◈T R U T H [SC]◈

441 39 26
                                    

Special Chapter ❤ !

Semua berkumpul di GH dalam keadaan tenang. Masing-masing bersabar dengan ketibaan 6G yang lambat tiba.

"Sorry guys, lambat" sapa Waniey, menguak pintu rumah mereka lalu tersengih kecil.

"Ha, apa sebab kau panggil kami kat sini Waniey?" Soal Aleeza, pelik saat dirinya dipanggil mengejut oleh Athiyah melalui applikasi Whatapps.

"Korang tak nak upah ke?" Soal Athiyah, terjungkit kening sambil tersenyum senget.

"Of course aku nak" sampuk Edzhar dengan nada teruja. Dia pada mulanya bersandar di sofa, teralih seketika.

"Well, kita start dari kumpulan aku dulu" Athiyah menggeledah beg sandangnya sebelum tersengih comel.

"Nah, sorang ambil satu" Athiyah memberikan sesuatu kepada anak buahnya. Masing-masing pelik melihat upah mereka.

Ni ke?

"Boss, mana boss dapat?" soal Syamzizi, curiga melihat hadiah daripada ketuanya.

"Curi" jawab Athiyah dengan bersahaja.

"Jap boss, curi dari mana?" kali ni, Danny pula pelik dengan jawapan pendek Athiyah.

Tersirat sangatlah.

"Sebenarnya, benda ni berlian asli daripada barang ternilai yang ditinggalkan oleh generasi Queen Elizabeth Alexandra. So, kalau nak tukar nilai benda ni, dipersilakan." jelas Athiyah, memandang DEXSAA yang memerhati.

"Jadi, pihak atasan tak perasan?" soal Sazwan, gerun.

"Of course tak. Arwah Shah, Aleeza dan Edzhar buat kerja baik punyalah. Diorang pasti sangka berlian palsu tu sebenarnya berlian asli." Athiyah menyakinkan anak buahnya, lalu ditepuk bahu Sazwan dengan lembut.

"Kumpulan Ev lagi" panggil Athiyah dengan suara normal tetapi kuat. Anak-anak buah Eva datang ke hadapannya dan menerima upah mereka dengan senang hati.

"Aik, tak membantah ke?" perli Eva, terjungkit kening lalu tersenyum nakal kepada anak buahnya.

"Redha" balas mereka berempat serentak dengan sengihan panda terlontar.

"Kumpulan Amy"

Zaqib laju ke hadapan lalu menadahkan tangannya dengan hormat. Amy yang melihat menutup wajah dan menggeleng kepala.

"Anak buah aku ni tamak tho" bisik Amy kepada Eva di sisinya.

"Kumpulan Sarra"

Tidak seperti kumpulan lain, Farhan seorang sahaja berdiri dari duduknya lalu menadah tangannya dengan riak wajah ketat.

"Aik, yang lain tak nak?" Soal Athiyah, ragu-ragu mahu memberikan berlian tersebut.

"Dia wakil" beritahu Gombus dengan nada datar.

"Kumpulan Waniey?" Athiyah memandang anak buah Waniey yang berdiri dari duduk dengan langkah lambat.

"Lambat, tak dapat" ugut Athiyah, membuatkan anak buah gadis pendek itu berlari laju untuk mendapatkan ganjaran masing-masing.

"Kumpulan Dayyon" Athiyah tergelak jahat melihat Fauzy yang beria-ria menjadi wakil untuk mengambil tetapi dibantah keras oleh rakan-rakannya.

Senang cerita, mereka berebut mahu menjadi wakil supaya dapat mengambil bahagian berlian yang besar diantara mereka.

"Taknak, aku ambil" Dayyan yang berua-rua mahu berdiri menjadikan kesemua anak buahnya berlari lintang-pukang kearah Athiyah.

"Thank you! Thank you!" ucap mereka berempat serentak lalu kembali ke tempat duduk dengan reaksi gembira.

[S2] THE SONRAKI ✓Where stories live. Discover now