Bahagian 14

110 10 0
                                    

9 Disember 2013

Adam memapahku memasuki rumah kami. Hari ini, aku telah dibenarkan pulang ke rumah setelah beberapa minggu menjadi penghuni hospital itu.

"Sayang tunggu sini ya? Abang buatkan air untuk sayang." Adam menuju ke dapur dan meninggalkan aku di ruang tamu.

Selang beberapa minit, aku melihat telefon bimbit Adam yang terletak di atas meja hadapanku itu bergegar.

Aku mengambil telefon Adam untuk melihat pemanggil berkenaan dan terkejut apabila tertera simbol 'love' pada si pemanggil itu.

Aku meletakkan telefon itu ke atas meja semula dan berpura-pura menonton televisyen apabila Adam menghampiri tempatku dan mengambil telefonnya itu.

Remuk hatiku apabila melihat Adam pergi meninggalkan aku dan melangkah ke dapur semula setelah mengambil telefon tersebut. Mungkin, dia fikir aku tidak menyedari siapa pemanggil tadi.

Perlahan-lahan aku menapak ke dapur dan bersembunyi di tepi dinding untuk mendengar perbualan antara Adam dan si pemanggil itu di dapur.

"Ya sayang. Malam ni I datanglah." Berderau darahku tatkala mendengar Adam yang memanggil seseorang itu sebagai 'sayang'.

"I tengah bancuhlah ni." Aku melihat Adam mengambil bungkusan jernih yang memperlihatkan kandungan seperti herba lalu meletakkannya ke dalam cawan.

Ya, itu adalah herba yang selalu dibancuhnya setiap pagi dan selalu diberikan kepada aku. Hatiku kuat mengatakan, ada yang tak kena dengan air herba itu.

"Habistu I nak buat macam mana? I dah cuba, tapi dia tak mati-mati juga." Adam meneruskan perbualannya sambil mengacau air yang berada di dalam cawan itu.

perkataan yang keluar daripada Adam sebentar tadi telah membuatkan aku terpana. Lemah lututku saat mendengarnya sehingga secara tak sengaja, aku terlanggar pasu bunga yang terletak berhampiranku.

Sepantas kilat Adam menoleh ke arahku dan menuju ke arahku. Wajahnya jelas terkejut melihat kehadiranku di situ.

Sampainya hatimu wahai suamiku?

"Sampai hati abang? Kenapa abang sanggup buat Ira macam ni?" Aku melontarkan persoalanan itu kepada Adam dengan linangan air mata.

"Oh..jadi kau dah dengarlah apa yang aku cakap tadi?" Dingin dan tegas kedengaran suara Adam. Tiada lagi panggilan sayang meniti dari bibirnya. Lelaki yang berhadapan denganku kini tidak lagi seperti Adam yang aku kenali dulu.

"Tapi...kenapa?" Aku bingung memikirkan alasan di atas semua yang dilakukannya itu.

"Kenapa? Kau tanya kenapa?" Adam tersenyum sinis kepadaku.

"Semua sebab perkahwinan bodoh ni! Disebabkan kau, hidup aku hancur! Aku terpaksa berpura-pura bahagia dengan orang yang aku tak cinta!" Adam menghempaskan frame gambar yang menghiasi meja berhampiran kami sehingga pecah berderaian.

"Sampai hati awak Adam. Habistu, layanan awak pada saya selama ni...?" Air mataku kini mengalir lebih deras. Hancur dan luluhnya hatiku saat ini.

"Aku cuma berpura-pura je selama ni. Apa yang aku buat selama ni hanyalah lakonan semata-mata."

"Kalau awak tak sayangkan saya? kenapa awak tak lepaskan saya je? Kenapa mesti berpura-pura macam ni?" Aku melepaskan perasaanku yang terpendam.

"Hei perempuan! Kalau tak disebabkan mak dan ayah aku, dah lamalah aku ceraikan kau! Aku tak ingin pun kau dalam hidup aku!" Aku menjerit kesakitan apabila Adam menarik kasar rambutku.

"Untuk pengetahuan kau, mak dengan ayah aku yang nak sangat kahwinkan aku dengan kau. Sebab, ayah aku dengan papa kau kawan baik dan mereka dah janji untuk kahwinkan aku dengan kau bila kita dah dewasa. Jadi, aku terpaksa terima semua ni. Kalau aku tolak permintaan mereka, malulah mak dengan ayah aku nanti."

Pedihnya kenyataan yang keluar darimu suamiku.

