After 2 month
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
Malaysia
Setelah kesihatan Sarra menjadi stabil, gadis itu dihantar ke Malaysia semula untuk ditempatkan ke hospital swasta.
Sarra masih seperti itu. Tidak memberikan sebarang petanda untuk bangun setelah sekian lama mereka semua menunggu dia sedar.
Selepas mendapat khabar daripada Tuan Aidil, Tuan Beckham dan Puan Sofea bergegas untuk melawat anak-anaknya di hospital.
Tidak ketinggalan, Syamie turut serta mengikut untuk melihat keadaan Sarra.
Walaupun rakan-rakan jejaka itu turut serta, mereka masih belum menjumpai kekasih mereka sendiri. Yang mereka terlihat hanyalah Sarra yang terlantar di wad VVIP.
**※💎6 generations [S]💎※**
DEXSAA ' s POV
Rumah
Arden menguak pintu rumah tersebut lalu mengucap salam. Tetapi malangnya, keadaan rumah sunyi sepi bukan yang diharapkan oleh mereka.
Mana Shah?
"Shah? Mana kau?" soal Dhafiq, mula memasang suis lampu dan aircond. Keadaan rumah ketika itu kemas dan tidak bersepah. Sama seperti sebelum mereka terbang ke London.
Hanya habuk dan sesawang yang membuat sarang di setiap penjuru rumah.
"Takkan Shah tempah hotel?" Xavier mengatur langkah menuju ke tingkat atas. Bilik Shah dikuak dan seperti yang disangkanya, pintu bilik itu tidak tertutup.
Sebaliknya, bilik itu kosong dan tidak terlihat bersepah. Keadaan bilik bersih dan teratur seperti tiada pemilik yang menggunakan bilik tersebut.
"Ih?" Xavier terlihat kotak berwarna biru muda yang terletak elok di atas katil Shah.
Tanpa membuang masa, penutup kotak itu dibuka lalu dibelek isinya. Xavier yang terlihat salah satu isinya tersentak. Tangannya menggelentar sebelum dia melaung nama rakan-rakannya.
"Kenapa Xavier tu?" soal Adam, pelik mendengar nama mereka semua dipanggil.
"Entah" mereka menjawa serentak lalu mengangkat bahu tanda tak tahu.
Tiba sahaja mereka di bilik Shah, mereka terlihat Xavier sedang meraup wajahnya. Pelik melihat perubahan mengejut Xavier, mereka mula tertarik dengan kotak biru bersebelahan jejaka itu.
"Apa ni?" soal Ethan, pelik. Sepucuk surat yang tertulis namanya diambil lalu dibuka. Setiap bait tulisan yang dicoret dibaca dengan penuh fokus sebelum jiwanya tersentak.
"Weh Xavier, jangan cakap Shah-"
"Yes, he is." sebelum menamatkan soalan Ethan, Xavier terlebih dahulu menjawab dengan bunyi esakan jantan keluar.
"Weh, apa ni?" Arden seolah-olah tidak percaya. Seluruh bilik Shah digeledah agar kenyataan yang menyakitkan itu tidak nyata.
Tetapi malangnya, takdir telah menentukan keadaan mereka.
"Shah, apa yang kau buat ni?" Adam menggenggam kuat cadar katil Shah. Tangisan jantan yang mahal itu keluar dengan spontan membuatkan mereka semua mengeluarkan tangisan.
YOU ARE READING
[S2] THE SONRAKI ✓
Actie✿ *✧-2nd peonylimette land-✧*✿ ▶They come back.◀ W A R N I N G ❗ - Mature Content . - There'll be scene brutal and violence . - Gonna have a strong languages . - Stealing the work of a person is unlawful . - Mistakes with some words , english lan...