Sarra ' s POV
Tadi POV si Amy pening kan?
Kali ni kita sambung penyakit om sisku pening tu.
Tapi penyakit ni bukan kena si Sarra.
Tapi Shah.
"Sarra, belum puas?" soal Shah, memandang wajah ceria gadis itu saat menerima pelbagai jenis makanan.
Sarra spesies semut. Dia akan mengambil satu jenis makanan, tetapi dia akan mengambil semua makanan.
Dalam erti kata, satu sahaja tetapi banyak.
Alaa, belajar kan pola jujukan dalam matematik. Janganlah tanya author macam mana.
Sebab author pun tak terrer matematik.
Ha, jangan kecam okey. Sambung balik cerita.
Shah mengurut kepalanya. Tangannya penuh dengan makanan Sarra. Bagi gadis itu, masih tak cukup kuantitinya.
"Kali ni kita nak makan apa lagi?" Soal Sarra, melilau mata mencari kedai makan dengan wajah manis.
Manis dengan pelbagai campuran jenis makanan.
"Jom makan di chicken rice restaurant. Aku lapar lagi ni" ajak Sarra, mengangkat lengan berat Shah supaya berdiri.
"Sarra Nayya, kau dah makan berapa jenis makan? Takkan tak kenyang lagi? Nanti muntah macam mana?" Shah menunjukkan sisi prihatinnya kepada Sarra.
"Kau rasa cukup ke ni? Taknak aku beli barang mahal kalau pakai pun kena hati-hati. Food is heaven for me. Duit bukan senang nak cari, jadi sebaiknya aku guna duit tu untuk beli makanan. Sebab makan tu satu keperluan kan? Barang jenama tu suatu keinginan. Sekarang ni aku tak nak barang mahal. Aku nak makan sepuasnya!" lebar sahaja bicara Sarra dengan akal minda yang cerdik.
Shah mengangguk faham. Tak boleh sangkal jugak, Sarra yang kelihatan suka bermewah tu hanyalah sisi fizikal. Bukannya mental.
Sebab mental dia fikir nak makan je. Bukan sebab keperluan. Tapi nafsu makan dia tu meluat sampai banjir mall tu.
Shah layan. Lagipun, jika dikira kuantiti harga yang mereka guna untuk beli makanan hanya sikit.
Ye, walaupun makanan yang dibeli Sarra ni sejenis makan yang boleh dikategorikan sebagai mahal.
Mungkin cecah bajet RM200?
Ha, faham-fahamlah perasaan perempuan bila dapat makanan. Tak kisahlah RM1,000 diorang labur.
Mungkin keperluan. Tapi tu nafsu.
Waniey ' s POV
Waniey meneliti setiap design jam tangan tersebut. Wajahnya kelihatan serius, tak habis-habis menonjolkan kerutan tebal di dahi.
Sampai kening yang tak bersambung pun boleh bersambung.
Hish, hish, hish.
"Waniey"
Seseorang memanggilnya dengan suara semput.
"Hah?"
Waniey memandang Xavier dengan jungkitan kening terukir.
Lelaki ni baru habis sesi larian marathon ke apa?
"Kita dah round tempat ni untuk kali ke-6, Waniey. Tapi satu pun kau belum dapat. Aku penatlah nak main roundabout di sini" adu Xavier, terduduk tanda penat.
"Haa, duduklah dulu. Nanti aku panggillah" mata Waniey masih lagi mencari jam tangan yang sesuai dengan cita rasanya.
10 minit kemudian
YOU ARE READING
[S2] THE SONRAKI ✓
Action✿ *✧-2nd peonylimette land-✧*✿ ▶They come back.◀ W A R N I N G ❗ - Mature Content . - There'll be scene brutal and violence . - Gonna have a strong languages . - Stealing the work of a person is unlawful . - Mistakes with some words , english lan...