Bahagian 6

115 10 0
                                    

10 Ogos 2013

Aku memandang sekeliling. Gelap dan sunyi. Aku merasakan seolah-olah aku berada di dalam terowong. Aku melihat seseorang di luar terowong tersebut. Rambutnya yang panjang mengurai itu jelas kelihatan apabila lampu jalan menyuluhnya. Namun,aku tidak melihat wajahnya kerana dirinya yang membelakangiku.

Aku mempercepatkan langkahku untuk keluar dari terowong itu dan menuju ke arah wanita itu. Anehnya, aku tidak merasakan sebarang ketakutan walaupun kelibat perempuan tersebut agak menyeramkan. Yalah, mana ada orang yang sanggup berada di tepi jalan tengah-tengah malam dan berdiri kaku tanpa melakukan apa-apa.

"Kakak, boleh saya minta tolong? Saya nak balik. Saya rasa saya dah sesat ni." Aku meminta tolong daripada perempuan tersebut setelah keluar dari terowong itu dan mendekati dirinya.

Perlahan-lahan, perempuan tersebut memalingkan wajahnya ke arahku. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat wajahnya yang memburuk dan berulat apabila perempuan tersebut menghadapku.

Secara spontan, aku mengundurkan diri darinya dan muntah kerana tidak tahan dengan bau yang meloyakan yang keluar daripada perempuan tersebut.

Tiba-tiba, aku merasakan kesakitan yang amat sangat. Cecair merah mulai keluar dari celah kangkangku dan ianya begitu banyak sehingga membanjiri tempatku berdiri itu. Lebih parah lagi, baby bumpku turut menghilang!

Perempuan yang berwajah hodoh dan berambut kusut masai itu mendekati aku sambil menghulurkan tangannya kepadaku seperti ingin menerpa ke arahku. Aku menggagahkan diri untuk berlari dan terus berlari dengan sekuat hati walaupun darahku semakin banyak membanjiri.

Pranggg!!!!!

Aku terbangun dari tidurku dan segera memeriksa perutku. Ternyata, semua itu hanyalah mimpi.

Jam di dinding menunjukkan pukul 3.10 pagi. Sudah 3 minggu aku bermimpikan perkara yang sama. Dan aku pasti akan bangun sekitar pukul 3 pagi. Kenapa? Apa yang sebenarnya berlaku? Kenapa aku selalu bermimpikan perempuan itu?

Prangg!!!!

Sekali lagi bunyi itu mengejutkan aku. Seperti bunyi pinggan mangkuk jatuh. Aku yakin bunyi itu datang dari dapur rumahku. Takkanlah pencuri masuk rumah aku pulak? Dahlah Adam tak ada kat sini sebab outstation.

Aku berfikir sebentar. Patutkah aku memeriksa punca bunyi itu? Ataupun hanya biarkan sahaja? Tapi..kalau pencuri macam mana?

Setelah 15 minit menunggu, bunyi itu telah hilang. Ahhh! Mungkin saja bunyi itu berpunca daripada kucingku, Milah. Mungkin saja Milah sedang menyelongkar makanan atau sedang menangkap tikus di dapur.

Aku meneruskan tidurku dan melupakan mimpi tadi. Bagiku, itu semua hanya mimpi. Orang kata, mimpi tu mainan syaitan. Tapi...betul ke?

CATATAN MISTERI [C]Where stories live. Discover now