Bab 30

2.2K 34 0
                                    

vote♥️

Bella sendirian didalam kereta menunggu hakim yang ada perbicaraan itu.

Malas nak ikut keluar.maka dia hanya duduk dalam kereta.

Matanya seakan ingin terpejam.yelah dalam kereta ini dingin..diluat pulak mendung seakan ingin hujan bertambah ngantuk la bella.

Satu minit...

Tiga minit...

Lima minit..

Tujuh minit

Kini bella hanyut dalam mimpi.

......

Hakim keluar dari bilik perbicaraan dengan muka yang muram.

Fakta yang perlu dia tahu jika naik mahkamah dan berlawan dengan orang bangsawan dan ternama inilah nasib yang perlu dia terima.

"Maafkan saya tak dapat menang kes ini"Hakim menunduk kepalanya.

"Tak apa la nak buat macam mereka orang ternama ada saja cara nak menang"ujar seorang lelaki berusia anak guam hakim.

"Ayah kita takkan mengalah kita perlu lawan lagi"ujar anak lelaki itu.

"Sudah laa banyak kali kita kalah dengan mereka"ujar lelaki itu.

"Saya pergi dulu saya minta maaf sekali lagi"ujar hakim.

"Ye laa tuan pun dah buat yang terbaik"ujar anak lelaki itu.

Mereka pun beredar dari situ.

.......

Hakim berlari anak lalu ke kereta.Diketuk cermin kereta ingin menyuruh bella membuka kunci.

Namun tiada sahutan dari bella.terus hakim cuba membuka pintu.

Klakk!!!!

Pintu boleh dibuka nampaknya bella lupa untuk mengunci pintu.nasib ini kawasan mahkamah.

"Bella"hakik melihat bella sedang tertidur.patut la dia panggil pun tiada sahutan.

Melihat bella seperti kedinginan hakim membuka kot yang dipakainya lalu menyelimuti bella.

Kerusi penumpang direndahkan untuk memberi keselesaan kepada bella yang tidur nyenyak itu.

Wajah bella dibelai lembut.wajah inilah yang dirinduinya.

Entah kenapaa jika hakim melihat lelaki lain mendekati bella dia mula rasa marah.dan bella la selalu terkena amarahnya kebelakangan ini.

Selepas melihat bella tidur dalam keselesaaan hakim memulakan pemanduannya.

Sebelum terus ke Shah Alam dia berhenti di stesen minyak yela bella duduk didalam kereta lama jugak dengan enjin terbuka dan penghawa dingin lagi mahunya minyak habis.

...........

Shah Alam.

"Sayang....."hakim cuba membangunkan bella yang tidur lena itu.

Namun tiada reaksi dari bella.penat sangat agaknya sampaikan orang kejutkan pun masih tak bangun mungkin disebabkan kejadiaan pagi tadi.

Jam menunjukkan pukul 4 petang.Hakim tanpa membuang masa dia memdukung bella dicapai beg tangan bella lalu menuju ke pintu rumah yang sedia terbuka itu.

"Assalamualaikum"laung hakim.

"Waalaikumusalam ehh bella kenapa dia?"soal encik mahmud melihat menantunya mendukung anak gadisnya.

"Letih agaknya sampai tidur dalam kereta kejutkan pun tak bangun hakim hantar bella ke bilik dulu la"hakim meminta diri lalu di panjat anak tangga menuju ke biliknya.

Encik mahmud dan encik rahim tersenyum melihat pasangan itu.ingatkan mereka masih bergaduh ataupun tak pernah berjumpa disebabkan kesah lama.

"Abang?tadi fatma dengar suara hakim..mananya?"soal puan fatma dari dapur bersama puan rafidah.

"Ada kat atas tu hantar bella yang tidur ke bilik"ujar encik rahim.

"Tidur??dia dukung ke?"soal puan rafidah.

"Iya"

"Nampaknya kita tak lama lagi dapat cucu laa yer"ungkap puan fatma.

"Betul tu"puan rafidah tak sabar untuk menimang cucu.

"Ayah..mak dah lama sampai ke?lupa nak tanya"hakim yang baru turun itu bersalaman dengan mentuanya lalu bersalaman pula dengan ibu dan abahnya.

"Sampai tengah hari tadi"

"Datang dengan siapa?"hakim duduk disebelah abahnya.

"Syafiq..ayah ni mana larat nak drive seorang lama-lama ni.."encik mahmud.

"Mana syafiq?"hakim cuba mencari adik iparnya.

"Dia keluar dengan kawannya yang tinggal di sini"ujar puan rafidah.

"Oooo"

"Abang syahrul sekarang buat apa?"soal Hakim.

"Dia tu sibuk dengan kerja kat melaka tu..entah bila nak khawinnya bertunang dah dua tahun..bila la mak nak rasa menimang cucu ni"luah puan rafidah.

Anak sulungnya sudah bertunang dengan seorang gadis asal melaka namun berita untuk majlis perkahwinan masih tak dengar lagi.Syafiq pulak di sem akhir di university di kedah.sekarang cuti sekejap.

Hakim yang mendengar tentang cucu itu hanya diam.dia juga inginkan anak namun apakan daya sekarang baru dia dan bella kembali bersama.

Tbc

TAKDIR KITA(C)Where stories live. Discover now