"Oh ya! Untuk pengetahuan kau lagi, aku sengaja letakkan pil perancang dalam minuman kau selama ni sebab aku tak nak ada zuriat dengan kau."

"Tapi malam yang kita sambut ulang tahun perkahwinan kita tu, aku lupa nak letakkan pil tu dan tak sangka kau mengandung lepas tu."

"Terpaksalah aku buat perancangan lain. Sebab tulah, aku sengaja sediakan minuman untuk kau setiap pagi sebab aku nak letakkan ubat yang konon-kononnya herba tu, supaya kau berhalusinasi dan jadi gila lepas tu."

Lemah lututku mendengarnya sehinggakan aku terjelepuk lemah di lantai itu.

"Bila kau dah gila, bolehlah aku ceraikan kau dengan alasan yang kukuh. Kau faham?!" Panjang lebar Adam memberitahu kenyataan pahit dan perancangan busuknya selama ini.

"Sampai hati awak, Adam. Benci sangat ke awak dengan saya? Sampaikan awak sanggup buat saya macam ni? Takkanlah awak tak ada rasa sayang langsung pada saya? Tiga tahun, awak. Tiga tahun kita bersama!"

"Memang! Memang aku benci dengan kau! Aku jijik tengok muka kau!"

Pedih! Terlalu pedih hatiku dengan apa yang aku dengar. Aku tak sangka, suami yang ku cintai sanggup menghancurkan hidupku.

"Oh! Satu perkara lagi aku lupa nak bagitahu kau. Aku rasa lega sangat bila kau buat keputusan untuk bunuh diri kau tempoh hari. Tapi tulah, tak sangka pula aku bila mama tiba-tiba datang rumah dan selamatkan kau. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya anak kau dah mati. Hahahaha!!" Adam semakin galak menceritakan perkara tersebut. Ketawa besar dia melihat keadaanku yang menyedihkan itu.

Babyku, maafkan mama sayangku. Maafkan mama kerana menyekat kehadiranmu di dunia ini.

Aku menggenggam tanganku dengan sekuat hati. Tidak ku sangka lelaki yang ku cintai selama ini merupakan syaitan bertopengkan manusia.

Aku melangkah menuju ke dapur tanpa mempedulikan Adam yang masih lagi galak ketawa dan tidak perasan perbuatan ku itu. Aku mengambil sebilah pisau dan menuju ke arah Adam.

Ya, aku sudah menjadi gila. Seperti yang Adam inginkan selama ini. Aku tidak mampu lagi berfikiran waras setelah mendengarkan pengakuan Adam itu.

Aku nekad! Biarlah semua ini berakhir di sini!

Aku membenamkan pisau tersebut ke arah Adam di saat dia masih lagi galak ketawa dan membelakangkan aku. Terbeliak matanya di saat pisau tersebut terbenam di perutnya.

Dengan perasaan yang kosong, aku menikam Adam berkali-kali sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Beep..beep..beep...

Aku memandang telefon bimbit milik Adam yang terletak di lantai. Tertera mesej yang dihantar oleh si pemilik yang ditanda dengan simbol 'love' sahaja.

"I miss u baby. Kita jadi kan nak jumpa?" Aku membaca mesej yang dihantar itu lalu membalas mesej tersebut.

"Meet me tomorrow at my house. Isteri I tak ada kat rumah. Dia tidur kat rumah mama dia malam ni." Aku meletakkan telefon bimbit itu di atas meja setelah membalas mesej tersebut. Aku perlu tahu siapa perempuan yang telah bertakhta di hati Adam.

"Okay baby. Jumpa besok ya? Love u. Muah Muah!!" Perempuan tersebut terpedaya dengan mesej tersebut.

Aku membuka radio dan memasang lagu kegemaranku dan Adam yang bertajuk Malam bulan di pagar bintang dendangan seniwati Saloma sambil membersihkan darah-darah yang mengalir dan memercik di dinding dan lantai rumah.

Dengan rambut yang kusut masai dan wajah serta baju yang telah dicemari dengan darah, keadaan ku persis orang yang tidak waras pada ketika itu.

Aku menyeret mayat Adam ke belakang rumahku lalu mencangkul dan mengorek tanah tersebut untuk menanam mayat tersebut.

Setelah mayat Adam selamat dikebumikan di belakang rumahku itu, aku menuju ke halaman rumah dan duduk di atas buaian. Aku menyanyi kecil dan mendendangkan lagu daripada Saloma itu sambil menghayunkan buaian tersebut seperti tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini.

Ya..hatiku kini telah mati dengan apa yang terjadi.

CATATAN MISTERI [C]Where stories live. Discover now