Sarra menghela nafas setelah melepaskan beberapa das tembakan kearah paha Dave. Lambat sikit, boleh hilang nyawa Athiyah jadinya.
"Hoi, asal lambat?" soal Eva, menjeling Sarra yang serba hitam. Sudahlah dia satu-satunya yang memakai pakaian rasmi mereka semua.
"Sorry weh, aku singgah Mcd lagi" jawab Sarra sambil tersengih.
Dan,
Menerima satu hadiah kasih sayang daripada Athiyah.
"Senangnya kau makan, kami pulak terpaksa hadap diorang ni" Athiyah menyindir sambil meniup sikunya. Sakit rasanya lepas luku kaki Sarra ni.
"Dah, lepaskan kami" pinta Amy, sambil menggoyangkan tangan belakangnya yang diikat dengan tali coklat tebal.
"What the?" Syasya tergetar sambil memegang bibirnya. Wajah rakan-rakannya ditatap lama dengan pandangan gerun.
Sarra terlalu merbahaya untuk mereka.
Psikonya lebih tinggi berbanding mereka semua.
Oh tidak, larilah kalau macam ni.
"Arghh, aku peduli apa!" Risya berdiri dari duduknya. Rambutnya yang disanggul dikusutkan lalu pantas merampas pistol Dave dengan tangan menggelentar, cuba mengacukan pistol kearah Sarra yang memandangnya.
Sarra diam tidak bergerak. Dia hanya memberikan pandangan dingin dan kosong sebelum satu das tembakan mengena kearah dada Risya.
Lalu, senyuman Sarra lama-kelamaan semakin lebar. Pandangannya terlalu fokus kearah badan Risya yang dibanjiri darah pekat yang mengalir perlahan-lahan.
Puas, biarpun bukan menggunakan tangannya sendiri.
"Weh, kau guna kuasa apa siak?" soal Waniey, pelik melihat pistol Sarra yang tidak berganjak di poket seluar jeansnya.
"Aku ada kuasa boboiboy kot?" gurau Sarra lalu tergelak mendengar lawak hambarnya, dan disusuli dengan wajah tak puas hati rakan-rakannya.
"Beb, sekarang bukan masanya untuk bergurau" Dayyan menegur dengan wajah menyampah ditayang. Huh, waktu genting macam ni jugak lawak masuk.
"Hey you!"
Semua mata memandang kearah Dave yang dipapah oleh Kate. Wajahnya merah menahan sakit di paha sementara Kate menayangkan wajah geram.
"Where's the real diamond? Tell me now! Or, I have no choice to kill one of your friends!" ugutnya dengan mengarahkan salah satu daripada empat security protectornya untuk mengacukan pistol kearah kepala Dayyan.
"Huh, aku pulak jadi mangsa keadaan" Dayyan merungut selepas menjeling wajah security protector tersebut lalu menghadiahkan sekotak jeliran lidah yang menyakitkan jiwa dan batin apabila dilihat.
Aduhai, sabar hati.
"Oh, you mean-"
Sarra mengeluarkan sesuatu daripada poket hoodienya lalu dihalakan kearah Dave dan Kate dengan wajah selamba ditayang. Tidak dilupakan, sengihan comel terpampang di muka Sarra ketika itu.
"Woi Sar, kau jangan. Penat tau kita kerah tenaga nak plan benda ni. Jangan kau main bagi je ek" Athiyah menggugut, matanya terbuntang saat melihat tangan Sarra yang mahu memberikan berlian tersebut kearah Dave yang menghampiri.
Ethan yang berada di belakang, terdiam, terkedu, terkejut, dan semua 'ter' dia keluarkan. Dia seolah-olah putus asa melihat kerelaan Sarra saat memberi berlian itu,
Walhal, tugasan pertama mereka hampir selesai.
APEKAH!?
Sarra tersenyum jahat sebelum melambung tinggi berlian tersebut sehingga rakan-rakannya terlompong besar.
YOU ARE READING
[S2] THE SONRAKI ✓
Action✿ *✧-2nd peonylimette land-✧*✿ ▶They come back.◀ W A R N I N G ❗ - Mature Content . - There'll be scene brutal and violence . - Gonna have a strong languages . - Stealing the work of a person is unlawful . - Mistakes with some words , english lan...