vote♥️
Bella pagi itu sibuk mengarah pekerjanya menyediakan makanan yang dipesan.
Restaurant ini mempunyai 4 chef.chef di tukar mengikut shift.Restaurant ini ada dua shift pagi dan petang.2 chef ditugaskan dalam satu shift.
Walau restaurant ini miliknya namun dia perlu melayani pekerjanya sama seperti kawannya.
"Chef cuba rasa"panggil seorang staffnya.dia pun menyeduk sedikit makanan dipinggan untuk dirasa.
"Sedap"puji Bella Inara.
"Ni menu baru yang chef jannah buat"ujar staffnya itu.
"Seriously?"Bella inara merasa lagi menu baru itu.
"Yer"Chef jannah mendekati mereka.
"Nanti kita bincang untuk masukkan menu ini"ujar Bella inara.
Daging tumis itu menu baru mereka.sedap menu baru dari Jannah itu.Daging cincang ditambah sedikit sos tiram ditambah dengan sayuran menjadikan makanan itu menarik.
Bella membasuh sayuran didalam singki.selepas itu dia letakkan sayuran yang telah dibasuh itu didalam penapis.
Lalu sayur itu dipotong kemas.laju saja tangannya membuat kerja-kerja dapur itu.
Telefon didalam dapur itu bunyi.Bella melihat tiada siapa yang ingin mengangkatnya kerana sibuk dengan kerja sendiri.
Bella meletakkan pisau dibasuh tangannya dan terus menuju ke telefon yang berbunyi itu.
"Hello"
".........."
"Ouh dah sampai?"
"......"
"Okay saya keluar ambil..nanti call nombor saya"Telefon itu diletak kembali.
"Ariz najwa sini jap"panggil Bella.
"Ye chef?"serentak mereka berdua datang ke arahnya.
"Najwa tolong cover saya jap potong sayur tu dan buat salad tu saya ada kerja jap ariz ikut saya"arah Bella inara.
"Baik chef"serentak.
"Jom ariz"Bella menuju ke pejabatnya mengambil telefon.
Ariz pula menunggunya diluar restaurant.
"Jom.."ajak Bella inara.
"Nak pergi mana ni chef?"soal ariz.
"Ada orang nak hantar bahan yang saya pesan kat depan tu saya ajak awak untuk tolong angkat barang"ujar Bella inara.
"Ouh bahan apa tu?"soal Ariz.
"Rahsia"ucap Bella inara.telefonya berbunyi.
Ingin saja dia menjawab panggilan itu dia terlanggar seseorang yang berdiri didepan pintu masuk complex itu.
"Maaf"ujar Bella.
Lelaki yang dilanggarnya itu membongkok menganbil telefon bella yang jatuh itu.
Dia terkejut melihat gambar di lock skrin milik bella.
"Abang"Bella terkejut lelaki yang dilanggarnya itu adalah hakim.pantas bella mengambil telefonya kembali.
"Chef"tegur ariz.telefonya berbunyi lagi lalu di jawab.
"Ya..saya dah sampai kat luar ni"Bella pun berlalu dari situ bersama ariz.
Hakim melihat Bella berlalu pergi.Gambar ditelefon bella membuatnya tersenyum.
........
Hakim melangkah masuk ke dalam pejabat barunya sambil tersenyum.
Alahai bella kenapa kau comel sangat.gambar kita yang dijadikan wallpaper.
Nampaknya kau rindukan aku.Hakim tersenyum.
"Amboi Tuan hakim..senyum sampai ke telinga ada apa ke"soal yatie pekerjanya.
"Apa lagi yatie teringat buah hati ler tu"usik uzair pulak.
"Ehh korang ni"Hakim tersenyum.
"Betul laa kan tuan?"soal ain.penolongnya.
"Buat kerja jangan nak jaga tepi kain orang"ujar Hakim.
"Tuan..hari ni tuan ada klien baru"ujar Ain.
"Pasal ke apa?"soal Hakim.
"Kes perebutan hak tapi agak sukar kes ni sebab lawan kita kuasa"ujarnya.
"Maksudnya lawan kita orang berjawatan?"Hakim sudah terbiasa jika terlibat dengan kes orang berjawatan amat sukar untuk menang kerana mereka yang berjawatan bermain dengan cara kotor untuk menang.ianya duit.
"Nanti masuk bilik saya kita bincang"hakim melangkah ke biliknya diikuti ain.
..........
"Chef kenal tak lelaki tadi?"soal ariz.
"Kenapa?"soal bella terkejut dengan soalan ariz.
"Saya kenal dia.haritu jumpa kat seminar yang kita pergi tu.dia ada buka office baru dia kat sini.maksudnya dia sudah ada dua pejabat peguaman"ujar Ariz.
"Bagus laa muda lagi dah berjaya"ujar bella.resahnya cuba diselindungi.
"Tapi dah khawin"ujar ariz.
"Mana tahu?"bella tersentak bagaimana merdeka tahu Hakim sudah berkhawin.
"Haritu kat seminar banyak peguam perempuan yang baru duk sebut pasal dia then saya dengar ada yang kata dia dah berkhawin 4 tahun dah..tapi isterinya sambung belajar so tak dapat jumpa"cerita ariz.
"Macam wartawan ek"ujar bella.
"Cita-cita masa sekolah je..ehh chef kita tunggu siapa ni?"soal ariz mahu kejang kakinya berdiri di tepi jalan.
"Ada orang nak hantar yang saya dah pesan"ujar bella.
"Barang??"ariz pelik selalunya orang lain yang pesan barang untuk restaurant.
"Rahsia"ujar bella.
Tbc
YOU ARE READING
TAKDIR KITA(C)
RomanceBella inara..Dipaksa berkahwin dengan Hakim iskandar seorang peguam pilihan Ayahnya..namun dia mencintai lelaki bernama Amir imran kekasih hatinya..perasaan benci muncul dibenak hati Bella setelah berkahwin dengan Hakim iskandar. Beberapa bulan dala...