Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
6G melilau mata, mencari enam gerangan jejaka yang masih dalam perjalanan menuju ke KLIA.
Normallah kalau perempuan menunggu, tapi lagi gentlemen bila lelaki yang tunggu.
Takpe, bagi chance dulu.
Sarra yang masih dalam keadaan mengantuk, menggaru telinganya.
Hukum Adam sebab buat onar semalam.
Flashback
Sarra mendail nombor Shah, tetapi suara serak basah yang comel menyerbu pendengarannya.
"Hello?" Sang penerima bertanya.
"Shah mana?" Soal Sarra, pelik.
"Shah kat jamban. Adam in da call" suara serak basah yang comel milik Adam kedengaran membuatkan Sarra membuat wajah cemberut.
"Kenapa call?" Soalan Adam menyedarkan Sarra yang tergumam sendiri.
"Bawak DEXSAA semua ke GH sekarang" Sarra menutup talian saat namanya dipanggil di dapur oleh pemanggil bernama,
Amy Dyena.
**☆🌙🌙☆**
"Assalamualaikum" satu suara garau datang daripada luar pintu utama. Athiyah yang baru sahaja mahu melangkah ke sinki, tersentak.
"Waalaikumussal-" Athiyah memandang pelik kearah enam jejaka di hadapannya.
"Welcome to our house for the second time. Ohh, except both of you" Athiyah menjuih bibir kearah Shah dan Ethan.
"Masuklah" Athiyah mempelawa, lalu menutup pintu. Suaranya nyaring memanggil nama rakan-rakannya yang sibuk berkurung di dalam bilik.
"JAP BAHENOL!"
Satu persatu turun daripada bilik, melangkah maju ke ruang tamu yang diduduki oleh enam tetamu.
Yang telah diundang oleh Sarra tanpa pengetahuan yang lain.
"Ha, kenapa?" Soal Arden, pelik melihat wajah 6G.
Aik, kenapa macam ada sinaran silau ni?
"Macam ni. Aku ada bagitau kan kita ada misi lain di luar negara. So, siap sedia packing baju untuk 27 ha-" ayat Amy terbantut saat suara Waniey kedengaran.
"Alang-alang, baik bawa baju sebulan" tindakan Waniey mengundang pukulan sayang daripada Amy.
Bravo, Amy sayang Waniey.
"Kita bertolak ke London minggu depan, hari Selasa. No excuse for this time" Amy menyambung percakapannya, lalu diiringi dengan wajah terbuntang DEXSAA.
"Kau serius lah? Minggu depan dah bertolak? Aku yang tak ready pun terkena serangan fizikal tau!" Adam menerjah mereka semua dengan suaranya yang nyaring.
"Ckk, kau diam boleh tak!" Sarra menampar kepala Adam, geram rasanya apabila dia menjadi orang pertama yang menadah telinga mendengar jeritan lelaki tersebut.
"Sorry, sorry. Teruskan"
"Flight kita jam 9:50 pagi. So, berkumpul di airport jam 9 pagi. Check in jam 9:30 pagi, jadi tak kelam kabut" Athiyah menyampuk dengan lagak seorang guru.
YOU ARE READING
[S2] THE SONRAKI ✓
Action✿ *✧-2nd peonylimette land-✧*✿ ▶They come back.◀ W A R N I N G ❗ - Mature Content . - There'll be scene brutal and violence . - Gonna have a strong languages . - Stealing the work of a person is unlawful . - Mistakes with some words , english lan...