12 March 2013
Aku menyusun gelas dan mangkuk dengan berhati-hati dan menyalakan 3 batang lilin di atas kek yang dihiasi dengan begitu indah. Setelah itu, aku memandang jam yang tergantung tinggi di dinding putih itu.
"Baiklah! Makanan semua dah tersedia. Eeii..tak sabarnya!"Aku memandang meja yang dipenuhi lauk-pauk kegemaran suamiku.
Hari ini merupakan ulang tahun ketiga perkahwinan kami. Tak sangka aku sudah menempuhi kehidupan sebagai seorang isteri selama 3 tahun. Begitu banyak kenangan manis dan pahit yang tercipta di dalam rumahtanggaku.
Aku memandang jam yang tergantung tinggi di dinding putih rumahku itu. Jarum jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Hari ini Adam overtime.
"Assalamualaikum." Aku segera menuju ke pintu depan untuk menyambut kepulangan suamiku apabila mendengar Adam memberi salam di luar rumah.
Adam- dia merupakan seorang lelaki yang sangat sempurna bagiku. Dengan fizikalnya yang tinggi lampai dan kacak serta senyumannya yang manis itu telah membuatkan aku terpikat dan mampu membuatkan aku cair setiap kali aku menatapnya.
Siapa sangka, crush yang aku idamkan ketika sekolah menengah dulu kini telah sah menjadi milikku. Sungguh, jodoh itu rahsia dan ketentuan-Nya. Kalau dah jodoh takkan ke mana.
"Surpriseee!!" Aku berkata setelah memimpin tangannya ke dapur dan mempamerkan meja makan yang telah terhias indah dengan taburan mawar dan nyalaan lilin hasil riasan tanganku yang telah aku sediakan sejak siang tadi lagi.
"suka tak? Ira masakkan masakan kegemaran abang sempena ulang tahun perkahwinan kita." Aku melembarkan senyuman yang paling manis kepada cik abangku ini.
"wah, sedapnya sayang. Abang pun dah lapar sangat dah ni." Senang hatiku melihat dirinya yang ceria tatkala melihat kejutan yang disediakan olehku. Wajahnya yang penat ketika masuk rumah tadi kini berganti keceriaan.
Berbunga hatiku tatkala Adam memuji masakanku yang sedap dan diriku yang cantik bergaun merah pada malam ini.
Aku akui,selama ini aku sudah jarang berdandan jika dibandingkan masa mula-mula kami berkahwin dulu.
Yalah, dulu aku bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat dan kebetulan aku menjadi setiausaha kepada salah seorang partnership Adam.
Dan bermula dari hari itu, aku banyak berjumpa dengan crushku itu atas urusan kerja.
Siapa sangka, aku menerima rombongan meminang daripada pihak Adam tidak lama selepas itu. Ternyata, bapa Adam merupakan kenalan rapat bapaku dahulu.
Setelah sebulan berkahwin dengan Adam, dia meminta aku berhenti kerja dan menjadi suri rumah sahaja.
Baginya, gaji yang dimilikinya sudah mampu menyaraku dan aku tidak perlu bersusah payah untuk bekerja. Dia ingin aku menumpukan sepenuh perhatian untuk rumahtangga kami dan menjaga anak-anak kami nanti.
Tapi...tulah, sampai sekarang kami masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.
Dan kerana cinta, aku ikutkan sahaja kehendaknya.
"sayang, abang minta maaf sebab abang tak belikan apa-apa hadiah pun untuk sayang. Abang betul-betul lupa hari ni ulang tahun kita. Abang minta maaf sangat sayang." Adam mengenggam tanganku dan diusapnya perlahan. Perasaan serba salah jelas terpapar di wajahnya.
"tak apalah abang. Ira tak harapkan apa-apa hadiah pun dari abang. Ira cuma berharap, abang akan sentiasa bersama Ira. Ira harap, kita akan bersama-sama menghadapi walau apapun dugaan yang menimpa dan takkan tinggalkan Ira."
Suamiku, sungguh engkaulah yang aku cintai dunia dan akhirat.
"abang janji, abang takkan tinggalkan sayang. Walau apapun yang berlaku, hanya sayang yang ada di dalam hati abang. Abang janji."
Terima kasih wahai suamiku.
Malam ini terasa begitu indah. Selesai makan, Adam mengajakku untuk menari bersama-samanya.
Aku menolak kerana aku tidak begitu pandai menari. Namun, Adam tetap berkeras untuk menari denganku. Dengan sabar, dia mengajarkan aku untuk menari.
Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman
Belai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmaraMm ... mm ... mm ... mm ...
Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh...Nyanyian merdu dari Seniwati Saloma itu membuatkan hatiku terbuai. Lagu ini merupakan lagu kegemaranku dan Adam.
Tarianku dihayun seiring lagu tersebut dan aku terbuai dalam dakapan suamiku. Oh Tuhan, begitu indah cinta yang kurasakan ini. Malam ini terasa bagaikan hanya untuk kami sahaja.
YOU ARE READING
CATATAN MISTERI [C]
Mystery / ThrillerApabila janji dimungkiri, Nyawa menjadi galang ganti... Sebuah catatan misteri yang merungkai kisah hidup Nur Syafira yang sering diganggu dengan mimpi ngeri. Orang kata, mimpi tu mainan syaitan. Tapi...betul ke? Highest Ranking: #6 suspense #Exand...