Episode 1

2K 3 0
                                    

'TOK! TOK! TOK!

       "Ella, bangunlah!!! ",jerit mak dari depan pintu bilikku. Aku segera duduk di atas tilam lusuh ku sambil menggosok-gosok mata.

      "Jam berapa nak bangun ni? Jam berapa dah janji nak pergi interview tu?! ",  mak dah mula membebel sebab aku. 

    "Ok mak, jap.",jawabku lembut dgn nada masih mengantuk.  Aku menarik tuala dan terus masuk ke bilik mandi kecil di rumah kami. Tak lama pun, aku keluar dan bersiap.

    "Tahu ke jalan tu?",tanya mak sambil membancuhkan aku segelas minuman panas.

"Tahu dah mak,kemarin dah pergi tengok dengan Nor. Harini tinggal nak pergi je",jawabku sambil menyapu sedikit bedak di muka supaya tidak pucat untuk temuduga nanti.

     Untung saja kemarin Nor sepupuku, sempat menemankan aku melihat tempat aku interview tu sebelum dia balik ke kampung. Sebab walaupun, aku tinggal di bandar dan Nor tinggal di kampung, Nor lebih mengetahui selok belok bandar daripada ku. Sebab aku tak berminat sangat bersosial.

Ini kerana aku dibesarkan dalam keluarga yang tegas dengan peraturan. Anak perempuan tak boleh terlalu bebas. Berbeza dengan Nor, Nor punya pemikiran sendiri. Ini kerana ibu Nor ibu tunggal, jadi mereka biasa membuat keputusan sendiri tanpa perlu meminta izin siapapun.

       Aku mencapai telefon bimbit di atas meja solek, terbayang wajah lelaki kemarin yg aku terlanggar tak sengaja semasa di perhentian bas. Syukur saja dia menolong aku memungut telefon ku, kalau tak tentu saja habis dipijak oleh ramainya orang di perhentian  bas tu.

     Sempat lagi dia bertanyakan macam-macam tetapi aku tidak melayan.

Cuma aku masih ingat katanya yang terakhir sebelum aku berlalu pergi, "Aku tunggu kau kat sini ye esok".

       "Ehh!!! Termenung  apa lagi tu?  Dah jam berapa ni? Lewat nanti!!",sergah mak mengejutkan aku. 

Aku menarik beg silang dan pakaikan di badan lantas terus menghirup air tadi yg sudah suam.

    "Jalan dulu mak",aku salam cium tangan mak dan minta didoakan moga dapat kerja tu. Mak mengaminkan dan mendoakan yang terbaik buat ku.

    Aku melangkah sambil berharap semoga ada rezeki lebih buat ku hari ini. Kami keluarga miskin, aku adalah anak ke 3 dari 9 orang adik beradik. Aku,abang-abangku, dan adikku lelaki, kami berempat sudah berhenti sekolah di usia yg sangat muda sebab ayah sudah tak mampu menyekolahkan kami. Abang-abangku sudahpun bekerja di kedai-kedai kecil untuk membantu ayah menyekolahkan adik-adik kami.
       Aku biasanya membantu makcikku di kedai dengan upah Rm500 sebulan sejak 14 tahun, tapi baru-baru ini jiran ku menawarkan kerja kosong di butik pakaian tempat dia bekerja, lantas itulah aku memberanikan diri mencuba nasib hari ni.
     Dengan umur 17 tahun ini, aku yg tidak pernah sampai ke sekolah menengah pun kerja apalah yang mahu menerima aku, bergantung dengan rezeki Allah saja hari ni.

     Tak sedar, aku dah sampai di kawasan pusat bandar.  Aku turun di perhentian bas setelah membayar tambang.  Aku berjalan kaki untuk mencari bas kecil yang pusing sekitar pusat bandar ni,

Tiba-tiba ada suara menegurku, "Hai,cantiknya hari ni. Aku teman kau lah.",aku menoleh ke belakang, rupanya lelaki kemarin betul-betul menunggu aku di perhentian bas ni.

  Ish, lelaki ni takde kerja nak buat ke. Bisikku dalam hati tanpa menjawab langsung kata-katanya. Aku menaiki bas kecil yang sampai,dibuntuti oleh lelaki tadi. Lelaki itu duduk di sebelahku sambil tersenyum.

      "Kita kenal ke?",aku cuba menyindir sambil menjeling. 

"Kau nak pergi mana ni?  Tak pernah nampak kau di bandar ni, nanti sesat.",katanya lagi sambil tersenyum  sebab aku dah mulai respon dengan dirinya.

     "Aku ada interview,nak ikut?," jawabku sinis.
"Aku teman ye",senyum sengih lagi dia.
Aku mendongak memandang dia yg tinggi daripada ku, "Ish, lantak kau la.  Ntah ",kata ku.

Sampai di sebuah pusat beli belah, aku pun turun.  Lelaki tadi masih lagi ikut dan berjalan di sebelahku. Aku cuba berjalan laju sebab tak selesa dipandang orang, seolah-olah lelaki itu agak dikenali di bandar.  Ramai yang menegurnya  dan menanyakan jika aku teman wanitanya, dan dia pula mengiyakan. Dah kenapa lelaki ni, bisik hatiku.

Aku naik ke tingkat 1 mencari butik yang sepatutnya aku pergi. Lelaki tadi tunggu di luar butik, dah macam teman lelaki aku pula padahal yang aku tahu cuma namanya Azif. Itupun aku tahu sebab kawan-kawannya yang menegur tadi memanggil namanya,kalau tak nama pun tak tahu.
        Aku masuk dan memperkenalkan diri, seorang staff membawa aku ke office untuk berjumpa pengurus butik.  Syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkan, sekejap je aku dah boleh mula kerja esok.  Gembiranya hatiku tak terhingga.
     Aku keluar dari butik lelaki tadi masih duduk di bangku di luar menunggu ku, oleh kerana terlampau gembira aku terlupa yang aku tak rapat dengan dia, lagipun aku mudah senyum dengan orang  dan sebab itulah lelaki ni asyik ikut  aku sampai sekarang.

Itu Bukan MahukuWhere stories live. Discover now