Dayyan ' s POV
Dayyan menahan kedua tangannya di bahu Rasyid sebelum kaki panjang gadis itu mengena wajah pengawal yang cuba bermain taktik kotor.
"Huh, nak tunjuk kuat tapi diri tu belum cukup untuk lawan kami" ejek Dayyan, menghembuskan nafas berat selepas dijeling pengawal tersebut.
"Too easy lah men" bicara Dayyan, sambil bercekak pinggang menghadap Fauzy di hadapannya.
"Boss, jangan selfish sangat" celah Qairul, naik muak melihat ketuanya itu sedang bermesra dengan Fauzy.
Huh, mengaku yang tak menonjol.
"Eleh, easy kunu. Jadi boss, nak buat apa dengan 39 orang ni?" soal Aldous, sempat memandang kedua rakannya yang saling membalas jelingan sebelum matanya teralih kearah Dayyan yang berfikir.
"Aku rasa aku nak bakar semua" cadang Dayyan, memasang riak wajah selamba sambil mengulas dagunya.
"Okey, ada pistol api tu?" Aldous memandang rakan-rakannya yang saling berkomunikasi menggunakan isyarat yang tidak memuaskan hati
Huh, waktu macam ni jugak barang tu tak dibawa. Bila diangkut sekali, tak digunakan langsung barang tersebut. Terperap je dalam beg busuk.
Eh, mengaku plak.
"Eh kejap-" Dayyan berkerut memandang pengawal yang dikepung cepat lalu bibirnya berbicara halus. Jarinya ditunjuk setiap pengawal itu lalu menyengetkan kepalanya pula.
"Mana seorang lagi?" soal Dayyan, memandang anak buahnya dengan anak buah Amy silih berganti.
"Err... itu kami tak perasan sangat" jawab Rasyid sambil menggaru belakang tengkuknya.
"Aduh, cari dia sampai jumpa sekarang!" arah Dayyan, meraup kasar rambut depan yang mengganggu penglihatannya.
"Okey!" sahut mereka semula, memulakan operasi mencari seorang pengawal yang berjaya melarikan diri daripada pengawasan Dayyan.
Ketika itu, Dayyan sedang menendang sampah yang berselerak sambil bersiul pendek. Gaun hitam yang menyarungi badannya ditatap sebelum melepaskan satu helaan nafas.
"Waktu macam ni baju aku nak terkoyak bagai. Aku bakar sat lagi pengawal semua tu" bebel Dayyan, menepuk gaunnya daripada habuk melekat.
Tiba-tiba,
"BOSS!"
BANG!
"Urgh!" Dayyan berdecit halus tetapi nyaring saat satu peluru menembusi bahunya ketika dia tidak sedar akan kewujudan seseorang di belakang.
Dia terduduk sambil menggenggam bahunya dengan erat. Gadis itu menoleh dengan tatapan geram.
Dan, memang betul apa yang disangkalnya.
Seorang pengawal yang berjaya bersembunyi di sebalik longgokan guni berisi simen hanya tersenyum sinis sambil meniup hujung pistol tersebut.
"KAU!" Naazreen menjerit lantang lalu merentap kasar kolar baju pengawal tersebut. Mata mereka bertemu dan saling membalas tatapan tanda tak mahu mengalah.
"Boss okey?" soal Fauzy, mendapatkan Dayyan yang cuba mengambil nafas. Gadis itu mengangkat tangan sambil tersenyum tanda okey. Sempat juga dia menjeling kearah pengawal yang tersenyum sinis kearahnya.
"Weak."
Dayyan menangkap satu bicara dan yang pasti, perkataan itu pantang muncul dalam kamus keperibadian Dayyan sendiri.
Lemah? Hanya sebab dia perempuan, dia telah dianggap lemah? Jadi, usaha yang Dayyan kerah untuk menangkap mereka semua itu tidak terhitung ke untuk mereka?
YOU ARE READING
[S2] THE SONRAKI ✓
Action✿ *✧-2nd peonylimette land-✧*✿ ▶They come back.◀ W A R N I N G ❗ - Mature Content . - There'll be scene brutal and violence . - Gonna have a strong languages . - Stealing the work of a person is unlawful . - Mistakes with some words , english lan...