15 Ogos 2013
Aku membuka mataku sambil menyapu air yang membasahi wajahku. Ini mesti wajahku disimbah dengan air ni.
"Ira,Ira dah sedar dah?! Syukur Alhamdulillah." Mama mendekatiku dan memeluk diriku sambil menangis kegembiraan. Ayah dan kak Fatin turut berada di sini.
Mama memberitahuku bahawa aku sudah pengsan selama dua hari dan dia menemuiku dalam keadaan pengsan di depan ruang tamu rumahku. Ketika itu, dia datang untuk melawatiku dan bertandang ke rumah kerana aku tidak menjawab panggilannya.
Kerana berasa tidak sedap hati, mama membuat keputusan untuk datang menjengukku di rumah.
Benarlah, firasat ibu itu kuat.
Tapi..kenapa mama menemukan aku di ruang tamu?sedangkan aku berada dalam bilik pada malam itu..
"Ira duduk kat rumah mama dulu ya? Mama bimbanglah kamu sorang-sorang kat rumah tu. Adam pun tak balik lagi ni." Mama memberikan cadangan tersebut tatkala melihat keadaanku itu dan aku hanya menuruti sahaja permintaannya itu.
Mama menanyakan aku apa yang sebenarnya terjadi namun aku hanya berdalih dengan mengatakan mungkin kerana aku sedang mengandung dan pengsan kerana penat.
Seboleh bolehnya, aku tidak ingin memberitahunya kerana tidak mahu membuatkan mama risau.

ANDA SEDANG MEMBACA
CATATAN MISTERI [C]
Tajemnica / ThrillerApabila janji dimungkiri, Nyawa menjadi galang ganti... Sebuah catatan misteri yang merungkai kisah hidup Nur Syafira yang sering diganggu dengan mimpi ngeri. Orang kata, mimpi tu mainan syaitan. Tapi...betul ke? Highest Ranking: #6 suspense #Exand...