Bahagian 10

111 10 0
                                        

7 November 2013

Hari ini, kandunganku sudah menginjak usia 8 bulan.

Bermakna, sudah hampir 3 bulan aku tidak mengalami gangguan. Setelah kejadian yang berlaku di rumah mama pada malam itu, aku tidak lagi didatangi atau diganggu perempuan misteri itu lagi.

Aku menghirup udara segar di halaman rumahku sambil menaiki buaian yang digantungkan pada pokok besar di depan rumahku itu.

Buaian itu digantung sendiri oleh Adam. Katanya, untuk memudahkan aku merehatkan diri sambil menikmati pemandangan hijau hasil daripada tanaman pokok yang pelbagai di laman rumah kami.

Tenang rasa hatiku apabila melihat pemandangan hijau dan tumbuhan yang hidup subur itu.

"Sayang, jom masuk dalam. Dah sampai masanya untuk minum ubat." Adam memimpin tanganku menuju ke dalam rumah. Dia memberikan secawan air yang berwarna coklat pekat kepadaku.

Setiap pagi, dia akan menyediakan air itu kepadaku. Katanya, ia adalah ramuan herba yang sesuai untuk ibu mengandung.

Baiknya kamu wahai suamiku.

CATATAN MISTERI [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang