Bahagian 5

129 10 0
                                    

2 Ogos 2013

Aku membuang pandang di halaman rumahku. Tenang rasa hati ini apabila melihat pemandangan hijau yang luas terbentang pada pagi-pagi begini. Aku mengusap dengan lembut baby bumpku yang sudah memunculkan dirinya itu.

Hari ini, kandunganku sudah menginjak usia 5 bulan. Begitu cepat masa berlalu. Tidak ku sangka, tak lama lagi akan ada insan yang memanggilku dengan panggilan mama.

"Sayang, kenapa sayang datang sini juga? Abang kan pesan, tunggu je kat dalam bilik. Nanti abang hantarkan sarapan kat bilik." Adam memulakan leterannya apabila melihat diriku yang tercegat di depan pintu dan masih setia memandang halaman itu.

Sejak Adam mengetahui berita kehamilanku, dia sentiasa menjaga aku dan kandunganku sebaik mungkin. Setiap pagi dia akan menyediakan sarapan kepadaku sebelum dia ke pejabat. Katanya, dia tak nak isterinya ni bersusah payah di dapur.

Beruntungnya aku mendapatkanmu wahai suamiku.

Bahkan, dia sanggup untuk mengupah pembantu rumah namun aku menolaknya dengan alasan aku masih mampu melakukan kerja rumah. Terpaksalah dia akur dengan isterinya yang degil ni.

"Tak apalah abang. Ira nak juga exercise pagi-pagi ni. Mama cakap, orang yang mengandung ni kena banyak berjalan. Kalau tak,susah nak beranak nanti." Aku memberikan senyuman manisku kepadanya.

"Yalah sayang. Dah kalau mama cakap macam tu, abang nak cakap apa lagi. Ikutkan jelah apa yang mama cakapkan tu. Dah, jom kita makan. Abang dah siapkan sarapan ni." Adam memimpin diriku menuju ke dapur meja.

"Sayang, minggu depan abang outstation. Sayang jaga diri tau? Nanti abang minta mak temankan sayang ya?" Adam memulakan bicara sambil menyenduk nasi goreng ke dalam pingganku. Sejak aku hamil, dia selalu outstation, katanya untuk mencari duit lebih bagi menampung perbelanjaan dan sebagai persediaan untuk menyambut kehadiran anak kami nanti.

Kesiannya kamu wahai suamiku. Terpaksa membanting tulang untuk kami berdua.

"Eh,tak apalah abang. Ira boleh jaga diri. Lagipun, Ira tak nak susahkan mak." Aku menolak cadangan Adam. Memang dari dulu aku tidak suka menyusahkan orang lain. Selagi benda tu aku boleh buat, aku akan cuba untuk lakukannya sendiri.

"Kalau macam tu, Ira jaga diri elok-elok ya? Kalau ada apa-apa, call je abang. Okay?" Adam akur dengan keputusanku.




CATATAN MISTERI [C]Where stories live. Discover now