Bab 7

1.2K 34 3
                                    

Amir termenenung dia menelefon bella tak diangkat dimesej tak dibalas.Hatinya resah merindui Bella.tidakkah bella merindui dirinya.

Amir menatap gambar dirinya dan bella yang diletakkan di atas meja tulisnya.waktu itu dia masih berada di tingkatan 5 manakala bella tingkatan 4.

Resah kembali datang bagaimana jika bella mendengar cakap encik mahmud untuk bella dan dia berpisah?tapi encik mahmud ayah bella sudah tentu dia wali bella dan berhak keatas bella.

"Bella jangan buat aku macam ni.aku betul cintakan kau"bisik hatinya.

iPhone miliknya digenggam.didail lagi nama bella masih tak diangkat.Bella memang buat dia hilang arah.Bella gadis yang berjaya curi hatinya yang beku ketika itu.

Bella melihat iPhone miliknya bercahaya menandakan panggilan masuk dan panggilan itu dari buah hatinya.

Air mata bella menitis.Dia tak tahu apa perlu dibuat sekarang.hatinya memang untuk amir namun ayahnya lelaki yang pertama muncul dalam hatinya.

Bagaimana hendak dia lukakan hati salah satu hati yang dia sayang dan cinta.Ayahnya wali kepadanya jika ayahnya tak restu hubungannya bahagia takkan muncul.

"Maafkan aku amir..aku keliru"kedua belah tangan bella menekup mukanya.tangisan menjadi jadi.memori yang tercipta antara dia dan amir amat manis.

Perbualan Bella dan Ayahnya siang tadi memang merobek hatinya.Ayahnya memang tegas.

"Ayah nak bella terima hakim"tegas suara encik mahmud.

"Ayah..ayah tak boleh paksa bella macam ni."bella menangis.

"Kalau hakim takda tadi apa yang terjadi kepada bella?hah?dia selamatkan bella tau tak"encik mahmud taknak mengalah.

"Tapi ini masa depan Bella ayah"rayu Bella

"Ya..sebab pasal masa depan bella lah ayah nak bella khawin dengan hakim"masih tegas suaranya.

"Ayah......"sayu suara bella dia tahu dia akan kalah dengan ayahnya.

"Esok lepas keluar hospital kita balik sungai petani.awal bulan depan keluarga hakim hantar rombongan untuk tunang dan nikah terus"encik mahmud keluar terus dari wad bella.

"Ayah.......

"Bella..mak minta maaf sebab mak tak boleh tolong hang.ayah hang dah buat keputusan dia sendiri"puan rafidah memeluk anak daranya.kesian melihat anaknya namun dia takboleh melawan kata suaminya.

"Mak..semua ini terlalu cepat..bulan depan?bulan depan nak nikah?ayah tak fikir ke keadaan bella?"bella menangis didalam dakapan emaknya.

Bella kembali menangis perbualan dia dan ayahnya tadi memang menghiriskan hatinya.air mata entah keberapa kali dia sendiri tak tahu.

iPhone miliknya diambil lalu di tulis sesuatu dan dihantar kepada amir.Dia terpaksa dia tak mahu amir menunggunya lagi.

'Kita putus'

iPhone dimatikan.dia tahu amir akan menelefonnya disebabkan mesej itu.dia kembali baring di atas katil bantal peluk diambil lalu ditekup mukanya.menangis lagi.

Amir terus bangun dari baringnya selepas membaca mesej dari Bella.

"Bella..sanggup kau buat aku macam ni"amir cuba menelefon bella namun tidak dapat telefon bella dimatikan.

"Apa yang terjadi bella?"luah amir.

Hakim terdiam mendengar kata bapanya.tak masuk akal langsung.

"Bapa...ini pasal perkahwinan tau bukan benda main"

"Yes..bapa tahu dan bapa sedar apa yang bapa cakapkan ini"tegas suara encik rahim.

"Apa kata bella?"soal Hakim

"Dia ikut cakap ayahnya tinggal hakim je"ujar encik rahim.

"Kalau hakim taknak pun hakim kena terima jugak kan?hakim kena juga ikut kata bapa kan?hakim nak masuk bilik"Hakim pun berlalu.entah nak gembira atau sedih semua ini datang secara tiba tiba.

"Jangan risau bapa tanggung semua kos"ujar encik rahim.

"Tak apa hakim pun ada duit simpanan sendiri"balas hakim dari jauh.

*****

TAKDIR KITA(C)Where stories live. Discover now