◈Bab 29 [S]◈

212 30 0
                                    

BS Hotel Empire

Author: macam cerita buku pertama, Tuan Beckham memang ada cawangan hotel yang terbesar di dunia. So, memang tak boleh lupalah kalau kat London pun ada satu.

"Korang nak ambil berapa bilik?" soal Shah, memandang takjub saat matanya terlihat hiasan gah di lobby room.

"Tiga je. Jangan mengada nak ambil VVIP room. Gila kau mahal, kita ambil platinium room je" Sarra bersuara sambil membaiki switernya.

"Aik? Pulak dah? Ada berapa jenis bilik ni?" Xavier mula naik pening.

"Ada tiga tahap, bukan jenis. Okeylah kalau nak cakap jenis, tapi orang ternama panggil tahap. Ada platinium, master dengan VVIP. Macam yang korang dengar, platinium ialah tahap paling minimum. Lepastu, VVIP tahap paling maksimum. Jimat duit, kita guna 3 bilik platinium je" Waniey menjelaskan dengan lebih terperinci.

"Kau baca dari google tu kan?" Amy menembak sambil tersenyum sinis kearah Waniey.

"Hish, diamlah!" Waniey menjeling Amy yang menahan gelak sinisnya. Tak dapat elak, mata rakannya itu tajam melihat aksinya.

"Miss"

Seorang penjaga kaunter menoleh mereka semua dengan sekuntum senyuman. Matanya yang berwarna biru itu menghiasi wajahnya yang sedikit pucat.

"Yes, may I help you?" Soalnya.

"Do you have a platinium level room for us?" Athiyah tersenyum memandang pekerja papanya yang manis itu.

"Yes, we do. $200 dolar for 1 night. How much?" Jawabnya dengan lancar.

"3, for 15 days"

"Wait for a minutes"

Penjaga kaunter tersebut menelefon seseorang sambil berbincang sesuatu sehingga pekerja tersebut tersenyum.

"These your keys. Total overall is $9000 dolar" jumlah tersebut membuatkan wajah DEXSAA dan dua kembar itu terlompong.

"Weh, seriuslah? Korang sanggup bayar beribu-ribu untuk 3 bilik? Baik tempah hostel" Adam seolah-olah tidak percaya dengan kuantiti tersebut.

"Ckk, kau nak cari hostel mana lagi petang macam ni?" Dayyan mencebik memandang Adam, tidak habis-habis dengan protes.

"Percayalah. Amount ni lagi rendah di Malaysia. Biar kami tangguh. Aku dah maklumkan dengan papa tentang ni." Kali ni Eva pula menjawab.

DEXSAA dan dua kembar tersebut hanya mengangguk akur. Tidak mahu dimarahi lagi teruk, mereka terima sahaja tawaran tersebut.

Kad pengesan berwarna gangsa tulen itu diberikan kepada Isaac dan Arden. Masing-masing terlopong melihat kad tersebut.

"Aku rasa kalau di master mesti warna perak. Lepastu VVIP warna emas" Arden berbisik, disusuli dengan anggukan Adam tanda benar.

"Dah, jom naik" Masing-masing mengangkut dua bagasi mereka menuju ke mega lif. Tingkat ke 4 dituju.

"Mesti di tingkat atas VVIP punya" Arden menyambung bisikan perlahannya kepada Adam.

Tak habis-habis dengan perasaan takjub diorang.

Kad tersebut di-scan untuk membuka pintu yang khusus. Isaac, DEXSAA dan 6G berlalu masuk ke bilik untuk merehat.

"Huh, penat" adu Sarra, melabuhkan diri di sofa panjang sambil memejamkan mata.

Nikmatnya melihat permandangan kota London yang hampir disinari dengan cahaya malam dan lampu neon yang semakin bersinar sambil menikmati secawan esspreso.

[S2] THE SONRAKI ✓Where stories live. Discover now