diri untuk pergi..Edward mengangguk kepalanya dan menghantar Anna sehingga ke depan pintu rumah agamnya itu manakala Elviana hanya berehat di dalam bilik..Sampai di depan pintu, Langkah mereka terhenti..
"Banyak perubahan yang El dah buat pada diri kau..Tak sangka si black person boleh berubah.."
Anna sempat berkata sambil ketawa kecil..Edward juga tersenyum mendengar kata-kata Anna itu..
"Cuma satu je yang tak berubah lagi.."
Anna menambah lagi kata-katanya..Edward segera memandang ke arah Anna dan bertanya..
"Apa?.."
"Pemakaian kau lah..Bila nak tukar..Dari dulu asyik hitam aje baju kau pakai..Tak bosan ke?.."
Ketawa Edward mula pecah apabila mendengar kata-kata dan pertanyaan Anna itu..Ya..Memang benar, Edward tidak pernah memakai baju berwarna lain selain daripada warna hitam..
Anna melangkah masuk ke dalam perut keretanya itu..Tingkap keretanya diturunkan sedikit..Anna sempat mengangkat tangannya kepada Edward lalu meninggalkan perkarangan rumah agam milik Edward itu..
Edward melangkah kembali ke dalam bilik..Elviana yang sedang berehat itu segera berpaling ke arah pintu apabila terdengar pintu dikuak dari luar..Elviana sempat menghadiahkan senyuman kepada manis kepada Edward itu..Edward duduk dibirai katil lalu tangan Elviana diraih lalu digengam erat..
"Mulai hari ni..Jaga diri dan kandungan baik-baik ye..Saya taknak awak buat kerja berat.."
Edward sempat memesan kepada Elviana..Elviana segera menganggukkan kepalanya lalu disandar kepalanya di dada bidang milik Edward itu..
***"Shit!!..Bodoh..Tak guna!.."
Laura melangkah masuk ke dalam rumah Lucas sambil memaki itu dipandang oleh Lucas yang sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya itu..Lucas sempat ketawa kecil melihat Laura yang seperti orang gila itu..Laura yang perasan akan Lucas yang mentertawakannya itu segera menjeling ke arah Lucas..
"Hey..Calm down okey..Asal marah sangat ni?.."
Lucas menegur Laura itu sambil menepuk-nepuk sofa disebelahnya itu menandakan menyuruh Laura duduk di tepinya itu..Laura segera mengeluh kuat lalu melabuh duduk di atas sofa itu..
"Benjamin dah mati.."
Lucas yang sedang menonton televisyen itu segera berpaling memandang ke arah Laura..Laura memegang kepalanya yang tidak sakit itu..
"Apa kau cakap?..Macam mana dia boleh..."
Lucas tidak dapat meneruskan kata-katanya itu..Dia benar-benar terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Laura itu..
"Aku tak tahu macam mana dia boleh mati.."
Laura berkata sambil kepalanya disandar pada sofa.
"Jangan-jangan ni semua kerja Edward tak?.."
Lucas meneka..Laura segera memandang Lucas dengan mata yang dicerlung..Kepalanya digeleng berkali-kali..
"Tak mungkin..Edward tak tahu mengenai Benjamin.."
Laura mendiamkan dirinya sebentar selepas menutur kata-kata itu..Laura seolah-olah sedang fikirkan sesuatu..
"Dah sebulan tau kita kenakan Elviana..Takkan Edward masih stay dengan betina tu.."
Lucas menanyakan kepada Laura..Laura masih mendiamkan dirinya..Tangannya dikepal...Senyuman jahatnya kembali menerjah di bibir munggilnya itu..
"Tak apa..Kalau rancangan ni tak menjadi..Aku akan buat plan B..Aku tak akan biarkan betina tu senang dengan Edward..Edward hak aku sampai bila-bila.."
Selepas menutur seperti itu, Laura segera berdiri dan melangkah keluar dari rumah Lucas..Lucas tidak sempat untuk berkata apa-apa itu segera mengeluh perlahan..Kepalanya digeleng-geleng melihat perangai Laura itu..
Sebenarnya..Pada mulanya Lucas memang mempunyai niat untuk memiliki Elviana..Tetapi dia tahu untuk dia mendapatkan Elviana adalah sukar memandangkan Elviana adalah wanita milik Edward..Siapa saja yang tidak kenal pada Edward..Dia juga mungkin akan mati sekiranya cuba merampas Elviana dari Edward..
YOU ARE READING
BLACK LOVE✔️
Short Story[Editing] Edward telah kehilangan ibunya sewaktu dia berusia 12 tahun disebabkan oleh seorang lelaki yang bernama Miguel.. Selepas 1 tahun ibunya meninggal,Ayahnya pula memilih jalan pintas dengan menggantungkan dirinya akibat tidak dapat menerima a...