Its hurts...
Bella termenung dalam biliknya.lusa adalah hari dimana dia dan hakim akan disatukan.Lusa hari pertunangan dan akad nikah.
Pagi akan dilangsungkan majlis tunang dan selepas solat zohor mereka akan di akad nikah dan majlis kenduri dihari yang sama.
Sanak saudara sudah memenuhi rumah mereka.Tak sampai hati untuk dia lukakan dan calarkan maruah keluarganya terutama Emak dan Ayahnya namun hatinya sendiri yang terluka.
Dia memandang keluar tingkap kelihatan sanak saudara dan orang kampung bertungkus lumus menolong mereka.Aktiviti sekarang ialah mendirikan khemah dan menyediakan peralatan untuk esok iaitu majlis merewang dilakukan oleh lelaki.wanita pula menyediakan minuman dan makanan untuk lelaki petang itu dan mengemas apa yang patut.
"Bella?"tegur seseorang dimuka pintu.angin luar meniup lembut selendang yang dipakai bella tangkas dia membetulkan kembali selendang dikepalanya lalu melihat gerangan yang memanggilnya dimuka pintu.
"Maksu...."pantas bella memeluk mak saudara yang amat rapat dengannya...
"Maksu baru sampai ke?"soal bella
"Haah..sampai je maksu terus tanya mak bella kat mana bella mana taknya selalunya bakal pengantin turun menolong apa yang patut ni tak bella terperuk dalam bilik"bella tersenyum mendengar leteran maksunya itu.
"Hmm"
"Kenapa ni bella?macam tak happy je?"soal cik hanis maksu bella.
"Actually bella kena paksa kahwin dengan ayah"bella menarik maksunya ke dalam bilik lalu ditutup pintu bilik.
"Hah?? Seriously?"terkejut cik hanis dibuatnya.
"Yee maksu.bella takmau tapi bella tak boleh nak lawan cakap ayah.mak pun ikut kata ayah"cerita bella
"Bella..maksu tau benda ni mesti sakit tapi pilihan keluarga tak salah sayang"cik hanis menghapus air mata di pipi bella.
"Tapi...
"Bella dah buat solat istikarah?"soalnya
"Dah..bella dapat jawapan dalam mimpi.bella mimpi lelaki yang ayah jodohkan dengan bella itu"ujar bella.
"Bella..dia untuk bella percayala cakap maksu.pilihan keluarga tak salah"cik hanis tersenyum.
"Tapi maksu ini memang menyakitkan bella dan buah hati bella."
"Amir?"cik hanis tahu pasal bella dan amir.
"Hmm"
"Mungkin dia bukan jodoh bella."ucap cik hanis.
"Dah bella jom keluar tolong apa yang patut kalau tak ada yang bertanya..tak baik macam ni bella"arah cik hanis..
"Hmm ye laa"Bella menurut.
Hakim termenung didalam pejabatnya.Terasa terlalu cepat kerana lusa dia akan bertukar status.
Harap keputusan ini betul dan bella memang jodohnya sampai ke syurga.
Lamunannya disentak dengan ketukan pintu oleh seri yang meminta untuk masuk ke dalam pejabatnya.
"Masuk seri"arah Hakim
"Encik hakim..macam mana dengan kes yang membabitkan penderaan kanak kanak yang bernama tasha?encik nak tangguhkan kes lepas majlis encik ke?"soal seri
"Pasal kes tu awak boleh ubah tarikh ke dua minggu selepas majlis saya.dan saya nak keluarga tasha siap dari fizikal dan mental dalam dua minggu ini pesan kat diorang"arah Hakim
"Baik encik.saya keluar dulu between selamat pengantin baru.."ucap seri
"Terima kasih.nanti jangan tak datang pulak majlis saya tu kat perak sebelah lelaki"ujar hakim
"Yee encik nanti saya datang staff lain"seri pun keluar dari pejabat hakim.
Hakim kembali fokus kepada fail didepannya.Sekarang dia perlu baca kes yang seterusnya jika ditangguh tak jadi kerja laa kerana petang nanti dia terus balik perak..
Itu pun dia dibising kerana tak cuti awal.namun dia sebagai peguam tak boleh cuti suka hati kerana kes yang dipegang dan dengan urusan mahkamah lagi.
Pasal bella?sudah lama mereka tak bertemu selepas mereka pergi ke khusus kahwin dan ke butik pengantin.
*****
YOU ARE READING
TAKDIR KITA(C)
RomantizmBella inara..Dipaksa berkahwin dengan Hakim iskandar seorang peguam pilihan Ayahnya..namun dia mencintai lelaki bernama Amir imran kekasih hatinya..perasaan benci muncul dibenak hati Bella setelah berkahwin dengan Hakim iskandar. Beberapa bulan dala...