13 Ogos 2013
Aku menatap wajah Adam di frame gambar perkahwinan kami. Semalam aku mendapat panggilan dari Adam. Dia terpaksa outstation lagi.
Katanya, tempat kerjanya di sana mengalami masalah dan dia perlu menyelesaikannya dahulu.
Aihh..terpaksalah aku tidur sorang lagi malam ni. Nak ajak mama kan,kesian pula. Maklumlah, mama dah tua dan aku tidak mahu menyusahkannya. Nak tidur kat rumah mama kan, aku rasa malas. Yalah, aku lebih selesa tidur di rumah sendiri daripada di rumah mama.
Lagipun, di rumah mama ada Kak Fatin dan suaminya. Mereka tinggal bersama mama kerana kewangan mereka belum stabil dan mereka masih lagi tidak mampu membeli atau menyewa rumah sendiri.
Aku tidak berapa selesa jika bertemu suami kak Fatin, abang Ikram. Mungkin kerana sikap abang iparku yang terlebih mesra dan selalu bergurau tak kena tempat.
Pernah suatu hari tu, masa aku tengah memasak di dapur, abang Ikram memeluk aku dari belakang. Terjerit aku masa tu. Kak Fatin dengan mama pula tak ada kat rumah masa tu.
Ayah macam biasa, pergi berkebun pagi tu. Aku memarahinya namun dengan selamba dia cakap sambil tersengih-sengih yang dia tersalah orang. Dia ingatkan aku ni kak Fatin.
Jahanam punya jantan!
Lepas kejadian tu,aku terus akward dengan dia. Kalau boleh aku akan mengelak dari berjumpa dengannya. Sebab tu, aku jarang pulang ke rumah mama.
Aku mencapai telefon dan mendail nombor kawan baikku, Tasha. Dialah satu-satunya kawan yang aku ada yang masih setia dengan aku dari sekolah menengah sampailah sekarang.
Kawan-lain lain semuanya dah renggang kerana sibuk dengan kehidupan masing-masing.
"Hello, assalamualaikum." Tasha mengangkat panggilanku setelah beberapa kali tidak menjawab.
"Waalaikummussalam Tasha. Kau free tak malam ni?"
"Sori Ira. Malam ni aku busy. Aku ada kat tempat lain sekarang ni. Tengah siapkan kerja sikit." Jawapan yang diberikan Tasha itu mengecewakan aku. Baru ingat nak ajak Tasha teman aku malam ni.
"Kenapa Ira?" Tasha menanyakan soalan kepadaku.
"Tak, aku ingat nak ajak kau teman aku malam ni. Adam tak ada malam ni. Dia keluar outstation."
"Oh yeke, Ira?ala..aku minta maaf sangat. Aku memang tak boleh temankan kau. Bos aku nilah! banyak sangat kerja yang dia bagi kat aku sampai tak menang tangan aku nak buat semua ni." Kesian pula aku dengar rungutan Tasha tu.
"Tak apalah Tasha. Kau siapkanlah kerja kau tu. Sori kacau kau."
"Habis tu, kau okay tak tidur sorang-sorang malam ni?"
"Okay je Tasha. Don't worry hehehe..." Sengaja aku gelak bagi menutup kebimbangan pada Tasha itu. Dan mungkin juga untuk menenangkan hatiku yang makin resah ini.
Tiba-tiba pula aku dibayangi dengan mimpi yang aku alami sebelum ini.
"Baguslah kalau macam tu,Ira. Aku letak phone dulu ya? Aku kena siapkan banyak kerja ni. Jaga diri baik-baik tau? Jaga juga kandungan kau tu elok-elok. okay?kalau ada apa-apa, kau call je aku. Okay?" Panjang lebar nasihat yang diberikan Tasha sebelum dia mematikan panggilan.
"Anakku, doakan ibu kuat untuk menghadapi semua ini ya?" Aku mengusap baby bumpku dengan penuh kasih sayang.
***************************************
Aku terbangun dari bangunku. Basah lencun bajuku dek kerana peluh yang membasahi diriku. Jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi.
Ya, sekali lagi aku mimpikan perkara yang sama. Perempuan yang sama dan keadaan diriku yang berdarah itu.
Apakah petanda untuk semua ini Ya Allah?
Prangg!!!
Aku dikejutkan dengan bunyi pinggan mangkuk yang jatuh itu lagi. Aku hanya diam kaku,tak tahu nak buat apa.
Hatiku kuat mengatakan,bunyi tu bukan dari kucingku, Milah. Takkanlah setiap malam ada bunyi yang sama dan pada masa yang sama?
Tokk...tokkk..tokkkk..
Ketukan di tingkap kacaku mengejutkan aku. Spontan, aku memandang tingkap kaca bersebelahan kananku.
Kedudukannya yang agak jauh dariku menyebabkan aku perlu melangkah keluar dari katilku untuk melihat apa yang telah mengetuk tingkapku itu.
Perlahan-lahan, aku menyelak langsir merah yang menutupi tingkap kaca itu.
Namun, sebaik sahaja aku menyelak langsir tersebut, tiada apa pun yang kelihatan di sebalik tingkap tersebut.Aku salah dengar kot.
Sebaik sahaja aku menutupi tingkap kaca dengan langsir itu, telingaku menangkap ketukan daripada luar pintu bilikku.
Biar betul? Siapa pula yang main ketuk-ketuk ni? Dalam rumah ni,aku sorang je yang ada. Takkanlah...
Aku segera menuju ke katil dan menyelubungi diriku dengan selimut. Peluh yang sudah kering tadi kini membasahi diriku semula. Ketukan pintu itu semakin kuat dan semakin kuat.
Ketukan tersebut tidak berhenti-henti selama hampir 10 minit. Menggeletar seluruh tubuhku dan aku tidak tahu nak buat apa ketika itu. Aku blank. Aku hanya kaku di atas katilku.
Setelah ketukan itu berhenti, tombol pintuku pula berpusing-pusing seperti dipulas dari luar. Air mataku kini mengalir laju.
Aku berharap agar semua ini hanyalah mimpi. Namun hampa,kerana ianya tidak seperti yang ku harapkan.
Aku menyembunyikan diri di dalam selimut,berharap agar semua ini akan berhenti.
Setelah lima minit, suasana menjadi sunyi. Tiada lagi bunyi ketukan dan bunyi tombol pintu dipulas. Aku memberanikan diri untuk melihat ke luar selimut setelah membekukan diri untuk seketika.
Alangkah terkejutnya aku apabila melihat susuk tubuh seorang perempuan di hujung katilku. Ya, wajahnya persis perempuan di dalam mimpiku!
Aku menjerit sekuat hati dan akhirnya semuanya menjadi gelap gelita.

ANDA SEDANG MEMBACA
CATATAN MISTERI [C]
Mystère / ThrillerApabila janji dimungkiri, Nyawa menjadi galang ganti... Sebuah catatan misteri yang merungkai kisah hidup Nur Syafira yang sering diganggu dengan mimpi ngeri. Orang kata, mimpi tu mainan syaitan. Tapi...betul ke? Highest Ranking: #6 suspense #Exand...