Bahagian 1

299 15 0
                                    

Srettttt....

Kotak coklat yang berukuran sederhana besar itu diseret sehingga ke sudut bilik tidurnya.

"Yeayy! Siap pun kemas." Emily tersenyum puas apabila melihat barang-barang di rumahnya itu tersusun kemas setelah seharian dia mengemas rumah tersebut. Sesekali dia menepuk tangannya untuk membuang sisa-sisa debu yang melekap.

Hari ini merupakan hari kedua dia berpindah ke rumah barunya. Ini kerana, rumah yang dibelinya itu lebih dekat dengan cawangan restoran yang baru sahaja dibukanya bulan lalu.

Perniagaan yang diusahakannya sangat menguntungkan dan akhirnya dia mewujudkan cawangan-cawangan restoran di negeri lain juga.

Setelah selesai mengemas, Emily meronda-ronda kawasan rumah tersebut. Rumah agam yang dicat putih itu sangat besar dan luas. Di luarnya,terdapat laman rumah yang dipenuhi dengan pokok bunga dan terdapat satu buaian yang digantung di sebatang pokok besar di hadapan rumah itu.


CATATAN MISTERI [C]Where stories live. Discover now