Kini, berlian tulen itu berada di tangan Dhafiq. Di dalam poket kotnya sementara matanya meliar mencari Arden pula.
'Weh, congrats tau dapat berlian tu. Ketiga-tiga plan kita gerak free tau. Terbaek!' - Adam
'Congrats!' - Amy
Dhafiq hanya tersenyum saat mendengar pujian yang diberikan olehnya daripada dua hackers tersebut.
Bangga jap.
Disaat kepalanya tertunduk menghadap watch security-nya, dia terlihat Dave dan Xavier. Wajah Dave yang kemerahan itu dapat diagak oleh Dhafiq sendiri.
'Hebat betul resepi si Athiyah buat sampai si Dave pun terberak dek sakit perut yang melampau' bisik hati kecil Dhafiq ketika itu.
Yelah, kau boleh bayangkan tak betapa sengsaranya nak mengeran lepastu kentut kau tak habis-habis terlepas? Dan benda paling tak boleh go ialah, sewaktu kau terkentut tu, bau toksik nuklear muncul.
Perghhh, boleh hilang oksigen dalam tandas lelaki tu sebab bau toksik nuklear tu masih ada.
Dhafiq terlihat Arden yang sibuk memakan macaron di meja makanan. Wajah jejaka itu terlihat rungsing hanya disebabkan?
PILIH MAKANAN SAHAJA !
Dhafiq menuju kearah Arden lalu belakang badan jejaka itu dicuit. Berlian yang berada di dalam poket kotnya diletakkan ke dalam poket kot Arden pula.
Sempat juga Dhafiq berbisik sesuatu sebelum berlalu pergi daripada tempat makanan tersebut.
"Huh, dia suruh aku pass pujian tu dengan yang lain ke?" Arden mencebik tanda menyampah sebelum matanya meliar mencari Athiyah pula.
Tadi sepertinya dia terlihat rambut persis gadis itu di salah satu seni arca dewa Yunani. Ataupun, adakah itu kembar Athiyah yang seiras rambut tapi tak seiras muka?
Dan,
Syukur alhamdulillah, itu ialah Athiyah tulen. Bukannya Athiyah kedua mahupun ketiga.
Ketika Athiyah terlihat Arden yang mahu menuju ke situ, sengaja langkah gadis itu menghampiri. Ini untuk memastikan tiada sesiapa perasan mereka berdua di situ.
Sudahlah suit lelaki sorang ni menyerlah sangat. Taulah watak yang dipikulnya itu seorang yang seksi.
Ceh, bila fikir tentang seksi mesti warna merah. Apeketehelah author ni.
Ketika berpampasan, berlian tersebut sudah bertukar tangan. Athiyah yang memegang dompet berjenama Jimmy Choo Sweetie Glitter Acrylic Clutch Bag berwarna Blue Navy di sebelah kanan, kini bertukar.
Mujur sahaja gaunnya itu mempunyai poket. Mudah untuknya bagi menyorok berlian itu dari khayalan ramai.
Kini, Athiyah perlu mencari Dayyan pula. Matanya tak cukup banyak untuk mencari Dayyan di dalam dewan yang dipenuhi dengan 300 tetamu VVIP jemputan.
'Dayyan di sebelah kanan kau. Di tempat pancuran air' - Adam
"Thank you Dam" ucap Athiyah, halus lalu berjalan menuju kearah pancuran yang dimaksudkan oleh jejaka tersebut. Badannya tak habis-habis meliar demi mencari gadis tinggi tersebut.
YOU ARE READING
[S2] THE SONRAKI ✓
Ação✿ *✧-2nd peonylimette land-✧*✿ ▶They come back.◀ W A R N I N G ❗ - Mature Content . - There'll be scene brutal and violence . - Gonna have a strong languages . - Stealing the work of a person is unlawful . - Mistakes with some words , english lan...