Bahagian 13

112 9 0
                                        

28 November 2013

Siling putih yang menghiasi pandanganku hanya mampu kurenung kosong. perlahan-lahan, air mataku mengalir keluar.

Ya, bayi yang kunantikan selama ini kini telah pergi meninggalkanku.

Tanpa sedar, tanganku menggenggam kuat selimut yang membaluti tubuhku.

Ini semua salahku! Aku yang bodoh!

Mama memberitahu aku bahawa dia yang membawa aku ke hospital apabila menemukan aku dalam keadaan yang berlumuran darah. Ketika itu, Adam masih lagi tidak pulang ke rumah kerana sedang sibuk menyiapkan kerjanya di pejabat.

Sebaik sahaja aku sedar, mama memberitahu bahawa bayiku tidak dapat diselamatkan. Mama juga memberitahuku, sudah hampir seminggu aku tidak sedarkan diri.

"Sayang, makan sikit sup ni." Adam menyuakan sudu yang berisi sup ikan kepadaku. Namun, aku hanya diam membisu. Sudah hampir seminggu aku berkeadaan begini. Dan sudah hampir seminggu jugalah Adam sabar melayan kerenahku sepanjang di hospital ini.

"Maafkan Ira, abang." Aku menggenggam erat tangan Adam. Tidak sanggup rasanya aku melihat wajahnya. Sungguh, aku betul-betul menyesal dan malu dengan apa yang telah aku lakukan.

"Tak apalah Ira. Mungkin belum rezeki kita lagi." Sedikitpun tiada riak marah pada wajah suamiku itu. Hanya terpamer riak kecewa di wajahnya.

Walaupun dia telah mengetahui perbuatanku itu, namun dia tetap memaafkan aku.

Bahkan, dia turut menyalahkan dirinya kerana tidak mampu menghalangku kerana ketiadaannya di rumah ketika itu. Dia merasakan apa yang aku lakukan itu mungkin kerana aku stress dan kesunyian.

Betapa mulianya hatimu wahai suamiku.

CATATAN MISTERI [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang