Bab 5

1.4K 40 0
                                    

Bella bersama hakim serta syafiq berjalan ditepi pantai.Angin bayu menyapa pipi sangat segar udara disitu..

"Kak..syafiq pergi beli air jap"ujar syafiq setelah mereka berhenti di bangku kayu tepi pantai..

"Haa"

Hakim yang mendengar lalu menyuakan duit not 10 kepada syafiq namun ditolak tapi hakim tetap beri lalu diambil oleh syafiq..

"Bella masih belajar ke kerja?"soal hakim memecah sunyi..

"Tak buat apa pun sekarang tengah tunggu panggilan study"ujar bella

"Minta kos apa?"Hakim memancing soalan.

"Kulinari"

"Bakal chef tu"hakim asyik melihat wajah bella yang cantik itu.dengan tudung beralun dibuai angin pantai.

"In sha Allah"ucap bella

"Kerja apa ke study lagi?"bella pula memancing soalan.

"Kerja..lawyer"jawab hakim

"Ouh..okay la tu"Bella tersenyum.

Hakim hanya tersenyum setidaknya bella tidak dingin dengannya..Hakim meminta diri untuk ke tandas tinggallah Bella keseorangan.

"Ayah tak restu hang dengan amir tu paham dak?ayah tak suka budak tu penganggu keamanan orang kampung dengan sikap melepak dan rempit dia tu.hang jangan nak lawan cakap ayah"marah encik mahmud.

"Ayah.....tapi Bella...

"Takda tapi tapi.ayah dah katakan ayah tak restu,dia macam takda masa depan dengan sikap dia tu"Bella menganggis.

"Adik hang jangan duk menjawab laa"ridhwan bersuara.

Bella hanya diam.tak membalas.

"Kalau ayah tak restu begitu juga kami takkan restu"ujar syahrul

"Haa betul abang..kakak ini untuk kebaikkan kak sendiri."ujar syafiq

"Bella mak tak boleh nak kata apa ayah hang dah tak restu.petang tadi amir mai meminang mudahnya dia meminang tanpa dia fikir masa depan jika dia berkahwin dengan hang tanpa pekerjaan.dia tak fikir ke dia sekarang pun makan minum ditanggung mak ayah dia..macam mana dia nak tanggung hang tanpa kerja?"luah puan rafidah lembut.

Bella hanya diam betul apa yang dikata keluarganya tapi lepas kahwin boleh ja dia kerja untuk mencari rezeki.

"Ayah tak restu.fullstop"encik melangkah keluar dari ruang tamu.

"Hang pikir baik baik,takda kebahagian tanpa restu"ucap ridhwan lalu pergi ke dapur diikuti sharul dan syafiq.

"Jangan sesekali kecewakan mak yer Bella"puan rafidah pun berlalu pergi.bella termenung sendirian.

"Kak??"

Teguran itu kembalikan bella di dunia nyata terlihat syafiq datang bersama air yang dibeli disisi hakim juga sudah berada disitu.

"Kak..hang fikir lagi tentang tu?"soal syafiq melihat bella tak membalas soalannya syafiq membuka suara lagi.

"Jangan fikir lagi tentang itu.buang masa"ucap syafiq.

Hakim hanya mendengar dia taktahu apa yang sedang berlaku dengan perbualan antara dua beradik itu.

Tepat jam 9 malam majlis makan malam reunion kolej pun bermula di dewan makan disebuah hotel berdekatan dengan chalet yang mereka tidur.

Pelbagai gelagat dilihat bella.dia hanya duduk di kerusi yang disediakan ayah dan emaknya entah pergi kemana.syafiq dan hakim pergi mengambil makanan.

"Bella?"tegur seseorang.

"Eh..auntie fatma"puan fatma duduk disebelah bella.

"Cantik bella malam ni kan bagus kalau jadi menantu auntie"puan fatma tersenyum melihat gadis manis bertudung litup itu.bella hanya tersenyum mendengarkan itu.

"Ibu?"hakim datang bersama makanan diikuti syafiq.

"Duduk la hakim"arah puan fatma

"Ni kak makanan hang"syafiq meletakkan pingan yang diisi nasik goreng kampung dan juga ada buah..

"Thanks"ucap Bella..

"Haa semua ada kat sini"ucap encik mahmud datang encik rahim.puan rafidah mengambil tempat disebelah bella.

"Kalau macam tu senang la kita nak bagitau apa rancangan kita tu mahmud"ujar encik rahim

"Kau bagitau laa kau pihak lelaki"ujar encik mahmud..

"Kenapa bapa?"soal hakim hairan melihat dua sahabat itu.

"Sebenarnya kami ingin menyatukan hakim dengan bella"ujaran encik rahim itu membuatkan bella dan hakim terhenti dari menyuapkan makanan ke dalam mulut.

Tangan kiri bella yang berada dibawah meja digengam oleh puan rafidah.Bella tahu genggaman itu bermaksud jangan malukan ayahnya dan jangan melawan cakap ayahnya disini.bella melihat wajah emaknya.

"Bapa apa ni?ibu?"soal hakim terkejut.ya dia agak terkejut namun dalam masa yang sama dia suka akan cadangan itu gadis itu pernah mencuri hati.

"Minggu depan kami hantar rombongan harap bella boleh terima lah mahmud"ucap encik rahim.

"Aku pasti bella terima"encik mahmud yakin.

********

TAKDIR KITA(C)Where stories live. Discover now